Feb 16, 2009

Pulau Tuba Bakal Membangun

Sinar Harian 16/2/09

PULAU TUBA - Penduduk Pulau Tuba bakal dihidangkan beberapa rancangan pembangunan terutamanya kemudahan asas bagi memberi peluang kepada mereka menikmatinya sama seperti penduduk di Pulau Langkawi.

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib berkata, perkara utama yang sedang diusahakan adalah dengan pemasangan kabel elektrik bawah tanah. Menurutnya, satu perbincangan bersama Pengerusi Tenaga Nasional Berhad iaitu Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie akan diadakan bagi merealisasikan hasrat penduduk Pulau Tuba itu.

“Kami akan menyediakan kertas kerja dan akan usulkan kepada Tan Sri bagi mendapatkan respons dan jika perlu kami akan membuat susulan kepada kerajaan persekutuan untuk dibincangkan di mesyuarat kabinet.

“Sebelum ini, penduduk Pulau Tuba tidak dibekalkan dengan air bersih, namun pada tahun 1996 melalui Kerajaan Pusat dan Persekutuan, bekalan air bersih dari empangan berhampiran dapat disalurkan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Pulau Tuba, kelmarin.

Abu Bakar berkata, selain itu, sebanyak RM10,000 akan diberikan sebagai pembiayaan permulaan bagi membina sebuah taman permainan moden. Menurutnya, permohonan ini disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pulau Tuba, Abdul Rani Awang, apabila bersimpati dengan nasib kanak-kanak di pulau ini yang tidak berpeluang menikmati taman permainan seperti di Langkawi.

“Selain itu, sebanyak 10 banis (pukat udang) akan diberikan setiap seorang selepas mereka membuat permohonan,” katanya. Beliau berkata, banis ini sangat penting bagi penduduk memandangkan majoriti mereka di sini adalah nelayan.

“Oleh itu, dengan pemberian banis percuma ini, mereka dapat pulangan hasil berganda malah penjualan udang dapat ditingkatkan sekali gus Pulau Tuba berpotensi menjadi pengeluar udang utama di Langkawi,” katanya.

Abu Bakar berharap penduduk dapat menghargai semua kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan walaupun mengambil tempoh yang lama untuk diluluskan.
------------------------

Other Perspektif :-

Berita baik utk penduduk Pulau Tuba. Moga dgn adanya inisiatif yg seperti ini dpt menambahkan pendapatan penduduk. Alangkah baiknya jika kita sama2 bangunkan taraf ekonomi penduduk setempat drpd bercakaran sesama sendiri. Moga2 pihak kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat tidak melupakan penduduk luar bandar.

p/s: tinggalkan sejenak politik. Ayuh tingkatkn taraf ekonomi kita.
comments

1 comment:

  1. mengapa pemberian ini tidak dianggap rasuah?sedangkan belum lagi cukup edah 6 bulan selepas pertandinagn umno bahagian?kalau orang tertentu buat salah,tak apa,tapi kalau orang tertentu lain buat,kira salah.memang makan sebelah

    ReplyDelete