Jan 20, 2009

P036 - Analisis Berdasarkan Statistik @ Angka - Kuala Terengganu

ANALISIS PERTAMA
PRU-12 (Mac 08)

PARLIMEN
UMNO menang pada P036 PRU-12 mendapat majoriti – 628 Undi

DUN (Wakaf Mempelam, Batu Buruk, Bandar & Ladang)
PAS pada PRU-12 utk 3 DUN mendapat jumlah majoriti – 3,385 Undi
MCA pada PRU-12 utk DUN Bandar mendapat majoriti – 1,142 Undi

Sepatutnya pada PRU-12 P036 Parlimen, BN sepatutnya kalah kepada PAS dgn majoriti iaitu 2,243 Undi.

Hakikatnya pada PRU lepas UMNO telah menang dgn majoriti tipis. Bermakna terdapat undi Faktor Calon mempengaruhi pengundi Terengganu bila mengundi pada peringkat Parlimen diwaktu PRU-12. Calon PAS merupakan Mat Sabu yg dilihat sbg org luar dr Kuala Terengganu mungkin menyebabkn kurangnya undi kepada PAS.

PRK P036 (Jan 09)

PAS pada PRK P036 mendapat majoriti - 2,631 Undi. Iaitu pertambahan 388 undi berbanding PRU-12 (mengikut jumlah majoriti pada DUN). Pertambahan sedikit tidak boleh membuktikan PR telah berjaya dgn jayanya kerana ternyata kemenangan ini merupakan peningkatan sedikit @ hanya 15% dr bilangan majoriti jumlah ADUN terdahulu.

Jumlah yg keluar mengundi pada PRU-12 P036 – 65,181
Jumlah yg keluar mengundi pada PRK P036 – 63,328
Jumlah yg tidak keluar mengundi PRK adalah 1,853.

Jika kita pecahkan nisbah PR vs BN. Pengundi yg tidak keluar mengundi mungkin terbahagi kepada PAS 50-50 BN. Bermakna pengundi PR bertambah sebanyak majoriti 15% sahaja drpd yg asal (jumlah majoriti DUN). Jika dilihat dr statistik jumlah pengundi hanya 0.61% berubah mengundi PAS dr jumlah keseluruhan pengundi yg keluar mengundi.

Kesimpulan dr statistik diatas menunjukkan peningkatan pengundi di P036 bertambah ke arah PR dlm lingkungan 0.61% jika tidak diambil kira faktor pengundi yg tidak keluar mengundi berjumlah 1853 & undi rosak. Dalam lingkungan 0.61% yg dimenangi perlu diteliti faktor apakah yg menyebabkan 0.61% peningkatan pengundi untuk memangkah PAS @ PR.

BN & PAS perlu mengkaji dgn mendalam sebelum membuat kesimpulan yg jelas apakah sbbnya pengundi beralih arah. Adakah sbb faktor calon atau faktor parti @ BN itu sendiri. Tiada siapa yg tahu kecuali pengundi2 0.61% tersebut.

ANALISIS Ke-2

Jika faktor perbandingan ADUN Vs Parlimen tidak diambil kira statistik menunjukkan perubahan undi sebanyak 5% berlaku.

Majoriti BN (Arwah Razali) - 628 Undi
Majoriti PAS (MAWE) - 2,631 Undi

Jumlah undi berubah 3,259 bermakna 5% dr keseluruhan pengundi yg keluar baru2 ini iaitu sbyk 64,000 lebih.

----KESIMPULAN---

Jika kita ambil analisis pertama bermakna BN telahpun kehilangan 0.61% pengundi asal yg memangkah BN pd PRU-12 yg lepas. Ini bermakna kawasan yg dimana BN bakal kalah jika kerusi dimenangi majoriti kurang 0.61% dr jumlah pengundi. Ini bermaksud ia mungkin mengundang bahaya kpd BN dlm PRU-13 nnti.

Dan jika kita ambil 5% swing pengundi ini (jika faktor calon diketepikan) merupakan situasi yg lebih parah bakal dihadapi oleh BN. Apa2pun analisis yg dibuat adalah lebih bermakna jika kebarangkalian 5% swing diambil drpd 0.61%.

Kesimpulannya BN perlu meneliti kawasan-kawasan yg mempunyai majoriti kurang dari 5% dr jumlah pengundi perlu diberi perhatian & perlu diistiharkan sbg kawasan hitam oleh BN dr sekarang.

Kepada PR pula kawasan2 ini perlu diberi perhatian yg serius jika bercita2 utk memenangi PRU-13 nnti.

P/s: Analisis berdasarkan kepada keadaan sekarang & mungkin berubah dr semasa ke semasa. Ia juga mungkin berubah mengikut pola kepadatan penduduk & majoriti masyarakat.
comments

2 comments:

  1. Pengiraan peratusan yang salah dan tidak tepat.

    ReplyDelete
  2. Jika salah tolong betulkan. Terima kasih..

    ReplyDelete