Oct 23, 2010

Amanat Presiden : Peranan UMNO & Perlembagaan Negara

Pada Khamis lepas Presiden UMNO telah menyampai amanat yg penting. Setelah sekian kalinya menunggu dengan penuh debaran, Presiden UMNO telah menyatakan pendirian yg teguh terhadap utuhnya perjuangan Melayu melalui UMNO disamping tidak menidakkan hak kaum yg lain.

Sepertimana yg dinyatakan dalam ucapan beliau :
"UMNO tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yg melukut ditepi gantang, bangsa yg menjadi dagang di negeri sendiri".

Tidak seperti PAS contohnya di Perak dimana mereka terpaksa gadaikan prinsip sendiri demi mengikut telunjuk DAP. (bukti : Nizar Gadai Negara Islam)

Ucapan Presiden UMNO adalah yg amat ditunggu-tunggu oleh sekalian org Melayu & bumiputera baik mereka yg didalam UMNO @ diluar sana. Yg amat menarik kenyataan kukuh beliau yg menyatakan :-
"Kedudukan org Melayu serta Bumiputera & kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia 'terkunci kemas' dalam artikel-artikel Bahagian 3 , mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan & Perkara 153 mencakupi antara lain Perezaban kuota perkhitmatan & permit utk org Melayu".

"Kita mesti memahami & mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan. Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yg memberi kuasa kepada Parlimen bg menggubal undang2 merlarang perbuatan mempersoal apa2 perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan @ hak kedaulatan yg ditetapkan @ diperlinding oleh perungkan Bahagian 3, Perkara 152, 153 & Perkara 181."

Kenyataan, undang2 & perkara yg diulas oleh Perdana Menteri hakikat yg tidak boleh diubah. Sekiranya pun Dato Seri Anwar menang dalam PRU-13. Adalah mustahil perlembagaan negara boleh diubah meskipun mempunyai 2/3 majoriti di Parlimen. Mungkin DSAI mahupun ahli-ahli Parlimen DAP, PKR & PAS yg lain perlu meneliti peruntukan diatas sebelum mengeluarkan kenyataan @ janji2 kosong utk hak sama rata sama rasa. (Lihat betapa jangkalnya kenyataan Nurul Izzah mengulas ucapan Perdana Menteri)

Mahukah Majlis Raja-Raja menyokong @ meluluskan perubahan peruntukan Perlembagaan Malaysia kepada mereka yg mempertikaikan peranan raja-raja, tidak menghormati institusi beraja & pelbagai kenyataan yg menginggung raja-raja. Jawapannya sudah tentu tidak. Sekiranya darurat sekalipun diistiharkan tetap tidak dapat mengubah peranan Majlis Raja-raja dlm meluluskan perubahan pada Perlembagaan Malaysia. Jadi udah-udahla berjanji kosong kepada bukan bumiputera.

Saya cabar, kepada Bar Council @ Majlis Peguam utk menyangkal ucapan yg dinyatakan oleh Presiden UMNO ataupun menyokong kenyataan tersebut. Juga saya cadangkan dalam roadshow @ program "MyConstitution" yg dibuat oleh mereka dimasukkan @ dinyatakan yg Hak Keistimewaan Org Melayu & Bumiputera tidak boleh diubah melainkan dgn 2/3 majoriti di Parlimen dgn perkenan Majlis Raja-raja. Cek dapat rasakan mereka tidak akan bercerita benda ini memandangkan ia tidak mungkin dipersetujui oleh majoriti org2 kuat ahli mereka.

Sepertimana kata PM :
Apa yg menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul akibat sejarah dienteng @ dilupakn akibat perjalanan masa, @ juga apabila ada pihak2 tidak bertanggungjawab yg cuba mentafsir semula semua itu, supaya sesuai dgn kepentingan serta agenda sempit kelompok masing2.

Bagi Bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yg terpateri di ambang merdeka kini diungkit kembali. Sedangkn, berpayung sumpah & janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bg mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dgn kaum-kaum lain.

Serentak dgn itu, penerimaan kerakyatan yg berasaskn prinsip jos soli @ hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dgn sekelip mata telah mentransformasikan lankskap sosio-politik Tanah Melayu utk selama-lamanya.

Sudah jenuh kita bercakap soal asas perlembagaan Malaysia. Diulangi lagi oleh PM kita. Janganlah kita menjadi seperti kes-kes @ tragedi 1969 berulang akibat ketegangan antara kaum. Janganlah yg elok menjadi retak, janganlah yg bersambung menjadi putus.

Kepada UMNO & Presiden UMNO. Jadilah tunjang @ juara dalam meletakkan org Melayu & Bumiputera sejajar dgn peruntukan Perlembagaan. Jangan hanya bercakap omong kosong menyedap telinga mengharapkan sokongan Melayu tanpa meletakkan ia dalam aspirasi Kerajaan. Perlunya peruntukan dalam perlembagaan diterjemahkan dgn melaksanakan polisi kerajaan dalam membawa Bumiputera & org Melayu supaya berdaya saing dgn kaum-kaum lain.

p/s : Melihat kepada Ucapan Beliau maka cek pahamlah apa yg cuba dibawa oleh DSN, 1Malaysia & juga UMNO dibawah kepimpinannya. (menunggu reaksi DAP, MCA, Gerakan, MIC & juga NGO mengenai Amanat Presiden). comments

2 comments:

  1. Salam:

    Tidak ada perkara yang tidak boleh berubah selagi ianya buatan makhluk.... Malayan Union adalah salah satu daripada qiyas yang boleh kita jadikan teladan... begitu juga dengan apa yang berlaku di Perak dan Selangor meskipun Undang-Undang Tubuh Negeri tersebut melindungi kepentingan Melayu dan Islam, tetapi bab Exco yang menjalankan kerja sebenar, kuasa yang duk ada bagaikan tidak berfungsi...

    Perhatikan bagaimana Nizar boleh menyembah derhaka dan Ronnie Liu menghalalkan beer tanpa sebarang tindakan....

    Jadi, biarpun Presiden UMNO memberi jaminan, orang Melayu sendiri yang perlu menjaga perlembagaan tersebut dan tidak membiarkan mana-mana pihak mengusiknya sama ada untuk trial-and-error mahupun berusaha untuk mengubahnya.

    ReplyDelete
  2. Mmg betul apa yg cucu tok wan cakap.. tapi kita merujuk kepada keadaan seperti perlembagaan adalah amat mustahil ia boleh diubah dgn izin drpd Majlis raja2..

    Mungkin Mahkamah boleh mentafsirkan kembali peruntukan perlembagaan (jika dicabar) tetapi amat susah utk menang di pihak mereka.. sepertimana yg berlaku pada kemelut politik di Perak..

    Org Melayu tidak boleh 'lega' kerana meskipun hak keistimewaan x boleh diubah dalam perlembagaan ttp ia boleh dinafikan dalam pentadbiran negara jika dikuasai oleh PR..

    itulah yg patut ditakuti jika Pakatan rakyat memerintah..

    ReplyDelete