Jan 9, 2009

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu P36 - Analisis Ke-3 (UMNO Vs PAS)

Hari kedua dilihat lebih menarik dr semalam. Malam tadi menyaksikan dimana ceramah “Mega“ dianjurkan bersama oleh PR. Antara yg hadir merupakan tokoh2 besar pakatan rakyat seperti DSAI, Lim Kit Siang, Tuan Guru Nik Aziz & Presiden PAS di kampung Tanjung Kapur. Seperti biasa turnout yg hadir adalah amat besar. Ttp apa yg jelas tiada isu yg besar dimainkan. PR seperti ketandusan isu utk menyerang pihak BN. Antara isu yg diketengahkan adalah isu dimana Dato’ Razali disisihkan oleh pihak UMNO, menyamakan BN sbg Israel, UMNO sebagai Fatah & bbrp point lain yg boleh dianggap tidak releven dgn pengundi.

UMNO pula cuba menggunakan pengaruh kedatangan Paklah dlm rangka lawatan ke Terengganu sbg pemancing undi. Samaada kedatangan beliau bakal mengubah persepsi pengundi @ sebaliknya tidak diketahui. Sesetengah pemerhati politik menyatakan komen Mahathir ttg calon memberikan impak kepada UMNO. Ttp disangkal oleh kebanyakan pihak kerana Paklah hanya menunggu masa utk turun dr takhta menjelang Mac 2009.

ISU TERBARU

UMNO

Telah mula memainkan isu lama iaitu isu Tadika Kemas ditutup di negeri terengganu pada waktu zaman Terengganu diperintah PAS. Kedengaran semula mainan CD2 & sketsa dimainkan di pusat2 gerakan BN “Masihkah Kau Ingat“. Isu ini merupakan isu killer pada PRU-11 yg lalu dimana PAS gagal mempertahankan kerajaan Negeri Terengganu.

Isu lama telah menjadi baru apabila peluang diberikan oleh kerajaan Perak & Selangor. Isu ini akan digunakan habis-habisan di Terengganu. Secara sedar @ tidak oleh MB Perak & Selangor telah membuka isu baru yg menyaksikan penggunaan meluas dlm kempen2. PR di Perak & Selangor patut dipersalahkan jika kempen UMNO berkesan.

PR sepatutnya perlu mengamalkan sikap berhati2 menjelang hari pengundian. Sebarang salah langkah oleh mana2 ahli2 PR boleh menjejaskan sentimen pengundi.

PAS

PAS telah mula bersifat defensive apabila memainkan isu yg dikira tidak releven. Isu yg mengatakan penggunaan wang oleh BN bersifat tidak meyakinkan rakyat. Ini diburukkan lagi kerana tiada laporan polis dibuat. Memainkan isu seperti ini tidak menjamin perubahan hati pengundi kepada PAS. Lebih buruk lagi bilamana ini membuktikan PAS @ PR sudah ketandusan idea dlm kempen tersebut. Sememangnya diketahui sesiapa sahaja yg memegang tampuk pemerintahan negeri @ pusat akan menggunakan jentera @ kuasa demi kemenangan calon masing2.

Perkara yg serupa juga berlaku di Permatang Pauh bilamana Lim Guang Eng telah mengumumkan peruntukan utk membantu golongan miskin & rebet utk rumah ibadat. Tidak lupa juga cuti umum diumumkan pada hari pemilihan sbg hadiah kepada rakyat

Pulau Pinang. Jadi apa bezanya antara PR- BN? Yg untung sewaktu pilihanraya kecil adalah rakyat sendiri. Biarlah pembangunan terdesak / tergesa2 berlaku kerana ini menguntungkan rakyat.

Satu lagi bukti ketandusan idea PAS adalah bilamana Mustafa Ali dlm temuramah mensifatkan PAS-Hamas & UMNO-Fatah. Cuba fikir-fikirkan adakah rakyat marhain akan terpengaruh dgn kenyataan ini. Fikir-fikirlah sendiri adakah kenyataan diatas akan menolong calon PAS?

MCA

Kegusaran BN kepada pengundi cina jelas dilihat apabila jentera MCA bergerak dgn kuat disekitar bandar. Jelas jika PR tidak mengambil kesempatan diatas pengaruh pengundi cina maka tidak mustahil kemenangan akan jelas berpihak kepada BN.

PKR & DAP

Seperti yg telah dinyatakan dalam analisis pertama, isu HUDUD tidak harus sama sekali dijadikan topik dlm pilihanraya kecil ini. Jelas isu ini telah menyebabkan pergeseran antara DAP – Karpal Singh & PKR - Anwar Ibrahim. Jelas PR telah memasuki perangkap BN dalam isu ini. Sepatutnya pendekatan berdiam diri perlu dilaksanakan sehingga habis pilihanraya.

Dalam konteks Undi, penentuan kemenangan didominasi oleh bukan melayu akan menyukarkan jentera DAP utk memancing undi kerana isu ini.

PERKARA YG PERLU DITEKANKAN

Jelas hasil temuramah pihak media BN menyatakan pengundi cina mahu mengenali hati budi calon. Meskipun ini merupakan hasil ulasan media BN ttp ini tidak patut dipandang remeh oleh mana2 calon. Lebih lawatan ke kawasan bandar diperlukan oleh PAS atas kerjasama DAP & PKR. Dari pihak UMNO pula, pengggunaan pengaruh GERAKAN & MCA dlm mendekati pengundi2 cina perlu dipertingkatkan.

Apa2pun tinggal bbrp hari lagi sebelum hari pembuangan undi. PR patut mencontohi BN apabila menjawab sesuatu isu yg ditanya oleh pemberita @ pihak lawan.
comments

1 comment:

  1. SALAM..

    saudara..saya berharap saudara dapat meneruskan diskusi kita..

    terima kasih...

    ReplyDelete