Setelah sekian lama berada dirantauan maka pulanglah anak negeri berdondong-dondong ke negeri Kedah. Kesempatan juga diambil oleh cek utk pulang berhari raya melawat kampung halaman (langkawi) & ibu negeri kedah (undangan kawin rakan).
Amat sedih & hiba melihat suasana muram Aloq Setaq. Kelihatan amat tidak terurus & sampah sarap merata-rata. Hati kecil ini membuat kesimpulan mungkin hanya kerana musim cuti. Tekaan melarat bila sekali lagi cek turun ke Aloq Setaq sekali lagi atas urusan menunaikan zakat.
Atas dasar rakyat kedah yg sayangkan negeri teguran mesti dibuat. Maka inilah antara yg nak disimpulkan.
1- Jeti Kuala Kedah & Sekitar.
** Apa nak jadi ni. Sampah sarap di kawasan sekitar jeti tidak dikutip. Malahan di kawasan perumahan rakyat miskin PPRT kuala kedah sampah menimbun melebihi had. Tandas di Jeti? takyah komen lah. Pi tgk sendirilah.
2- Jubli Emas Sultan Kedah
** Kalaulah cek yang jadi sultan. Rasanya mmg kecik hati sungguh. Amat dingin melihat sambutan, banner & poster. Tapi mungkin sbb sudah sampai ke penghujung tahun?
3- Taman Rimba (bersebelahan dgn pusat pentadbiran)
** Kawasan ini menjadi antara kawasan jogging waktu zaman bersekolah di KSAH dulu. Amat teruk sekali keadaan kawasan tersebut. Tidak dapat digambarkan keadaan kawasan tersebut jika dibandingkan dgn dahulu. Penyelenggaraan amat buruk & teruk ttp tidak dapat mematahkan semangat anak negeri kedah utk sama-sama beriadah. Yg sedihnya lokasi taman yg berdekatan dgn pusat pentadbiran tidak memberi kesan kepada faktor penyelengaraan yg baik.
4- Pekan Rabu & Sekitar.
** Menjadi tempat persinggahan yg wajib bila ke Aloq Setaq. Pekasam & kain pelikat antara kewajipan pembeli. Jambatan merintangi jalan masih dihuni pengemis. Dimana silapnya negeri Kebajikan? adakah mereka ini tidak mendapat pembelaan? Harapan agar ini tidak berlarutan sbb akan mencacatkn lagi pemandangan ibu negeri yg ternyata telah cacat. Bab sampah sarap pun dah malas nak ulas.
Kesimpulannya keseluruhan kawasan yg dikunjungi oleh cek berada dalam keadaan dibawah 'par'. Tindakan susulan perlu dilakukan segera demi negeri tercinta. Majlis Bandaraya & Kerajaan Negeri perlu melaksanakan tanggungjawab yg diamanahkan rakyat. Tiada alasan & menuding jadi diperlukan. Hanya tindakan sahaja yg diperlukan. Ini antara secebis kepincangan & teguran atas dasar sayangkan negeri.
Akhir kata, berdasarkan kenyataan YB Ust Azizan mengenai kawasan tadahan hujan di kedah.
cek nak ingatkan kembali manifesto kerajaan negeri yg berikrar utk menjaga kawasan tadahan hujan & hutan dalam manifesto PRU-12. Ini merupakan janji PAS & PR. Jadi jgnlah memungkiri janji.
Ini bukan caranya utk dapat kan duit utk negeri. Sepatutnya cubalah mencari lebih pelaburan asing ke kawasan Kulim Hi-tech misalnya. Sekaligus akan mewujudkan peluang pekerjaan pada anak negeri kedah. Amat kesal mendengar Dato' Syukri dipaksa letak jawatan hanya kerana berbeza ideologi dari kerajaan negeri. Rakyat kedah seperti inilah patut dijaga dek kerana kapasiti beliau yg berjaya menarik byk pelaburan ke daerah Kulim.
Cek hanya mahukan yg terbaik utk negeri tercinta.
Salam Aidil Adha pada semua Umat ISlam terutamanya rakan-rakan senegeri!!
No comments:
Post a Comment