Cadangan kerajaan utk mewajibkan Ujian Saringan HIV dilihat sbg cadangan yg amat bernas. Malahan terdapat negeri2 yg telah melaksanakan ujian saringan tersebut iaitu Negeri Johor & juga bbrp negeri lain.
Pada pandangan saya, ini merupakan idea yg baik. Jika hak asasi manusia yg dijadikan Isu. Apa pula hak sbg bakal isteri & bakal anak yg dikandung. Jgn dilihat ujian ini sbg penghalang kepada mereka2 yg nak berkahwin. Malah ujian ini amat bagus memandangkn pasangan akan mengetahui keadaan kesihatan pasangan masing2 sebelum berkahwin.
Hanya mereka2 yg mempunyai gaya hidup tidak sihat sahaja yg mungkin takut pada cadangan tersebut. Saya lihat cadangan tersebut menjadi salah satu faktor utk tidak melakukan maksiat. (Sekurang2nya ada satu lagi faktor rasa takut pada insan utk melakukan dosa).
Pada NGO yg diwakili oleh bukan Islam. Kenapa perlu bantah pada cadangan yg hanya akan dilaksanakan kpd org2 Islam. Cukuplah 'interfear' dgn agama org lain. Ini merupakan cadangan kepada pasangan iSlam sahaja.. Saya tidak nampak ia tidak dpt dilaksanakan kerana ia telah lama dipraktikkan oleh negeri JOHOR & kebanyakan negeri.
Tidak lupa jugak, kita tidak perlulah pandangan yg ekstrim yaitu "pembawa perlu dikuarantin". Jgn lah sampai mcm tu. Tak eloklah. Dia pun manusia juga. Mungkin bukan atas kehendak dia menjadi pembawa HIV. Biarlah mereka mendapatkan rawatan yg sewajarnya & jika pasangan masing2 tidak kisah mereka pembawa HIV maka teruslah berkahwin. Bukan bermakna jika salah satu pasangan dikesan sbg positif maka Jabatan agama ISlam akan menghalang mereka berkahwin. Sesi kaunseling akan diadakan utk mmberitahu risiko perkahwinan kepada pasangan. Dan jika pasangan masih mahu berkahwin saya rasa Jabatan Agama tiada halangan.
Saya cadangkan jika kebanyakan rakyat bersetuju dgn saranan ini perlu diperluaskan lagi kepada semua pasangan di seluruh malaysia tidak kira islam @ bukan ISlam.
Saranan ujian ini mendapat reaksi baik dr ahli2 politik, akedemik, NGO, Institusi Raja malahan org ramai. Saya amat kagum pada pertama kalinya saya lihat terdapat titik pertemuan @ kesepakatan dlm sesuatu isu. Kenyataan dr Dato' Najib, Ir Nizar & juga Tengku Mahkota Pahang menunjukkan perkembangan yg menarik dlm politik & kepimpinan tanahair.
Akhir kata saya nak pinjam kata2 Prof ini (dipetik dr akhbar Utusan): -
"Sesungguhnya langkah terkehadapan yg diambil oleh pihak pentadbir ISLAM itu harus diteladani kerana kesan & manfaatnya terbukti bersifat universal & boleh digunapakai utk semua kaum di Malaysia." - Prof. Dr. Mohamed Yusoff Ismail Dekan, Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University Malaysia.
No comments:
Post a Comment