Oct 9, 2009

Bagan Pinang ~ Inikah Masa depan Melayu?


Malam semalam kita dikejutkan dgn pergaduhan yg berlaku jam antara jam 1.00-3.00 pagi. Difahamkan kononnya pergaduhan tersebut berpunca daripada salah faham diantara penyokong UMNO & penyokong PAS atas satu sebab iaitu pasal bendera. Seperti biasa tudingan jari bermula diantara PAS & UMNO angkara siapa.

Yang PAS mengatakan pihak UMNO yg bertanggungjawab (berdasarkan baju org2 yg menyerang dikatakan memakai baju pemuda UMNO seremban) & UMNO pulak mengatakan ini merupakan sabotaj drpd pihak PAS utk menarik simpati rakyat & juga untuk mengerahkan lebih ramai pemuda seluruh negara turun ke Bagan Pinang. Kenapa?

Kerana kita sudah sedia maklum yg jentera PAS di Bagan Pinang amat lemah sekali & dilihat seperti hanya PAS yg berjuang dalam PRK ini. Dimana rakan-rakan PR seperti PKR & DAP.

Jawapannya mudah iaitu Dato Seri Anwar tiada di Negara ini dalam usaha mencari sokongan Amerika Syarikat (dalam rangka lawatan bertemu Al-Gore) manakala DAP pula sibuk mengeluarkan budget Negara yg intipati tersebut cukup mencurigakan & berunsur utk menidakkan hak org keistimewaan org Melayu (cek akan ulas soal budget DAP in next article).

Persoalan yg ingin dibangkitkan adalah bukan utk mengupas siapa salah siapa benar? Tetapi utk mengulas isu perpecahan org Islam amat membimbangkan sehinggakan soal bendera & papan tanda pun kita boleh bergasak sesama sendiri. Lebih sedih bila PAS dgn UMNO bergaduh yg pada dasarkan kita sama-sama umat Islam. Bagaimana kita sudah sampai ke tahap ini?

Dikala org Melayu asyik berkempen di Bagan Pinang dimana parti komponen BN lain? Dimana DAP & PKR? Ini mengingatkan seperti demo haram membantah ISA beberapa bulan lepas. Semua yg hadir org Melayu & Islam. Dua tiga kerat ja bangsa lain. Nampak sangat taraf org Melayu adalah pencacai dalam PR.

Yang lebih sedih bila Ketua Pemuda PAS mengeluarkan sms & menyeru dilakukan jihad terhadap UMNO. Masyallah. Jihad! Ini terlalu berat bunyinya. Ustaz sorang ni tak tahu ka apa maksud jihad. Adalah menjadi satu sejarah dunia bila dek kerana pergaduhan disebabkan bendera pun boleh diseru jihad. Yg lebih kelakar bilamana DAP memperbodohkan PAS dgn berbagai2 isu tak pulak diseru jihad.

Jika inilah tanda2 kejatuhan org Melayu & saya takkan terkejut jika satu hari nanti PR memerintah negara bertunjangkan DAP. Dimana yg melaksanakan perintah DAP, pentadbirnya PKR, manakala PAS perlaksana a.k.a pencacai. Pada waktu itu merempatlah org Melayu di Negara sendiri dek kerana tidak bersatu atas satu tuntutan Agama kerana perbezaan politik..

p/s: Waktu tu gigit jarilah..

Wallahwaqlam.

comments

4 comments:

  1. jj jmpe paul wolfitz...xde komen ke???

    bg la komen skit...

    ReplyDelete
  2. :) kalau saudara ada komen bagila.. nak juga dgr pendapat org lain..

    ReplyDelete
  3. knpa mengelak???

    kalau pakatan jumpa, msti ckp macam2 kan...hehehe

    :)

    ReplyDelete
  4. Pakatan jumpa? mmg dah sedia maklum anwar jumpa baru ni..
    JJ kan ke dia Malaysia ambassidor..

    jadi kalo malaysia ambassidor jumpa dgn DSAI jumpa.. mana lagi question mark?

    ReplyDelete