Dec 7, 2010

Taxi Limo KLIA & Keluhan Pemandu

Adalah menjadi lumrah pada cek utk 'outstation' ke merata ceruk Malaysia. Apabila bila sampai ja airport selalunya org yg pertama cek bersembang setelah berhari-hari di luar kawasan adalah pemandu teksi. Macam-macam pemandu teksi yg cek jumpa tapi secara amnya majoriti pemandu teksi KLIA LIMO adalah pemandu yg sungguh 'dedicated' dgn tugas mereka.

Pada dasarnya inilah apa yg pemandu teksi dapat @ cara syarikat pemandu teksi berfungsi :-

1- Pemandu teksi dgn syarikat KLIA LIMO melaksanakan sistem sewa beli. Dimana syarikat akan menyediakan teksi kepada pemandu dan dalam pada yg sama pemandu perlu membayar sewa harian. Sewa harian pula boleh mencecah sehingga RM 150~ RM 190 sehari (harga sebenar tidak diketahui).

2- Harga sewaan sehari dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu 1- Insuran, 2- Duit selenggaraan, 3- Duit installment kenderaan/ kereta & beberapa pecahan yg kecik2.

3- Sewaan harian akan ditolak melalui ticket yg dikerat & di claim oleh pemandu teksi. Pemandu perlu 'claim' @ redem ticket @ tebus ticket maksimum 4 hari sekali. Pemandu sendiri perlu datang utk menebus wang tersebut (berdasarkan receipt ticket yg dikerat).
Kalaulah hilang tiket alamat selamatlah..

4- Tiada cuti diberikan kepada pemandu dimana bermaksud mereka perlu kerja tiap-tiap hari bagi membayar harga sewaan harian.
Kelihatan pemandu teksi KLIA LIMO jelas ketara. Muka letih moyok & menakutkan penumpang yg jadi penumpang. Almaklumlah letih bekerja kerana takdak cuti. Mau idaknya tiap2 hari kena bayar sewa..

5- Pemandu perlu membawa kereta sekurang-kurangnya 3 trip utk mendapat modal sewaan harian & perlukan 5-6 trip utk mula mendapat keuntungan.
Ini tak elok sebab pemandu teksi akan kejar trip. Itu pasalla kadang2 kita cakap pemandu teksi KLIA Limo mcm pelesit @ lebih gaya pemandu F1. Sebab mereka terpaksa bawak laju utk kejar trip demi utk balik modal @ untung.

Difahamkan Airport Limo (M) Sdn. Bhd dikuasai oleh ahli politik tertentu. Kalau dilihat pada rate @ harga di website boleh dilihat betapa double standard rate yg diberikan. Dimana boleh dilihat betapa tingginya harga tambang dari KLIA - Putrajaya (RM64.80) berbanding KLIA - Bangi (RM 54.80). Tidak diketahui kenapa begitu harganya. Tambang teksi disini.

Satu lagi ada sedikit kemusykilan berkenaan kapasiti penumpang yg boleh dibawak oleh Teksi LIMO yg mengizinkan 4 org Dewasa & 2 kanak-kanak (bwh 12 tahun) sedangkan Undang-undang JPJ utk teksi bandar hanya mengizinkan 4 org Dewasa termasuk pemandu.
Satu soalan cek nak tanya adakah Insuran cover utk semua penumpang + pemandu?

Apa-apa pun perkara yg ingin disampaikan adalah keluhan pemandu-pemandu teksi perlu diberi perhatian sebelum ia melarat menjadi barah yg tak boleh diubati. comments

13 comments:

  1. Betui tu Anak Langkawi...

    Kesian depa yg sentiasa berada di pihak yang malang.

    Dah ler harga barangan semakin naik. Baru saja naik 2-3 hari lepas, KERAjaan di bawah pimpinan parti yg dianggotai Anak Langkawi dah setuju nak kaji tarif elektrik pulakkk...

    Kalau babi hutan pun pandai menjaga anak-anaknya, kenapa manusia um-NO-ngok ni tak reti nak jaga rakyatnya?



    Wakakakakakakaak............

    ReplyDelete
  2. Salam anak langkawi.

    Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.

    Awak terlibat dlm kerja2 inspection dan NDT ya? Semasa saya bekerja dgn sykt kulit kerang dan mengawasi fabrikasi pelantar, saya berkawan dgn beberapa org dlm bidang ini.

    Berbalik kpd kisah airport limo, saya juga sering bercerita dgn pemandu semasa saya naik limo mereka. Betul apa yg awak katakan itu. Kesian mereka yg terpaksa bekerja dgn waktu yg panjang utk mencari rezeki. Sykt yg dapat permit juga yg untung lebih.

    ReplyDelete
  3. Salam Yunus,
    Saya berada di bidang minyak.. tahula sikit2 pasal NDT etc2.. rakan ada buat blog pasal O&G.. maka saya tolong sikit2..

    itula.. saya nak ketengahkan masalah mereka.. sekurang2nya lepas tanggungjawab sbg blogger.. :)

    ReplyDelete
  4. salam Abg anak langkawi,
    ade lesen NDT ke? wah..hebat tuh.. ade tips2 x?

    sedeh tgk rakyat merempat di bumi sendiri... cina yang kaya raya la ni..

    ReplyDelete
  5. salam..airportlimo lagi..ni saya p spad utc sentral nak tanya kenapa taxi bandar tak leh jemput customer tetap depa dari klia atau lcct terminal ke kl..spad jawab undang undang..soalan kedua kenapa airportlimo dan taxi lcct boleh ambik customer from kl to airport?spad jawab tak boleh gak..tapi selalu taxi airport pickup frm kl to airport..kenapa boleh? airport limo siap sedia kan coupon lak tuu untuk pickup? spad tetap kata tak boleh...saya pun tanya ader ke penumpang yang sampai kat ketibaan kemudian masuk taxi airport untuk ke terminal pelepasan airport yang sama??..sungguh mudah nak kalau spad nak tegak kan keadilan dalam penguatkuasaan depa...duk jer terminal perlepasan...alami sendiri...ader ker taxi airport hantar penumpang dari terminal ketibaan ker terminal pelepasan??? kalau ader memang penumpang kat airport tuu jenis penumpang senggal atau bodoh betul... ataupun spad saja nak tutup mata sebelah...kalau taxi bandar punya la berkilau mata spad nak carik kesalahan dan tiada ampun untuk kesilapan...this wat we call funny many rules spad created...nak respect spad pun hmmm...sama gak laa semua...

    ReplyDelete
  6. Masalah teksi takkan selesai selagi yang pegang adalah kerajaan dari parti yang sama.

    ReplyDelete
  7. We offer personalized Miami Limo Service, Miami Limo Services and Miami Limos to ensure that this special night is memorable and safe.

    Miami Limo Service

    ReplyDelete
  8. Saya cadangkan kerajaan mewajibkan syarikat teksi mengiktiraf keperluan pemandu teksi untuk bercuti seminggu dua hari.Semasa cuti dua hari itu mereka hendaklah dikecualikan dari membayar sewa teksi.Jika mereka memilih untuk memandu juga pada hari cuti itu;ianya dikira pilihan mereka sendiri dan dianggap sebagai kerja lebih masa.

    Kebaikannya adalah pemandu dapat berehat tanpa bimbang tentang bayaran sewa harian pada hari cuti.Dengan itu keadaan ia dapat menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka yang menyumbang kepada keselamatan penumpang.Dengan adanya cuti itu dapatlah para pemandu meluangkan masa berkualiti kepada masyarakat di kejiranan sendiri dan memberi masa berkualiti untuk anak-anak dan isteri.

    Laksanakanlah sesuatu kebaikan demi keadilan sosial.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Salam Anak langkawi,
    just nak share...
    http://veteranatm.jhev.gov.my/1mvrp/index.php/21-jawatan-kosong-swift-limousine-cab-pemandu-teksi1..

    ReplyDelete
  11. If you are looking for more information about flat rate locksmith Las Vegas check that right away. chauffeur dc

    ReplyDelete
  12. Saya cari kerja utk bwh taxi limo Mcm mana ya.

    ReplyDelete