Jul 26, 2009

Mana Hadiah Kami ?? Kabinet 1Malaysia ~ Luahan Kaum Majoriti/ Bumiputera


Persoalan ini ditujukan kepada Kabinet 1Malaysia. Atas dasar 1Malaysia terdapat transformasi & kecenderungan kerajaan utk seolah2 menunjukkan yg Kerajaan 1Malaysia adil & cuba dilihat tidak memberi terlalu banyak keistimewaan kepada org Melayu & Bumiputera. Dalam keadaan yg sama hadiah demi hadiah diberikan kepada rakyat ttp yg menyedihkan adalah ia merupakan hadiah tersebut diambil drpd seseorg.

Bumiputera skrg dirasakan seperti di anaktirikan & laungan 1Malaysia seolah2 berkata "Non Bumi 1st.. Bumi's already had enough" @ mari kita ambil hati bukan bumi pulak (demi sokongan kot). Satu demi satu polisi yg tidak menguntungkan bumi direncanakan. Tidak diketahui adakah ia dilakukan secara sedar @ tidak, tetapi ini adalah hakikatnya. Mungkin selepas ini ada yg mengatakan saya racist ttp ini adalah berdasarkan fakta @ luahan satu insan kecil berstatus bumiputera.

Hadiah demi hadiah diberikan @ diumumkan dalam merealisasikan matlamat 1Malaysia yg secara tidak langsung mengambil balik hak @ hadiah drpd Bumi'.

Dibawah antara hadiah2 yg ditarik balik drpd Bumiputera :-

1- Kuota Bumi dalam 27 sektor
2- Kuota ASM Bumi' dibuka & habis dijual dalam satu hari
3- Menarik syarat pemilikan perniagaan utk public listing 'no more bumi quota'

4- Hak untuk mengambil peperiksaan melebihi 10 matapelajaran (kebanyakan org Melayu yg mengambil lebih dr 10 Matapelajaran)
5- Penghapusan Kementerian MECD yg merancanakan kepentingan bumiputera.
6- Lesen AP akan dihapuskan?
7- Kuota Melayu dalam kabinet dikurangkan & diberikan kepada lain.

Dibawah antara hadiah baru yg diberi kepada bukan Bumi' :-

1- ASM (kuota bumi dibuka & habis dijual baru2 ini dlm satu hari)
2- Kaum India diberikan tambahan peruntukan tambahan kewangan utk perniagaan. (15Million)
3- Biasiswa National ~ biasiswa yg berasaskan merit kepada pelajar bukan berdasarkan kuota bumi'
4- Peruntukan demi peruntukan diberikan.. Boleh dilihat saban hari peruntukan utk sekolah Jenis kebangsaan Tamil (100Million) & Cina.
5- Peruntukan Wang kilat setiap kali PRK kepada persatuan, sekolah & kaum tertentu

Terdapat lagi bbrp hadiah yg ditarik & diberi. BUkan mempertikai tetapi hanya terdaya mengeluh & terkilan ttg pendekatan terbaru kerajaan 1Malaysia yg menarik hadiah drpd Bumi & diberikan kepada yg lain. Cadangan & harapan adalah supaya setiap hadiah yg ditarik perlu diganti semua. Kerana adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan utk 'uphold' Perkara 153 Perlembagaan.

Jgn jadikan status org Melayu @ bumiputera hanya nama atas kertas hakikatnya tiada apa lagi keistimewaan mempunyai Status tersebut. Rujuk kembali Perkara 153 perlembagaan & jika semuanya tidak diikuti ada baiknya hapuskan saja fasal tersebut.

p/S: Saya akan pantau hadiah2 terbaru Kerajaan 1Malaysia.

~ Lagi ulasan di 100hari Negatif Najib

comments

7 comments:

  1. Patut juga tajuk di letakkan
    "Mana hadiah Kami?? Kabinet 1Malaysia - Luahan KAUM MAJORITI"

    ReplyDelete
  2. Agak malang kerana pemahaman terhadap konsep 1Malaysi ni jangan kata puak pembangkang, puak umno pun sendiri tak faham.

    Petik dari ucapan pemimpin umno depa, lepaih tu jaja sana sini ibarat burung kakak tua. Hangguk mcm burung belatuk.

    Padahal, keistimewaan melayu dah dijual oleh pemimpin agung mereka yg terkenal ngan C4, Si Bini Rosmah tu.

    Aku tak kisah sangat keistimewaan melayu tergadai sebab dari dulu, kini & selamanya aku berusaha sendiri tanpa ternganga dan terhadap sgt ngan keistimewaan tu.

    So, aku nak pesan sgt2 kat org melayu, bersedialah dari sekarang utk merempat di tanahair sendiri. Ambik melayu S'pore sebagai panduan.

    Wow! INTERNATIONAL SCHOOL is good for my kids.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  3. Betoi tu orang Tanjung! Pemimpin yg dok di atas, depa buat apa saja untuk depa kekal! Jual bangsa pun tak apa. Jadi dok merungut pasai hak kita yang ditarik/dibagi kepada orang lain buat apa! Buang masa, Usaha sendiri lebih baik!

    Saya pun akan menentukan anak saya dapat belajar metamatik dan Sains dalam bahasa inggersis, hatta kalau perlu kena pi international school.. Pemimpin yang dok ada bukan boleh harap pun!

    ReplyDelete
  4. Salam Org Tanjung.. perbezaan orang UMNO & PAS or PR adalah org UMNO kadang2 tidak takut utk komen pemimpin depa sendiri..

    Ttp pada masa yg sama tak suka fitnah @ buat onar pada pemimpin lawan kerana dosa besar ye utk fitnah..

    Bukan merungut ttp menegur apa yg hak dalam perlembagaan.. drpd dok ikut telunjuk DAP..

    saudara mengkuang..
    Mcmla kita tak berdiri atas kaki sendiri.. ttp yg dinyatakan adalah demi pembelaan @ suara kaum majoriti yg masih tidak terbela...

    p/s: lupa PR la ni dok perjuang bangsa tertentu jaa..

    ReplyDelete
  5. Org umno kekadang tidak takut mengkritik pemimpin sendiri???

    Anaklangkawi ni kena jangkitan Hishamudin 1 Najib 1 ka atau sekadar demam biasa?

    Tapi betui betui betui org umno tidak takut, yg takut adalah barisan kepimpinan semua peringkat. Kesimpulannya, kalau suara akar umbi buleh dicantas di peringkat cawangan lagi, apa tindakan yg ahli ambik? TIADA menunjukkan samada takut atau ditarik hidung. Tak gitu?

    Kalau berani kenapa tiada yg bersuara terhadap beberapa keputusan KERAjaan yg jelas menidakkan keistimewaan Melayu?

    Wow! COFFEE is just awesome.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  6. :) ada betulnya.. tapi tak semuanya betul.. kita dapat lihat Mukhriz menegur kepimpinan Paklah & juga x setuju soal PPSMI.. begitu juga luahan sstgh pemimpin pasal ISA..

    tapi apa pulak kata pemimpin PAS @ pembangkang.. pun sama syp bila kerajaan menidakkan keistimewaan Melayu

    p/s: sama ja dua2..

    ReplyDelete