Mar 6, 2009

Langkawi bakal wujudkan galeri - Berita Langkawi



PANTAI CHENANG - Sebuah galeri lukisan akan dibina di Langkawi pada tahun ini bertempat di Kuah atau di Pantai Chenang memandangkan dua lokasi utama itu adalah kawasan tumpuan pelancong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, galeri itu akan diwujudkan bagi menghimpunkan pelukis sekitar Langkawi mempamerkan hasil karya mereka.

Menurutnya, di Langkawi terdapat berpuluh pelukis dan mereka aktif membuat pameran di sekitar Langkawi bagi memberi aspirasi kepada pelancong. “Kami telah berbincang dengan pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan akan membuat susulan dengan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kewangan bagi menyalurkan dana bagi membina galeri ini.

“Melihat usaha pelukis di Langkawi, mereka berupaya mengorak langkah jauh dan menjadi legenda sekiranya usaha ini dapat dilaksanakan,” katanya ketika melihat pameran Seni Artis Langkawi di Underwater World Langkawi (UWL). Mohd Rawi berkata, kebanyakan pelukis di Langkawi memaparkan tema Nusantara, kemanusiaan, alam dan pelbagai lagi bersesuaian dengan latar belakang Langkawi yang penuh dengan mitos dan legenda tersendiri.

Menurutnya, langkah yang diambil UWL harus dicontohi sebagai memberi ruang kepada pelukis tempatan mempamerkan hasil karya mereka. “Usaha ini dilihat sebagai platform kepada mereka untuk terus berkarya dengan hasil seni yang tidak ternilai dan Langkawi juga mampu melahirkan pelukis di peringkat antarabangsa memandangkan ramai pelancong berkunjung ke sini,” katanya.

Pada pameran itu, seramai 16 artis profesional dan amatur berbeza latar belakang dalam penglibatan seni mempamerkan lukisan mereka. Seorang pelukis, Mohamad Izam Kamarolzaman berkata, usaha ini dilihat sebagai mengangkat martabat pelukis yang ada di Langkawi agar karya seni yang dihasilkan lebih dihargai. “Dengan adanya galeri lukisan, nasib pelukis akan lebih terbela dan mereka akan berkarya dengan lebih banyak kerana mempunyai tempat khusus untuk mempamerkan lukisan yang dihasilkan,” katanya.

Beliau turut ditemani isterinya, Halimaton Azira yang juga berjinak dalam dunia lukisan terutamanya penghasilan lukisan batik.
---
Other Perspektif :-

Idea yg cukup menarik baik dr segi 'attraction' & segi ekonomi penduduk Langkawi.
Diharap bagi pihak LADA merealisasikan hasrat & cadangan ini. Disamping memberi pendapatan lebih kepada penggiat seni ia juga boleh menambah satu lagi 'tourist attraction' di Langkawi terutama sekali di Pantai Chenang.

Cuma satu nasihat. Jgnla letak mahai sangat hasil2 seni tu. Man man cukupla.

p/s: yg baik sokong, yg tak baik takkan nak sokong ye tak.
comments

1 comment:

  1. sorry to ask,...

    I'm listening to this issue quiet long,... than i wait,.. and wait,... and... was it going to be happened?

    sorry.
    just asking.

    ReplyDelete