Jan 11, 2009

P036 Kuala Terengganu PRK - Pengundi Yang Dilupai -

PENGUNDI YG DILUPAI

SPR telah mengeluarkan & mengedarkan kertas undi kepada lebih 1,302 pengundi POS hari ini. Pengundian telah bermula. Jika difikirkan UMNO telah berada di hapadan mendahului PAS kerana kebanyakan undi Pos berpihak kepada UMNO. Kenapa ini berlaku? Berikut ulasan minda kecil mengenai persoalan tadi.

PAS @ PR

Dalam kerancakan PAS @ PR dlm berkempen, secara tidak sedar mereka telah melupai sekelompok pengundi yg dikira amat penting. Mereka dipanggil sebagai PENGUNDI POS. Meskipun byk pihak dlm PR menentang UNDI POS, tetapi sbg sebuah Negara demokrasi hak utk mengundi oleh Polis, Tentera & pengundi POS lain tidak boleh dinafikan. Kelantangan PR dalam menentang UNDI POS telah menyebabkan byk pengundi pos ‘terasa hati’ lalu mengundi pihak BN. PR dilihat @ digambar tidak pernah melihat memperakui perkhitmatan mereka terhadap rakyat meskipun memenangi 5 negeri.


Polis dikritik dikatakan tali barut BN. SPR digasak dgn mengatakan tidak telus dll & anggota tentera sering diperlekeh oleh PR sbg alat BN.

Sebagai rekod terdapat 1,302 undi pos bagi Parlimen P036. Dlm pilihanraya ini cakap2 ttg undi Pos telah dinyatakan oleh PAS. Ttp nada yg dicanangkan oleh PR tidak akan memberikan pengundi pos pilihan selain memilih BN atau Undi Rosak. Salah siapa pengundi Pos memilih BN ? Sikap PR itu sendiri perlu dipersalahkan kerana sering menjadikan mereka bahan tomahan, ejeken & bermacam2 lagi hasutan bertujuan memperlekehkan pengundi ini.

UMNO @ BN

UMNO @ BN telah melihat pentingnya pengundi POS utk kemenangan byk kerusi BN. Sifat kerajaan BN sendiri yg memperakui & menghormati profession Polis & Tentera dibalas dgn undi2 daripada mereka. Sifat kerajaan yg amat ikhlas dilihat jelas bila elaun-elaun para tentera & polis dinaikkan dr semasa ke semasa. Dipihak polis pula kerajaan memperakui perkhitmatan mereka dgn memberi elaun tambahan mengikut gred.

Perlu diketahui bahawa pada PRU-12 lalu terdapat sejumlah 221, 085 pengundi POS diseluruh negara. Jika sikap PR terhadap pengundi-pengundi POS ini tidak berubah maka jgn disalahkan SPR jika PRU-13 tidak berpihak kepada mereka kerana undi POS. Jangan sekali-kali menafikan hak mereka untuk mengundi bila tiba pilihanraya umum. Mereka juga punya hati & perasaan yg menjalankan amanah demi keamanan negara. Pakatan Rakyat perlu menjaga hati pengundi-pengundi POS ini kerana mereka merupakan undi penentu dikebanyakan kawasan yg berstatusnya ’kelabu’.
comments

2 comments:

  1. Tipulah wahai org BN, neraka Allah sedia menanti wahai SPR, pengotor & tidak telus

    ReplyDelete
  2. Adakah ni ciri2 org beriman. Jgn bersembunyi disebalik nama tuhan.

    wallahwaqlam.

    ReplyDelete