Feb 10, 2009

Ulasan Mengenai Kejutan di Kedah & Perak !

Kita dikejutkan dgn dua berita hari ini. Berita kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum & perletakkan jawatan Exco Kedah & ADUN Bukit Selambau PR V.Arumugam.

Kedah

Berita ttg kemelut di Kedah bermula seminggu lepas apabila sekumpulan penduduk menghantar aduan kepada Sultan Kedah mengenai salah laku seorg EXCO Negeri Kedah yg bersekedudukan sehingga melahirkan anak. Difahamkan juga pihak Istana tidak mengetahui keadaan ini pada awalnya, malahan EXCO tersebut membawa perempuan tersebut menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan negeri yg turut dihadiri oleh Sultan. Perbuatan tersebut dianggap mencemar serta menghina Institusi Kesultanan dan melanggar perlembagaan Kedah.

Difahamkan selepas aduan tersebut MB Kedah Ust Azizan dipanggil mengadap utk penjelasan tentang perkara yg dibangkitkan. Jadi adalah tidak terkejut apabila ADUN Bukit Selambau meletakkan jawatan sebagai EXCO & ADUN. Saya berpendapat perletakkan jawatan beliau adalah kerana dinasihat berbuat demikian oleh pihak PAS Kedah atas desakan Istana. Kemungkinan itulah sbbnya.

Jadi utk membuatkan cerita itu lebih menarik maka PR memintak beliau membuat alasan 'Ugutan dr pihak tertentu' adalah sbb kenapa beliau meletakkan jawatan. Sekurang-kurangnya alasan ini akan lebih bermakna & menguntungkan pihak PR. Fitnah! Itulah mainan PR. Apa-apapun syabas kerana sungguh licik percaturan ini tetapi tidak terlalu cerdik kerana tiada bukti utk 'support' cerita V.Arumugam (Cerita Habuan & Ugutan). Seperti biasa kambing hitam dicari utk menghalalkan pemergian beliau sebagai ADUN & EXCO iaitu BN @ UMNO.

PERAK

Negeri Perak sekali lagi dikejutkan dgn pemergian Ahli Parlimen Bukit Gantang ke rahmatullah. Pada PRU-12 beliau telah menang dgn majoriti 1,566 Undi. Ramai yg terkejut atas kehilangan beliau.

Belum lagi arwah selamat disemadikan ura-ura untuk pengganti beliau telah pun dicanang (katanya IrNizar disebut2). Adalah amat dikesali melihat bagaimana segelintir pihak (penyokong2 PR) berlumba-lumba memikirkan pengganti beliau tanpa mengambil kira bagaimana perasaan keluarga beliau. Kubur baru digali, pengganti telah dicari.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Haji Roslan & kita doakan roh beliau dicucuri rahmat Allah. comments

2 comments:

  1. itulah ajaran pas selama ini, menipu untuk kepentingan politik tak berdosa kata depa ... kita menipu untuk menggulingkan umno parti kafir. jadi apalah sangat satu penipuan oleh orang berpangkat dari pas ni ...

    penipuan demi penipuan tapi arah nya ke umno juga dituduh. umat umat bodoh pun percaya sangat. jadi macamana?

    kita pakat pikiaq lah macamana nak buat. yg pemimpin umno pun tak reti nak adakan majlis doa selamat, sembahyang hajat kat stadium untuk buka hati mangkuk mangkuk ni supaya sedar diri...payah payah.

    ReplyDelete
  2. bagi diorang sume bende diorang buat halal
    Umno buat sume haram.

    ReplyDelete