Dec 24, 2008

PPSMI : Wajarkah diteruskan @ dibatalkan?

Sudah sedia maklum byk perbezaan pendapat bila berhadapan dgn Isu ini. Terbaru apabila GAPENA mengungut utk menyaman Kementerian Pelajaran. Syabas saya ucapkan. Nyata GAPENA amat tegas bila berhadapan dgn Isu ini.

Malah website @ gerakan anti-PPSMI telahpun ditubuhkan & mendapat sokongan byk pihak. PKPIM juga merupakan antara badan NGO yg menentang perlaksanaan PPSMI.

Saya sebenar pada awalnya berbelah bagi bila berhadapan isu ini pada masa lalu. Tetapi keadaan telah berubah bilamana 'feedback' dr rakan2 guru di pedalaman menyatakan PPSMI hanya akan menyisihkan pelajar luar bandar. Siapa lagi yg patut beri pendapat? Adakah persidangan meja bulat yg dihadiri oleh cerdik pandai & intelektual ?
Saya berpendapat org yg paling layak merupakan guru2 di pedalaman adalah insan malaysia yg paling layak memberikan pendapat dalam isu ini.

Kepada pihak kementerian & ahli2 meja bulat! Tidakkah mereka pergi melihat, membuat kajian & mencari 'feedback' pada pelajar2 pedalaman? Tidakkah mereka bertanya pada guru2 yg penat lelah jerih mengajar dlm bahasa yg tidak difahami oleh murid? Adakah sanggup kerajaan mengorbankan pelajar2 luar bandar hanya utk memenuhi selera sesetengah intelektual & pelajar2 bandar. Lebih kajian diperlukan utk mengesan impak kehadapan bila perkara ini dilaksanakan.
Sebenarnya telah ada kajian2 luar mengenai impak PPSMI patut dijadikan renungan :

UNESCO.

Laporan pakar-pakar pendidikan luar negara dan UNESCOmenunjukkan bahawa perubahan bahasa pengantar dalam keadaan kanak-kanakmasih belum menguasai bahasa ibunda akan memburukkan prestasi pembelajaranmereka. Ini kerana kanak-kanak seharusnya menggunakan bahasa yang merekapaling fahami untuk tujuan belajar supaya mencapai keberkesanan pembelajaranyang optimum, terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Sekalipun menggunakan bahasa ibunda, kedua-dua mata pelajaran ini masih menjadi satumasalah untuk dikuasai sepenuhnya, maka sekiranya bahasa asing yang merekakurang biasa dijadikan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik,sudah pasti menjejaskan keberkesanan pembelajaran dengan teruk sekali.

Kajian luar negara membuktikan bahawa penggunaan bahasa kedua atau bahasaselain daripada bahasa ibunda dalam peringkat awal persekolahan akan membawakesan negatif terhadap perkembangan daya pemikiran kanak-kanak danmenyebabkan kemerosotan prestasi akademik dalam mata pelajaran Sains,Matematik dan bahasa. Maka, kepentingan pendidikan bahasa ibunda amatditegaskan oleh pakar-pakar pendidikan luar negara dan UNESCO.

KONGRESS PENDIDIKAN MELAYU.

Kongres Pendidikan Melayu Ke-2 yang dianjurkan pada bulan Mac 2005,secara lantang menunjukkan bahawa kira-kira 500 ribu orang pelajar Melayu akan keciciran dalam Sains dan Matematik akibat kegagalan menguasaibahasa Inggeris. Tidak dilupa tentangan juga diterima daripada pihak2 SJK Tamil & Cina.

Perlaksaan PPSMI pada saya harus ditentang kerana tiada manfaatnya pada pelajar di peringkat awal. Apa masalahnya kalau belajar dalam Bahasa Malaysia @ dwi-bahasa? Jgn kita bebankan lagi murid2 yg rata2 berumur lingkungan 7-12 tahun dgn 'high expectation' drpd kita. Jika tujuan adalah utk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris terlalu byk cara lain yg berkesan. Ini adalah antara cara 'simple' pihak kementerian boleh laksanakan demi utk meningkatkan penguasaan bahasa kedua ini :-

1- Menganjurkan lebih byk pertandingan debat / kuiz sains & matematik dlm bahasa inggeris di luar bandar.
2- Menganjurkan seminar bahasa inggeris yg wajib dihadiri oleh pelajar2 sekolah. (ala2 PLKN). Terutama pada pelajar2 yg lemah bahasa inggeris.
3- Menambahkan lebih byk tenaga pengajar di bidang bahasa inggeris.
4- Buat kempen supaya ibu bapa mengasuh menggunakan bahasa Inggeris dirumah.

Banyak lagi cadangan mungkin boleh dibincangkan utk meningkatkan penguasaan bahasa universal (BI) ttp jgnlah sehinggakan Bahasa Malaysia dianaktirikan sedemikian rupa.

Syabas diucapkan pada Dato' Khir Toyo yg juga bertegas menentang pelaksanaan PPSMI. Malah beliau juga memberikan pendapat yg baik dlm menambah baikkan keberkesanan PPSMI. Adalah hairan bilamana kebanyakan ahli politik tidak bersuara bila berhadapan dgn isu ini.

Di mana PAS dalam isu memperjuangkan Bahasa Melayu dalam Matematik dan Sains (PPSMI)?
Mereka lantang mengkritik bila berhadapan dgn isu2 tertentu. Ttp dalam isu ini, tidak terdengar kenyataan pimpinan tertinggi dlm berhadapan isu ini meskipun pada permulaan dahulunya merekalah yg menentang idea tersebut. Kenapa sekarang diam membisu?

Dimana suara PKR sedangkan didalam Kongress mereka baru2 ini ada perwakilan guru yg menaikkan isu tersebut ? Kenapa Dato' Seri Anwar diam membisu isu ini? Adakah takut hilang penyokong ?

Dimana lagi suara2 pejuang2 Bahasa Kebangsaan yg lain. Mana suara2 kepimpinan UMNO yg lain? Jgn hanya berckp soal bangsa ttp asas bahasa tidak dipertahankan.

Kesimpulannya perlaksaan PPSMI hanya akan mengkronikkan masalah keciciran pelajar hatta akan meningkatkan jurang perbezaan bandar vs Luar bandar. Jgnlah jadi seperti "Kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan".

Lagi pandangan Isu ini

- PPSMI perosak Bangsa Malaysia comments

No comments:

Post a Comment