Jul 18, 2009

KematianTeo Beng Hock ~ DAP

Laa ni tgh kecoh tentang kematian mendiang Teo ketika dibawah jagaan SPRM. Hasil bedah siasat telahpun dilaporkan & sbb kematian adalah akibat hentakan kerana jatuh dr tempat yg tinggi.

Amat dukacita kerana perihal kematian Teo ini cuba dipolitikkan oleh pihak tertentu. Media2 memainkan sentimen perkauman dgn cuba mengaitkan isu ini menyamai dgn Isu Kugan. Amat malang sekali kepada rakyat malaysia dimana dalam PR mengatakan mewakili semua kaum ttp dalam hal ini jelas mempamerkan sikap 'kaum' mereka. Amat malang bila melihat parti pembangkang cuba memainkan isu tersebut utk kepentingan politik dgn cuba melibatkan BN dalam kematian tersebut.

Kita tak tahu apa mesej yg cuba dikaitkan dgn apa yg berlaku dgn BN. Tetapi jelas mereka cuba mengambil political mileage stand. Suasana telahpun tegang. DAP & PKR cuba memainkan isu di akbar2 yg pro mereka seperti Malaysiakini, Harakah dll. Sbg media profesional mereka sepatutnya tidak menaikkan lagi sentimen seperti ini yg boleh menyebabkan pergolakan antara kaum seperti berlakunya '13 Mei'.

Semua pihak perlu sedia maklum SPRM hanya entiti kerajaan. Tidak tertakluk kepada mana2 parti Politik. Mereka hanya menjalankan tugas. Jadi biarlah mereka menjalankan tugas. Kalaulah mereka dipertikai utk menjalankan tugas maka apa perlu SPRM ? Jgn pula disamakan SPRM dgn BN. Ada pekerja dalam SPRM yg merupakan bebas @ ahli PAs sekalipun. Malah terdapat juga kaum2 lain.

Pada keadaan sekarang semua pihak sepatutnya bertenang. Tidak melakukan apa2 perarakan @ perhimpunan. Apa yg mereka dapat? Nak tuduh Sapa? Takkan nak tuduh BN kot ? Takkan SPRM kot. Kepada penyokong2 PR. Jgn gunakan kesempatan ini utk political mileage. Kepada penyokong2 BN. Jgn bagi komen yg bakal menyingung perasaan sapa2. Jgn bagi PR peluang utk mempolitikkan kenyataan BN.

Pada hemat saya, jika keadaan ini tidak ditangani dgn bijak maka kemungkinan pertembungan kaum yg ditakuti bakal berlaku. Saya seru pihak Kementerian Dalam Negeri & Tentera utk bersedia pada bila2 masa jika keadaan ini tidak terkawal. Kita doakan semua aman sejahtera..

comments

No comments:

Post a Comment