Nov 6, 2009

Wang Ehsan ka Royalti? ~ Semua kami yg Punya (PAS Kelantan)


Menjawab soalan daripada MP PAS Kelantan baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan rakyat Kelantan akan diberi wang Ehsan hasil daripada minyak di persisir pantai Kelantan walaupun pada hakikatnya ia berada dibawah kerajaan pusat. Bermacam-macam 'feedback' diterima samaada menyokong @ menentang.

Seperti biasa, PAS dgn lantangnya melalui Husam Musa berkata dgn bongkaknya mewakili rakyat Kelantan mengatakan Kerajaan Negeri tidak mahu menerima wang ehsan tersebut. Pada saya apa masalahnya? Terima ajalah apa-apa bentuk wang. Lagipun Kerajaan Pusat telah berjanji & akan mengadakan perbincangan bersama ttg bagaimana wang tersebut bakal di salurkan ke rakyat Kelantan.

Cek setuju dgn pandangan Ibrahim Ali bahawa "Mana penting politik @ rakyat? Saya pilih kepentingan rakyat. Ia juga merupakan fokus utama Kerajaan Pusat iaitu mengutamakan rakyat". "Siapa dapat nama, pahala, pujian @ undian itu soal kedua, apa yg penting kebajikan rakyat diberi keutamaan" Haa... Inilah cakap-cakap wakil rakyat yg betul.

Kita tgk pulak ada kata Husam. "Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusat". Tu dia garang sungguh bahasa. Seperti macam cakap bagi duit tu pada kami Kerajaan Negeri. Pandai2 la kami belanjakan.

Bercakap macam senang sahaja. Tindakan undang2 terhadap kerajaan mahupun Petronas akan menemui jalan buntu. Sebab kalau idak dah lama Kelantan ambil tindakan undang-undang. Kenapa sekarang dituntut sedangkan Kerajaan Pusat bersetuju utk bagi wang ehsan? Kalau tak silap cekla, mengikut undang-undang 3 batu nautika daripada persisir pantai semua hasil galian adalah tertakluk dibawah pengurusan kerajaan Pusat. Jika kerajaan pusat nak bagi wang ehsan @ royalti adalah tertakluk kepada budi bicara kerajaan pusat. Itu mmg hak dia. Macam juga kalau dia nak bagi peruntukan lebih kepada Pulau Pinang atas World History Heritage.

Jadi mudah saja, kepada tak dapat apa baik dapat 'something'. Orang dah bagi pun syukur. Jadi takyah la dok mintak2. Takkan kelabu mata kot bila Najib umum wang ehsan. Al-maklumlah bila bab duit adik beradik pun boleh gaduh. Inikan pulak org politik. Nasihat cek drpd dok cakap merapu & mintak yg belum tentu dapat, maka terima sajalah apa Kerajaan Pusat nak bagi lepaih tu berbaik-baiklah. Lagipun yg untung org Kelate. Bukan org Kedah pun..

p/s: Tak pernah dgq undang2 kat dunia ni bila jumpa minyak di persisir pantai menjadi hak milik kerajaan negeri. (tapi kalau fakta ni salah tolong betulkan) comments

4 comments:

  1. Anak Langkawi ni kurang pemahaman atau malas nak berfikir panjang sebab benda ni tak terjadi pada negeri Kedah.

    Cuba tanya diri sendiri kenapa Serawak dapat duit royalti, kenapa T'ganu dapat duit royalti, kenapa suatu ketika dulu duit royalti pada T'ganu ditukar sbg wang ehsan dan kenapa K'tan tidak boleh mendapat wang royalti.

    Agak malang posting ini hanya menunjukkan diri sendiri cetek pemikiran.

    Kwang kwangg kwanggg!!!...

    ReplyDelete
  2. Orang Tanjung rasanya tak paham.. kalau nak mintak sesuatu mesti bersandarkan kepada perjanjian.. kalau dah takdak nak mintak based on apa..

    dia macam kira macam kenduri la.. kadang2 2-3 jiran depa panggil. tapi kita tak panggil.. takkan kita nak salahkan tuan rumah kot kalau mmg dia tak nak jemput..

    if Orang tanjung ada clause dalam undang2 utk support your statement i salute u...

    ReplyDelete
  3. Aku dah berusaha dan dapat clause yg berkenaan tapi sorry le beb, lu usaha sendiri la.

    Tak perlu salute aku sbb sentiasa terutama time "bird watches" ada org dok salute aku, janji depa pakai uniform.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  4. :).. ilmu kena share betul tak.. apa salahnya bagi kat cek kalau dah jumpa..

    p/s: jumpa ka idak clause tu?

    ReplyDelete