UMNO mengusulkan penubuhan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) bertujuan mewujudkan Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (BCIC) yg benar-benar berjaya. Dengan pengawasan rapi MTAB terhadap agenda membantu bumiputera di semua kementerian & jabatan, ekonomi bumiputera dapat ditransformasikan menjadi ekonomi yg moden & kompetitif selaras dgn Model Baru Ekonomi yg insklusif.
MTAB diusulkan berperanan sebagai badan pemantau dan penyelaras agenda bumiputera. Utk lebih berkesan MTAB perlu dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Diatas antara usul yg dicadangkan oleh Datuk Seri Awang Adek dalam meningkatkan ekonomi Bumiputera. Bukannya bumiputera tidak reti bersaing. Tetapi Bumiputera masih jauh ketinggalan dibandingkan dgn kaum lain. Sehinggakan sasaran penguasaan 30% kek ekonomi masih jauh dr realiti. Sedangkan dgn perlindungan & hak keistimewaan Bumiputera masih jauh ketinggalan. Jadi, jika tiada perlindungan & hak tersebut, masih mampukan Bumiputera bersaing. Itulah menjadi persoalan.
Hakikatnya adalah terdapat byk dasar kerajaan yg membantu bumiputera. Tetapi ia tidak diselaraskan secara sistematik dibawah satu badan. Tiada badan khusus utk memantau, memberitahu, mengkaji & menggalakan golongan ini utk lebih berdaya saing dgn kaum lain. Bumiputera ingin maju, ingin menceburi bidang2 ekonomi tertentu tetapi tiada penerangan tentang bantuan, peluang mahupun tunjuk ajar utk berdiri & berlari ke arah yg betul.
Tidak dinafikan DEB telah wujud setelah sekian lama, tetapi Bumiputera masih belum mencapai sasaran. Ia berpunca daripada perlaksanaan dasar. Hanya mereka yg tahu sahaja tentang apa yg dinyatakan sebagai peluang kepada Bumiputera mengambil inisiatif/insentif @ kelebihan ini. Ini selalunya mereka yg rapat dgn badan pelaksana kerajaan (penjawat awam), institusi kewangan & bbrp badan yg secara tak langsung mendapat manfaat /agen drpd agenda ini. Dalam erti kata lain, kronisma berlaku & pemberian peluang tidak bersifat menyeluruh sehinggakan hanya menguntungkan org tertentu sahaja.
Pelbagai kesusahan kadang2 sengaja ditimbulkan bagi merumitkan peluang perniagaan, pemberian lesen, pemberian faedah @ pinjaman walaupun syarat2 asas dipenuhi. Ini yg sebenarnya berlaku diluar sana tanpa pemantauan & tiada sapa utk mengadu masalah. Pada akhirnya bermulalah ketidakpuasa hati & menuding jari menyalahkan pihak kerajaan hasil dek sbb pegawai2 tertentu yg bermasalah menunjuk kuasa, mempunyai agenda @ mungkin juga dijaga pihak2 tertentu. Inilah yg menghancurkan aspirasi kerajaan dalam membesarkan kek ekonomi bumiputera.
Dengan adanya MTAB ia perlu menjadi titik fokus kepada agenda bumiputera dgn KPI diletakkan seadanya dalam mencapai tahap 30% penguasaan ekonomi. Mungkin sasaran patut diberikan kepada MTAB utk mencapai tahap tersebut sebelum tahun 2020. Setiap tahun pula MTAB perlu melaporkan & diteliti pencapaian mereka dalam merealisasikan agenda bumiputera.
Syabas Datuk Dr Awang Adek kerana mengusulkan satu cadangan yg paling bernas pada Perhimpunan Agong UMNO. Kita doakan ia menjadi realiti di kemudian hari dgn secara dasarnya pun Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri pun menyokong usul tersebut. Kita tgk adakah ia akan terlaksana @ hanya usul menyedap rasa..
p/s: Menanti yg tidak pasti, mendoakan ia bakal terjadi.. Insyallah..
No comments:
Post a Comment