Feb 12, 2009

DUN BUKIT SELAMBAU - Janggal, Pelik & Lucu !


Sesuatu yg tidak kena apabila ADUN Arumugam dikatakan meletakkan jawatan tanpa bantahan daripad Pakatan Rakyat. Ini berbeza dgn apa yg berlaku di PERAK dimana semua org dalam PR bertungkus lumus menafikan sehinggakan hendak dibawa ke mahkamah.

Sebaliknya berlaku di DUN BUKIT SELAMBAU. Tiada bantahan & tiada suara-suara mempertikaikan surat perletakan jawatan beliau. Bertambah pelik bila tiada surat perletakan beliau dapat dilihat baik dimana-mana media massa ataupun pihak Kerajaan Negeri Kedah. Perletakan jawatan beliau hanya bersandarkan kenyataan MB Kedah yang dikatakan menerima notis dari pihak ketiga. Beliau dilapurkan telah ‘hilang’ secara misteri & dipahamkan berada di India? Wallahwaqlam.

Sesuatu yg teramat pelik lagi apabila melihat reaksi pihak PKR sendiri yg dengan hati yg terbuka menerima perletakan jawatan Arumugam berbanding 2 ADUN Perak yg memilih utk menjadi bebas. Kenapa ini berlaku? Apakah cerita disebalik perletakan jawatan beliau? Mungkinkah pendapat bahawa beliau disuruh meletakkan jawatan oleh PR akibat desakan Istana itu benar? Jadi tidak peliklah Agenda Daily juga berpendapat PKR cuba menutup pekong didada. Hanya mereka yg terlibat mengetahui apa kisah disebalik perletakan beliau. Apa-apapun syabas kepada DSAI kerana mengakui calon-calon PKR bermasalah. :)

Sesuatu yg amat lucu bilamana pihak PR mengangkat beliau sebagai hero dalam apa yg berlaku di DUN SELAMBAU. Kenyataan Nik Aziz, Anwar & pimpinan-pimpinan PR yg lain menyebabkan saya terfikir amat pelik & janggal situasi ini. Seperti yg dinyatakan sebelum ini, saya melihat kemelut DUN SELAMBAU adalah salah satu taktik pihak PR utk menutup kelemahan calon masing-masing seperti yg telah berlaku oleh 2 Bekas PKR & EXCO di Perak. Kontravesi menjadi lebih teruk apabila BN disalahkan atas perletakan jawatan beliau. (BN menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut)

Jadi adalah tidak terkejut apabila laporan polis dibuat oleh pengundi DUN SELAMBAU untuk mengetahui kesahihan perletakkan beliau. Ketiadaan press statement & ketiadaan salinan surat diberikan kepada media menjadikan ia lebih 'misteri'.

PAKATAN RAKYAT

Apa-apapun di pihak PR kerusi ini telah menarik minat 3 pihak iaitu HINDRAF, DAP & PKR. HINDRAF meminta salah seorg drpd mereka didlm tahanan dijadikan calon seperti mana yg berlaku pada PRU-12 yg lepas. Amat beruntung sungguh rakyat mendapat seorg pemimpin yg memimpin dari jarak jauh (Kota Kemunting). DAP juga meminta kembali kerusi tersebut yg sebelum ini diserah kepada PKR pada PRU-12 yg lepas. Ini menjadikan kerusi ini menarik kerana masing-masing berebutkan kerusi yg ditinggalkan secara tergesa-gesa.

BARISAN NASIONAL

Di pihak BN juga telah berbunyi 2 Parti menunjukkan minat terhadap kerusi tersebut iaitu MIC & UMNO. MIC telah menyatakan secara umum untuk bertanding kerusi ini. Mengikut sejarah kerusi ini pernah dimiliki oleh UMNO pada zaman 90-an dahulu apabila diberikan kepada MIC atas dasar setiakawan. Tetapi adakah MIC mempunyai peluang untuk menang jika bertanding di kerusi ini. Telah sedia maklum bahawa MIC belum menjalani penjenamaan semula & juga telah diketahui umum bahawa pengundi-pengundi India masih setia di pihak PR selagi 'Dato' Samy Vellu' masih memegang MIC.

Jadi adalah wajar UMNO diberi peluang utk bertanding kawasan tersebut yg mempunyai majoriti pengundi Melayu. Tetapi jika difikirkan elok juga kerusi ini diberi pada MIC supaya jika kalah nanti MIC akan sedar mereka telah hilang pengaruh & moga-moga presiden mereka mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan mereka (x mungkin).

Apa-apapun esok merupakan tarikh penting untuk kedua-dua ‘BUKIT’ tersebut yg akan diputuskan oleh SPR samaada pilihanraya akan diadakan @ kesahihan surat ditolak.
comments

1 comment:

  1. saudara anak langkawi..

    skrg saudara di kedah ke???

    klu saudara di kedah pasti saudara tahu psl isteri kedua aru...

    ReplyDelete