Jul 6, 2009

PAS tersungkur bahana demokrasi & dimana 'blueprint' perancangan Negara Islam PAS..?


BULETIN الحضارة~*BIL:49/ Rejab1430

AL-HADHARAH

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allah swt jualah yang Maha Agung dan Maha Kuasa. Selawat dan salam perjuangan kepada Rasulullah saw. Salam perjuangan juga kepada kaum keluarga dan para sahabat Baginda semuanya.

Firman Allah swt bermaksud; “Sesungguhnya orang-orang yang memberikan pengakuan taat setia untuk berjuang menentang musuh kepadamu (Muhammad saw), mereka sebenarnya memberi pengakuan taat itu kepada Allah. Allah yang akan menilai tentang pengakuan taat mereka itu dan membalasnya. Oleh itu sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya, maka bahaya mengingkari janji itu hanya menimpa diri sendiri, dan sesiapa yang menyempurnakan janjinya kepada Allah, Allah akan memberikannya pahala yang besar” (al-Fath 10)

Para ulama` dan ummat Islam khususnya di (Malaysia)Tanah Melayu pada asalnya melihat demokrasi dahulu ketika mula diperkenalkan sebagai ajaran jahiliyyah bukan ajaran Islam, begitu juga dengan ajaran atau sistem-sistem yang lain dari Islam. Khalayak ummah dahulu secara umum boleh menerima pandangan begitu iaitu sistem demokrasi itu suatu keadaan yang asing, baru, belum jelas dan pelbagai kemungkinan.

Ummat dapat menerima hakikat disebabkan era penjajahan yang berlaku terlalu lama yang merangkumi beberapa generasi ummat Islam, maka saki baki ilmu-ilmu Islam sendiri terputus-terputus sifatnya dan mudah dicampur adukkan. Sebab itu lebih mudah memberitahu kepada ummat Islam dahulu yang menyedari mereka telah lama diperguna dan ditipu oleh penjajahan berbanding dengan memberitahu ummat Islam mutakhir yang merasakan mereka telah lepas bebas tetapi tidak sedar mereka sedang diperkudakan.

Seharusnya ummah kena ingat sistem ini (demokrasi) bukanlah sistem Islam, ianya hanyalah ibarat sebatang pokok besar yang terdapat di tepi perenggan yang bersebelahan dengan hadharah kita. Pokok besar ini tetap hak milik Hadharah Jahiliyyah. Disebabkan strategi musuh dari dulu lagi memang sengaja menanam segala pokok besar sistem mereka betul-betul di tepi perenggan dengan hadharah kita supaya segala sumber baja, air dan bahan galian dari wilayah hadharah kita dapat mereka sedut percuma secara halus dari dalam tanah maupun udaranya.

Di pihak kita pula tidak menyedari bahawa selama ini ummahlah yang memberi dan membesarkan segala sistem tepi perenggan (perbankan, pendidikan, perundangan, dll) memanglah boleh mengambil buah yang jatuh ke dalam wilayah kita dan mendapat manfaat keteduhan pohonnya yang rendang tetapi apalah sangat yang kita boleh harapkan lebih-lebih, ianya tetap milik jahiliyyah. (sebahagian petikan Buletin Bil 13)

Saudara dan saudari, ummat Islam telah diasak dengan pelbagai ajaran dan teori-teori luar (jahiliyyah) dari dahulu sampailah sekarang, tidak hairan jika pandangan umum khalayak ummah sendiri akhirnya mudah luntur dan berubah. Paling menyedihkan bila ada yang mengatakan atau berkeyakinan Islam boleh ditegakkan dan dibina dalam sistem atau melalui demokrasi. Ummah jangan keliru atau salah faham antara dua keadaan atau kerja (perbuatan) yang berbeza;

1) Kerja beriman, membina, membangunkan dan menghidupkan Islam sebagai praktik kehidupan dalam bentuk peribadi, keluarga, kejiranan, masyarakat dan seterusnya daulah yang lebih besar (Seperti amalan Nabi,Rasul bersama para pengikut atau sahabatnya). Kerja ini semua individu ummat kena buat (ikut kadar dan tahap masing-masing) bermula dari saat lafaz keimanannya (taklif / kesedarannya). Kerja ini dinamakan kerja membina hadharah.


2) Kerja menyampaikan seruan Islam kepada diri sendiri dan orang lain yang Islam dan belum Islam supaya mari bersama-sama menganut Islam lalu membangunkan kehidupan dengan Islam. (Penerangan/ Dakwah seperti tugas Nabi & Rasul dan semua pengikut mereka).

~~~~~Point Penting~~~~~

Ringkasnya yang satu tugas `developed` iaitu membangunkan dalam realiti kehidupan ummat dan satu lagi `deliver` atau `distribute` memberi, menyampai. Kerja ini akan berjalan serentak dan saling kuat menguatkan dan menjadi pemangkin kepada perjuangan Islam sekaligus perjuangan ummah. Mungkin lebih mudah membuat perbandingan begini, pihak pemaju akan berbincang dengan jurubina, jurutera, konsultan dan lain-lain untuk tujuan membangun dan menjayakan sesuatu projek yang besar kepada orang awam.

Segala urusan membangunkan projek itu telah menjadi tanggungjawab pihak pemaju dan akan dilaksanakan dengan agihan tugas-tugas yang sepatutnya, manakala segala urusan penerangan dan penyebaran maklumat akan dibuat oleh jurucakap atau kakitangan berkaitan dengannya.

PAS disebabkan mereka mendakwa sebagai `gerakan Islam` boleh dianggap sebagai syarikat pemaju tadi kepada orang awam yang tentunya adalah ummat Islam. Mereka melalui jurucakap dan kakitangan berkaitan memproklamasikan kepada ummah bahawa mereka akan dan telah menjalankan satu projek besar iaitu `Negara Islam` di Malaysia sejak 1951.

Tetapi yang malangnya sejak akhir-akhir ini semua kakitangan Pemaju (PAS) termasuk pekerja dan buruh sokongannya hanya tahu menjalankan kerja-kerja penerangan (ceramah politik) sahaja kepada ummah dan orang awam.

Bila ummah ingin mendapatkan lapuran perkembangan semasa tentang status prestasi, perkembangan dan kedudukan projek terkini semuanya akan menutup kelemahan dan kesilapan sendiri tidak membangunkan projek itu tetapi dengan memberi alasan projek terpaksa ditangguh sementara kerana tidak mendapat kelulusan `kerajaan` (sistem demokrasi), maka sebab itulah projek terbengkalai selama lebih 50 tahun.

Alasan yang disogokkan kepada ummah tak kena langsung kerana `kerajaan` yang memberi lesen kepada pemaju (PAS) ialah `kerajaan ummah` yang selama ini mereka ambil dan sedut segala peruntukan dari perbendaharaan ummat Islam atas nama perjuangan Islam. Kalau mereka mengatakan kerana kerajaan demokrasi tidak membenarkannya samalah macam Kongres Amerika menunggu kebenaran dan kelulusan Politburo Rusia untuk melaksanakan sesuatu projek dalam wilayah Amerika sendiri. Pada fikiran saudara dan saudarilah bila agaknya akan berlaku jika kedua negara itu terus-terusan bermusuhan.


Masalah sebenarnya ialah kerana mereka semua tak buat kerja projek tersebut. Perbincangan peringkat atas untuk bincang `blueprint` projek itu pun tak dak dan memang tak tau nak buat macamana pun... Kadang-kadang betul juga macam Saudara Azizi Abdullah @ Tukya kata;

Ulama` PAS hanya pandai bagi penerangan (ceramah) sahaja, tetapi nak menanggani dan menyelesaikan permasalahan macammana nak hidup dengan Islam dalam dunia sekarang mereka tak tau! Sebab tu mereka pakat-pakat bincang buat kerja mudah tu saja. Konsultan, jurutera, jurubina dan pakar-pakar yang ada bincang buat kerja senang tapi glamour, kerja penerangan sahaja (politik).

Pekerja-pekerja buruh pun hanya dikerahkan tampal poster dan siap tempat untuk berceramah. Bila ada pilihanraya, apalagi `rayalah` seronoknya pasang bendera. Jika kita kaji isi ceramah mereka pun bukan ceramah berkaitan macamana projek itu nak didirikan, ummah kena sediakan bahan yang macamana atau kita buat bahagian mana dulu dan lepas bahagian tertentu selesai kita akan sambung bahagian mana pula.

Isi ceramah mereka hanya menceritakan hal-hal durjana dan korup kerajaan demokrasi juga, baik yang tak pandai pakai kepiah atau yang berjubah serban meleret.. semuanya balik-balik `point of view`nya sama saja mesti tukar kerajaan yang ada kepada mereka pula.

Paling-paling lekehlah, jika mereka menjuruskan setiap pekerja dan ummah hanya `mengikatkan` seketul bata insyaAllah dalam masa puluhan tahun itu mereka mampu menjawab dengan baik akan status projek terkini ummah tersebut. Inilah bahana beriman dengan demokrasi hingga lupa tugas dan tanggungjawab sendiri Wassalam.

Dari Ibnu Ramadhan ``qulil haq walau kana murron``

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

~~~~
Anaklangkawi :-

Artikel menarik dipetik dr Kedahlanie... Persoalan ini telah lama timbul dibenak fikiran & bila2 cek berhujah dgn org2 PAS.. Org2 PAS ni selalu sangat berpolitik tapi bila ditanya balik mereka apa contribution PAS dlm menegakkan syiar Islam di negara ini mereka senyap.. Apa plan depa utk gubal undang2 Hudud depa senyap.. Malah PAS tidak ada langsung satu commitee utk rancang @ rangka perlaksanaan hukum Islam jika ia berlaku.. Cakap ja lebih..

Dan dgn selamba menjawab yg mereka tidak punya kuasa memerintah pusat maka semuanya tidak dapat dilaksana kerana terdapat sekatan blah blah bla... dll..

Macam2 alasan yg diberi.. Apapun.. org2 PAS perlu muhasabah diri & lihat apa PAS telah buat selama ini utk tegakkan syiar Islam selain mengutuk UMNO..
comments

No comments:

Post a Comment