Feb 21, 2009

Disebalik Program Pemberian Permit Teksi Langkawi - Pergolakan UMNO Langkawi













Petikan Akbar Sinar Harian Versi Utara.


KUAH - Lembaga Pengangkutan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengeluarkan sebanyak 166 permit baru bagi kereta sewa yang beroperasi di sini. Pengerusinya, Datuk Markiman Kobiran berkata, sebanyak 7,000 permohonan bagi mendapatkan permit di seluruh negara diterima daripada pemohon dari Julai sehingga Oktober tahun lalu iaitu.

Menurutnya, proses ini mengambil masa lama bagi mengenal pasti pemilik dan pemandu kedua teksi dan kereta sewa sebelum permit dikeluarkan. “Kini LPKP bertindak tegas dengan memberi ingatan kepada pemilik kereta sewa dan teksi yang mendapat permit supaya tidak menyewa kenderaan mereka kepada kedua.

“Pemohon yang diberikan permit kebanyakannya adalah pemandu kedua, oleh itu LPKP menggesa mereka untuk menumpukan kepada satu bidang pekerjaan sahaja,” katanya selepas Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan (STK) Kereta Sewa Wilayah Utara di Kuah, kelmarin.

Markiman berkata, mereka dinasihatkan supaya memilih untuk membawa teksi atau terikat dengan pekerjaan yang sedang dilakukan. Menurutnya, terdapat sesetengah pihak terdiri daripada penjawat awam dan swasta mendapat lesen lalu menyewakan kepada pemadu kedua dengan harga tinggi.

“Kita tidak mahu wujud senario untung atas angin, sekiranya perkara ini berlaku, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya. Beliau berkata, LPKP tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang kereta sewa dan teksi.

“Kami mendapat kerjasama daripada orang awam, polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menjalankan operasi bersepadu setiap hari. “Hal ini berikutan tanggungjawab yang dipikul oleh pemandu teksi terhadap penumpang kerana insurans melindungi semua pihak jika berlaku kemalangan,” katanya.

Beliau berharap pemilik STK memanfaatkan peluang yang diberikan kerajaan bagi membantu pemandu teksi dan kereta sewa mendapatkan sumber pendapatan secara telus dan dedikasi.

---------
Diharap pemandu teksi Langkawi tidak meng-Alibabakan permit teksi yg diberi. Gunakan dgn sebaiknya & tingkatkan perkhitmatan terhadap pelancong2. Moga langkawi menjadi kenangan di mata dunia.

Politik UMNO Langkawi

Sekitar program pemberian permit pada malam itu. Ceritanya bermula begini. Pada awalnya pegawai LPKP bersungguh2 menjemput Ahli Parlimen Langkawi Dato' Paduka Abu Bakar Taib utk merasmikan program tersebut. DABT pada awalnya tidak mahu dtg kerana sidang Parlimen. Tetapi memandangkn pihak LPKP bersungguh2 beliau menerima jemputan.

Tiba pada hari tersebut, pada awal paginya DABT dimaklumkn program telah di tunda ke suatu hari lain (LPKP memaklumkn kpd setiausaha DABT). Ttp pegawai tinggi LPKP yg kebetulan berada di lobby parlimen pada waktu itu memaklumkan program tersebut masih diteruskan.

Rupa2nya telah ada usaha pihak2 tertentu dr pihak Ketua Bahagian Langkawi melobi utk merasmikan program tersebut (biasala nak kejar kredit & pengaruh). Atas arahan pihak atasan pusat LPKP & perasaan malu terhadap DABT program diteruskan dgn dihadiri oleh kedua2 YB. YB Nawawi (ADUN Kuah) & YB DABT (Parlimen Langkawi).

Berikut adalah sekitar ucapan Dato' Paduka Abu Bakar Taib di program tersebut yg amat kecil hati dgn apa yg berlaku :-

"Saya bukan budak2. Saya ahli Parlimen Langkawi. Saya tinggalkan mesyuarat di Parlimen semata2 memenuhi kehendak majlis program yg menjemput saya. Jgn main2 ckp sekejap ada sekejap tunda."

"Kalau nak YB Nawawi rasmi bagitau awal2. Jgn buat mcm ni. Kalau hangpa nak sokong dia sokong la. Saya dah jadi YB 5 penggal. Cukupla. Tapi jgn main2kan saya."

(muka YB Nawawi waktu ni cukup sugul & pucat lesi)

Peristiwa yg amat dikesali ini berlaku dikala seluruh UMNO berkobar2 bercakap mengenai perubahan. Saya tidak lihat pimpinan UMNO baru di Langkawi berubah utk kearah kebaikan dgn mengetepikan veteran2 UMNO Langkawi & mengamalkan rasuah politik. Kepimpinan yg ada sekarang amatlah dipertikaikan & mereka perlu sedar yg DABT amat berpengaruh dikalangan rakyat Langkawi malah telah berbakti selama 5 penggal.

Seluruh masyarakat Langkawi menghormati beliau baik kawan @ lawan. Baik dr PAS, PKR @ UMNO. Adakah kem YB Nawawi yg terlalu "ghairah dgn kuasa" terfikir apa perasaan org2 DABT & masyarakat Langkawi amnya. Ini dibuktikan dgn melihat majoriti DABT sewaktu PRU-12, PRU-11 dll iaitu adalah melebihi majoriti kedua2 ADUN di Langkawi bergabung.

Apa yg pasti. YB Nawawi telahpun kehilangan satu undi dr saya utk PRU-13. Mungkin akan byk yg menyusul jika pimpinan tertinggi UMNO tidak memberi perhatian kepada pimpinan baru UMNO Langkawi yg bermasalah. (seperti jugak website UMNO-Langkawi yg tidak berubah).

P/s: Harapan agar SPRM @ jawatankuasa disiplin UMNO bertindak ke atas laporan rasuah politik yg telah dibuat.
comments

4 comments:

  1. bestlah artikel YB ni..jiji plan nak p langkawi March ni..nak tgk beach soccer!

    ReplyDelete
  2. wahai anak Langkawi.
    Hang jangan fitnah kat YB Nawawi.Sebenar nya program tu,dia pun tak tau kata orang panggil dia untuk resmi.Yang tahu hanya lah 2 kumpulan dalam AJK penganjur.Satu sokong DB dan satu sokong YB Nawawi.
    Pengerusi LKKP tu pandai,dia bagi kedua-dua mai.Dia pun tahu nak jaga menteri dia Noh Omar yg nak bertanding MT UMNO.Kalau group YB nawawi naik angin,alamat 13 undi untuk Dato Noh tak dapat.Lagi tak ada apa salah bila kedua2 depa berucap.Macam di dua tiga program yang dibuat di Langkawi.DB cakap apa pun aku tak faham.Takkan nak jadi Sami Vellu duk di kerusi tu sampai nak mampus.Anak2 muda lain tak chance ka nak pi depan?Maybe bagi masa,depa will be very much better then DB.

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Tak fitnah.. tapi hanya menceritakan apa yg berlaku..
    itu ikut saudara nak ckp apa..
    Mungkin saudara rasa DB dah lama sgt.. itu pandangan saudara.. pada saya kita tgk bukan dr segi lama @ baru.. yg penting YB yg boleh settle masalah rakyat.. bukan yg berckp sana sini pastu kena cap pembohong etc2..

    kalau rasa diri betul pi tanya org langkawi on the street. sapa yg depa suka.. DB or Nawawi.

    ReplyDelete