May 25, 2009

Harakah & Muktamar PAS

Muktamar PAS sedang menghampiri. Proses pemilihan telah sampai ke penghujung. Borang telah dikeluarkan & diberikan kepada calon2. Sepanjang pemilihan muktamar ini sumber mana yg boleh dipercayai utk melihat perihal calon2 & juga perihal dalaman PAS sendiri.

Jawapannya adalah mudah. Utusan Malaysia @ Berita Harian. Sepanjang perjalanan persidangan cawangan & bahagian2 PAS byk temuramah dibuat oleh Utusan Malaysia berkenaan dengan perihal calon2 dalam PAS. Antara yg ditemuramah adalah Salahuddin Ayob, Nik Abduh, Datuk Mohd Daud Iraqi & bbrp lagi pemimpin PAS. Melihat kepada perkembangan ini nampaknya pemimpin PAS lebih senang ditemuramah oleh media lain selain harakah.

Kenapa? Mungkinkah kerana Harakah tidak lagi boleh menjadi tempat mengadu dalam PAS @pun berita2 dalam Harakah bersifat amat selektif. Mungkinkah PAS yg amat melaungkan kebebasan akhbar tidak meletakkan apa yg dicakap pada Harakah? Harakah lebih berkisar pada berita2 sensasi politik PR daripada mensensasikan perkara2 @ ucapan2 oleh pemilihan PAS sendiri. Kadang2 kita tertanya-tanya mengapa Harakah lebih memberi liputan kepada ucapan2 Anwar, DAP & rakan2 PR yg lain.

Kadang-kadang apa yg diungkap diletakkan pada muka depan akhbar menyebabkn makin kurang pembeli mahu membeli harakah sejak akhir-akhir ini. Malah di blog-blog telah berbunyi mengapa Harakah tidak memberi liputan yg meluas kepada pemilihan Muktamar. Mungkin Harakah tidak mahu dilihat berat sebelah? Tetapi jika tidak Harakah akhbar mana lagi yg mahu dilihat boleh memartabatkan kepimpinan PAS. Takkan nak harap Rocket @ Suara Keadilan kot.

Cuba lihat Harakahdaily.net, tiada langsung berita mengenai Muktamar. Kalau ada pun disini. Inipun bukan dari Harakah sendiri meskipun byk cerita yg ditapis dalam website ini. Hanya berita @ iklan muktamar yg akan diadakan di Stadium Melawati. Berita lain byk berkisar tentang mengutuk UMNO, menyokong PR & tak habis2 cerita politik. Sepatutnya Harakah mesti tertumpu kepada gerak kerja PAS sendiri dalam 4 Kerajaan negeri. Tunjukkan berita2 tentang bantuan, perlaksanaan oleh PAS cawangan @ bahagian & juga lain2. Jgn bagi ruang langsung pada pemimpin PR yg lain utk liputan dlm Harakah. PAS perlu sedar & akui didalam PR PAS parti nombor 3. Jika tidak Harakah yg mewarwarkan aktiviti pemimpin PAS siapa lagi? Jadi tidak hairanlah kita lebih kenal pemimpin PKR & DAP dari PAS sendiri.

Ini tidak, di Harakah PAs lebih cenderung 'membubuh' iklan2 bersifat ubat kuat. Lebih meletakkan cerita yg bersifat fitnah, tuduhan @ anggapan. Dan juga berita melibatkan sensasi. Sikit2 okla tapi jgn la lebih2. Kadang-kadang org2 kampung bercakap kalo nak cari ubat kuat hangpa tgklah Harakah.
comments

6 comments:

  1. betullah, Harakah sibuk iklankan ubat kuat & kopi janda....

    tapi, tak haram, kan?

    akhbar UMNO sibuk iklankan tikam ekor....semua akhbar melayu ade...syiok betulllah...

    ko sokong tak? sokong judi bahaya siott.....

    aku seronok aje...

    ReplyDelete
  2. :) terpulang pada pandangan masing2.. hanya menegur.. yg salah ttp salah.. yg betul ttp betul

    wallahwaqlam..

    ReplyDelete
  3. hidup ni kene ade keutamaan..

    halal haram wajib diambil kira dlama setiap pilihan.

    Benda halal, kita heboh,
    bende haram, kite buat senyap sebab kite ada syer atau perkaitan dgnnya.

    Allah dah bagi kita jalan, panduan hidup, tak perlu kita nak reka panduan atau manual baru....

    baru hidup dan fikiran kita selari dgn Islam...

    ReplyDelete
  4. Betul.. ttp dalam hidup ni jugak adalah menjadi kewajipan menegur mana yg salah bukan menaikkan benda yg salah @ menghalalkn yg haram..

    :) cuba lihat skrg sapa yg buat panduan baru.. bila kita mengkafir sesama Islam,. bila dituntut utk merapatkan saf sesama Islam (dimana kita?).. dimana tangan yg menghulur? dimana tgn yg menerima..

    p/s: akan sentiasa menegur kearah kebaikan.. begitu juga saudara bukan?

    ReplyDelete
  5. Nak tambah skit... Harian Metro pun penuh ngan iklan jugak. Semua ada, kopi kuat, no ekoq, bla... bla... bla...

    Biasalah, mana-mana publication yg tidak sealiran ngan bn pastinya dicop sebagai pembangkang dan menabur fitnah. Begitulah sebaliknya.

    Bilamana dibuat PR memerintah negara, pastinya Utusan Meloya, Berita Hairan dan yg sekasta dengannya dicop sebagai penuh ngan citer fitnah. Itulah lumrah alam 1Malaysia.

    Yang melopong terkangkang adalah rakyat terutamanya bangsa melayu yg begitu kuat dan kukuh eko-NO-MONEYnya.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  6. Org Tanjung,

    Mungkin betul apa yg dickp.
    Mungkinkah kita sbg org melayu boleh berubah dr buat benda2 yg nyata salah x kira dr pihak BN or PR..

    yg penting tuduh, fitnah dll tidak boleh dihalalkn dsbbkn kita beraliran politik sama dgn mereka2 ini..
    tak begitu?

    p/s: salah ttp salah

    ReplyDelete