Jan 6, 2009

Analisis Pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu P.36


Pilihanraya kecil P36 merupakan 'battle ground' terbaru bg BN & PR bilamana penyandang Allahyarham Dato' Razali Ismail meninggal pada 26 Nov yg lalu. BN yg diwakili oleh UMNO akan menurunkan Dato' Wan Farid yg merupakan bekas Senator & bekas timbalan menteri (bekas sbb dah letak jawatan semalam). PR pula akan diwakili oleh PAS iaitu Mohd Abdul Wahid Endut iaitu ADUN Wakaf Mempelam. Tidak juga dilupa bbrp calon bebas yg akan menawarkan diri utk bertanding.


Pertandingan 3 Penjuru.

UMNO


Pemilihan Dato' Wan Farid merupakan calon paling sesuai memandangkan beliau merupakan ketua bahagian Kuala Terengganu. Beliau juga merupakan calon yg menyerlah berbanding calon2 UMNO yg lain. Tiada pertikaian & muka masam bila beliau dilantik memandangkan beliau amat rapat dgn ‘grass root’. Beliau juga telah menang tanpa bertanding dlm pemilihan bahagian UMNO Kuala Terengganu sekaligus membuktikan beliau mempunyai sokongan yg kuat dari org2 UMNO.


PAS

YB Mohd Abdul Wahid Endut merupakan antara calon yg kuat utk berdepan dgn Dato’ Wan Farid. Beliau yg merupakan ADUN Wakaf Mempelam mempunyai rekod cemerlang dalam mempertahankn ADUN beliau selama 4 penggal. Beliau juga merupakan antara calon PAS yg tidak kalah pada pilihanraya 2004 bilamana byk calon2 PAS lain tewas di Kuala Terengganu. Beliau dikatakan calon yg paling sesuai

Calon Bebas

Azharudin Mamat @ Adam merupakan ahli perniagaan berusia 46thn. Beliau merupakan satu lagi calon yg akan lebih memeriahkan lagi pilihanraya kecil ini. Hasrat murni beliau utk bertanding adalah dgn azam utk menolong org miskin. Syabas calon bebas.

Analisis Calon

UMNO – Dato’ Wan Farid

Pemilihan Dato’ Wan Farid dikatakan merupakan proksi Pak Lah. Tun Dr Mahathir juga memberi komen yg menyatakan beliau merupakan calon proksi Paklah maka beliau calon yg tidak sesuai. Selain itu sikap beliau yg dikatakan ’elit’ juga dipalu oleh sesetengah pihak yg tidak bersetuju dgn pencalonan beliau. Tetapi dikatakan unsur2 sabotaj dalaman UMNO sendiri dikatakan adalah minimum.

PAS – YB Mohd Abdul Wahid Endut

Lebih rumit bagi PAS bilamana pertembungan pencalonan berlaku antara 2 pihak dalam PAS. Ini telah nyata jelas bilamana Tuan Guru Nik Aziz telah awal2 lagi telah mencadangkan Mat Sabu sebagai calon favourite beliau. Ada antara analisis pemerhati politik ’internal’ juga tidak menyangkal kewujudan 2 ’fraction’ dlm PAS dalam penentuan calon. Dalam Malaysia Waves menyatakan wujudkan Fraki UMNO dlm penentuan calon. Ini dibuktikan lagi bilamana calon favourite PAS Kuala Terengganu bersama keempat-empat MTD/DUN sebulat suara mencalonkan Dr Syed Azman sebagai calon. Tetapi Presiden PAS memilih langkah bijak & selamat dgn mencalonkan YB MAWE sbg calon.

Perbualan Other Perspektif dgn sahabat ahli PAS terengganu juga tidak menyangkal kewujudan 2 ’fraction’ dlm PAS sendiri iaitu pro-Anwar & pro-Ulama. Disbbkan inilah PKR @ lebih2 lagi Anwar kurang memberi tumpuan pada Pilihanraya kecil ini kerana tidak mahu undi penyokong2 PAS berpecah. Tidak diketahui jika kewujudan dua kumpulan tersebut bakal mempengaruhi undi2. Perlu ditekankan disini biarkan wujud ketidak setujuan dgn calon ttp hasil disiplin ahli2 PAS memungkinkn undi2 protes tidak akan wujud dlm PAS.

Isu Tidak Patut Dimainkan.

Pilihanraya Permatang Pauh dahulu telah menunjukkan pemilihan sesuatu isu menjadi faktor kemenangan seseorg calon. Penggunaan isu liwat Saiful Bukhari & pendedahan Imam yg menjadi saksi lafaz sumpah menjadikan pemberat kepada kemenangan DSAI. Ini menunjukkan isu peribadi tidak perlu dimainkan dalam mana2 pilihanraya.

Isu yg tidak perlu diketengahkan oleh PR @ BN :-

1- Isu Hudud
– Isu ini merupakan isu sensitif pada umat islam di Kuala Terengganu. Isu ini tidak sekali2 patut dimainkan kerana isu ini merupakan isu yg patut diselesaikan oleh PAS sendiri. UMNO hanya perlu tunggu & lihat kerana DAP telah berkali2 meminta PAS menyatakan pendirian dalam isu ini. Yg terbaru apabila Karpal Singh meminta PAS melupakan cita2 utk negara Islam/ hudud. Menjadi lebih menarik apabila Anwar tidak memberikan pendirian mengenai isu tersebut.

2- Isu Al-Tantuya – Membawa isu ini ke pilihanraya Kuala Terengganu adalah sama dgn membawa isu Liwat Anwar di Permatang Pauh. Pada rakyat Terengganu isu ini tidak relevan kerana isu ini penuh dgn fitnah & lebih2 lagi Razak Baginda telah terlepas drpd pertuduhan bersubahat dgn 2 polis yg terlibat. Isu ini mungkin hanya berkesan jika pertandingan berlaku di kawasan kotaraya seperti kuala Lumpur.

3- Isu IJN, Eurocopter & Isu Minyak Isu2 ini merupakan isu national & tidak releven diketengahkan oleh mana2 parti. Kerana isu ini tidak akan memberi impak yg besar pada penduduk. Malahan ada penduduk yg tidak mahu ambil kisah ttg isu2 diatas.

4- Isu ISA Isu ISA dikatakan isu ’killer’ pada bukan melayu. Tetapi tidak diketahui kesannya pada penduduk melayu. Isu ISA dikatakan boleh menyebabkan pengundi melayu berpecah. Kerana jika dibuat bancian majoriti org2 Melayu akan mengatakan perlu wujudnya ISA demi mempertahankan Hak Keistimewaan Org Melayu, Islam & Raja2. Salah guna isu buruk padahnya kerana ia sensitif pada pengundi Melayu.

5- Pengundi Hantu – Isu yg sering diketengahkan oleh PAS pada PRU-12 yg lalu jelas tidak mendapat sambutan. Isu ini disaran agar jgn diketengahkan kerana rakyat tidak merasakan isu ini relevan kerana bukti ketelusan SPR adalah dgn kemenangan 5 negeri oleh Pakatan Rakyat.

6- Raja Petra Kamaruddin Kebanyakan ahli2 PAS tidak menyukai beliau. Malah kebykannya adalah Anti-RPK bilamana RPK telah tersilap langkah dlm komen beliau ttg Islam & Nabi Muhammad. Sudah terang lagi bersuluh RPK adalah anti-Islam. Menonjolkan RPK dlm pilihanraya kecil ini akan merupakan ’disaster’ kepada pengundi Melayu / Islam. Jika PKR mengetengahkan beliau dlm pilihanraya ini bermakna secara tidak sedar PKR menikam PAS dr belakang. RPK anti-ABIM (kbykan org2 ABIM adalah org2 PAS)

Undi Penentu

Jika dilihat analisis PRU-11 (2004) & PRU-12 (2008) dapat dilihat lonjakan pengundi yg ketara drpd jumlah 72,259 kepada 80,325. BN telah menang pada PRU-11 dgn majoriti 1,933 undi & juga menang pada PRU-12 dgn majoriti 628 undi.

Para analisis politik berpendapat kekurangan majoriti undi pada PRU-12 merupakan undi protes pada kepimpinan Paklah. Ini tidak dapat dinafikan kerana jika dilihat pada keseluruhan keputusan PRU-12 diseluruh negara menunjukkan penurunan pengundi pada BN.

Undi protes dilihat mungkin berpunca dari org2 UMNO sendiri & pengundi atas pagar yg pada waktu itu amat tidak berpuas hati pada krisis kepimpinan Paklah & juga isu kenaikan harga barang & minyak diwaktu itu.

Faktor undi protes tidak lagi merupakan isu pada pilihanraya kali ini. Kesimpulannya Undi atas pagar adalah merupakan undi penentu kemenangan pihak2 yg bertanding pada pilihanraya kecil ini.

Rujukan :- Keputusan Pilihanraya PRU11 & PRU 12 comments

3 comments:

  1. Salam hormat...

    Each supporter from either B-END or PAS (forget about independent candidate) will have 1001 reasons why voters should choose their party. This is standard statement as part of the psychological warfare.

    It is good and timely for us to know & see all the skeletons in the cupboard when the campaign kick-start. With the current political issues, we can see the true colours of each party towards continuing making the Malaysian living in uncertainty, not to mention after um-NO general assembly in which I would forecast bad to worst.

    All Malay politicians (B-END and PAS) are talking about keTUAnan meLAYU but if you realize, non-Malay’s vote are so important in determining the winning party. In other word, the power is on their hands. Why?

    Because Malays are not united…

    Bukan apa, nak bagi elokkk…

    -SANG TUBA-

    p/s: time ni la non-malay nak minta apa pun, sure dapat. Malay nak minta???... kirim salam ajer laaa…

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah. Beautiful blog! Good effort to put forward your thoughts. With your permission I would like to comment more often.

    Salam Reformasi!

    ReplyDelete
  3. Salam Amir'..

    Saudara dipersilakan utk komen.. Biasalah .. nobody's perfect..

    Hanya nukilan atas pemerhatian saya..

    Sang Tuba,

    Lama x nampak.. Mmg betui apa yg saudara ckp.. pointnya Undi penentu adalah pengundi Atas Pagar & Undi bukan Melayu...

    ReplyDelete