PRK Manik Urai telah melabuhkan tirai. PAS telah menang dgn majoriti 65 undi. Ramai yg berkata kemenangan PAS hanya nyawa2 ikan jika dibandingkan kepada angka tahun 2008 dimana PAS telah mengalami kemerosotan undi sebanyak 398 undi sahaja. Manakala UMNO telah mendapat pertambahan kerusi 919 undi.
Walaupun angkanya nampak sedikit tetapi pertambahan 919 undi menunjukkan pertambahan lebih kurang 8% daripada jumlah pengundi Melayu. Bayangkan 8% daripada pengundi Melayu seluruh negara berkemungkinan beralih arah daripada PR kepada UMNO. Maka jika ini berlaku teruklah PR. Ini akan memberikan impak yg cukup besar pada PR. Biar kita ulas isu yg dimainkan oleh kedua2 pihak & lihat bagaimana isu tersebut memberikan impak kpd keputusan PRK MU.
Isu dibawa PAS
~ TGNA mengajak DSN berdebat tetapi menolak muzakarah & perpaduan Ummah
~ Melabel UMNO setaraf Komunis & Ayah Pin
~ Kepimpinan Ulama
~ UMNO memperlecehkan pekerjaan calon PAS ??
~ Bekalan Air bersih utk Kg Benut Saiz, Pahi
~ Cuti Umum Kelantan
~ Isu Royalti Minyak
Isu dibawa UMNO
~ PAS tunduk kepada DAP
~ Isu ekonomi penduduk setempat
~ Isu Kerajaan Perpaduan & dimana PAS menolak perpaduan Ummah
~ Isu TGNA melabel UMNO sbg Komunis & Ayah Pin
~ Isu Babi di Kedah (DAP vs PAS)
~ Isu pertembungan Timb Presiden PAS vs TGNA
~ Jambatan baru menghubung Manik Urai Lama & Baru
~ Cabaran Muhyiddin kepada PAS buktikan parti itu lebih hebat bangunkan Islam.
Dilihat darisegi isu yg diketengahkan menunjukkan PAS telah ketandusan isu. Kebanyakan isu yg dibawa berbentuk fitnah, hasutan, provokasi & juga kutukan. Adakah rakyat MU menolah PAS atau rakyat sudah tak tahan mendengar pemimpin bertaraf ulama mengutuk, fitnah & menyerang UMNO sehingga sedemikian rupa.
Adakah kemungkinan rakyat telah muak dgn perangai PAS yg terlalu yakin & bongkak terhadap kekuatan mereka. Sedangkan bukti yg jelas telah dilihat kepada trend pengundi Melayu di Bukit Gantang & Dun Selambau. Tetapi penyakit sindrom denial yg melanda BN satu ketika dahulu telah menjangkiti PAS. Malah sindrom ini jelas masih menebal bila melihat kenyataan Husam & Mahfuz Omar ttg komen kemenangan PAS yg tidak boleh dibanggakan.
Malah dgn sombongnya PAS telah menjangkakan akan memperolehi kemenangan yg lebih besar sehinggakan angka 2000 diberi.
Apa2 pun syabas kepada penggerak2 BN yg bertungkus lumus menggerakkan kempen PRK Manik Urai dgn baik & bersopan berkhemah. Kredit perlu diberikan kepada Tok Pa, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan, Tuan Aziz (calon BN) & bbrp pemimpin lain yg down to earth melaksanakan kempen dgn teratur & cemerlang hingga berjaya menembusi kubu Kuat PAS di Kubu Kuat Negeri.
p/s: Jgn suka sangat. Buat muhasabah diri baik dr pihak PAS @pun UMNO
PAS nak buat 'post mortem'.
ReplyDeleteBiasanya orang kalah yang akan buat 'post mortem'. Pasukan sepak takraw negara kalah teruk di Bangkok buat post mortem. Kalau Pak Cu Mael kalah lawan burung ketitir pun dia buat post mortem pasai selalu dok jadi juara.
Post mortem dibuat pasai nak cari punca kalah. Dalam PRK Manek Urai, UMNO yang kalah. Maka UMNO yang kena buat 'post mortem'.
Tapi PAS yang menang pun nak buat 'post mortem'. Ertinya PAS sebenarnya mengaku mereka kalah di PRK Manek Urai.
Macam mana pun PAS boleh senyum pasai menang tapi hati di dalam menangis pilu sebab undi merosot. UMNO juga boleh senyum pasai dapat kurangkan majoriti undi tapi hati di dalam menangis juga kerana patutnya BN boleh menang.
PAS dan UMNO boleh menyanyu lagu "senyum dalam tangisan"!
Baguihla PAS.. dalam dok menang pun buat Post-mortem.. UMNO yg dok kalah 5 PRK pun tak buat2 post mortem..
ReplyDeletep/s: kalah pun kalah jugak..