Saya amat mengalu-alukan komen ttg cadangan Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan supaya menjadikan agama sebagai pertama dlm perjuangan parti sebelum bangsa & negara.
Fasal 3 Perlembagaan UMNO di bawah Asas & Tujuan menyebut UMNO adalah sebuah parti politik yg berjuang mendukung cita2 kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah & martabat bangsa, agama & negara. Jadi cadangan dibuat utk menggubal fasal tersebut agar mendokong dasar Agama & seterusnya Bangsa & Negara.
Walaupun pada dasarnya UMNO mmg mendokong Agama sebagai teras tetapi dgn meletakkan Agama menjadi perjuangan No.1 akan menjadikan UMNO lebih utuh bila berdepan dgn PAS. Dgn 'track record' dalam memartabatkan Islam/ Agama selama '50 tahun ini', tiada siapa dapat menyangkal jasa UMNO. Bahkan PAS di Manek Urai dicabar utk membuktikan UMNO tidak mempunyai jasa dalam menegakkan Syiar Islam di Negara kita pun gagal..
Kadang2 ada sstgh pihak tu selalu bercakap soal Islam ttp pada hakikatnya apa tah jasa yg dibuat oleh mereka yg boleh dibanggakan @ dicap sbg menaikkan syiar di Negara bertuah ini. Mungkin sbb terlalu leka dgn ceramah politik demi ceramah. Cuma yg berbeza skrg terdapat pertambahan 'tok guru' dikalangan mereka di atas pentas politik yg sama (Tok guru Ngah & Ngeh).
Byk cerdik pandai dalam PAs tetapi mana 'blue print Negara Islam' yg diwar2kan & apa jasa PAs selama ni dalam menegakkan Islam.. Usah berbohong lagi dgn mengatakan akan melaksanakan setelah menguasai Parlimen kerana ini tidak mungkin berlaku jika DAP & PKR lebih dominan oleh PAS.
Nasihat saya pada UMNO. Cadangan diatas amat releven dlm keadaan skrg. Malah sepatutnya dibuat sejak dulu. Tapi tak apa, no such thing as late start..
p/s: Anaklangkawi menyokong saranan diatas.
No comments:
Post a Comment