Jul 15, 2009

65 ~ Banggakah PAS?


PRK Manik Urai telah melabuhkan tirai. PAS telah menang dgn majoriti 65 undi. Ramai yg berkata kemenangan PAS hanya nyawa2 ikan jika dibandingkan kepada angka tahun 2008 dimana PAS telah mengalami kemerosotan undi sebanyak 398 undi sahaja. Manakala UMNO telah mendapat pertambahan kerusi 919 undi.

Walaupun angkanya nampak sedikit tetapi pertambahan 919 undi menunjukkan pertambahan lebih kurang 8% daripada jumlah pengundi Melayu. Bayangkan 8% daripada pengundi Melayu seluruh negara berkemungkinan beralih arah daripada PR kepada UMNO. Maka jika ini berlaku teruklah PR. Ini akan memberikan impak yg cukup besar pada PR. Biar kita ulas isu yg dimainkan oleh kedua2 pihak & lihat bagaimana isu tersebut memberikan impak kpd keputusan PRK MU.

Isu dibawa PAS
~ TGNA mengajak DSN berdebat tetapi menolak muzakarah & perpaduan Ummah
~ Melabel UMNO setaraf Komunis & Ayah Pin
~ Kepimpinan Ulama
~ UMNO memperlecehkan pekerjaan calon PAS ??
~ Bekalan Air bersih utk Kg Benut Saiz, Pahi
~ Cuti Umum Kelantan
~ Isu Royalti Minyak

Isu dibawa UMNO
~ PAS tunduk kepada DAP
~ Isu ekonomi penduduk setempat
~ Isu Kerajaan Perpaduan & dimana PAS menolak perpaduan Ummah
~ Isu TGNA melabel UMNO sbg Komunis & Ayah Pin
~ Isu Babi di Kedah (DAP vs PAS)
~ Isu pertembungan Timb Presiden PAS vs TGNA
~ Jambatan baru menghubung Manik Urai Lama & Baru
~ Cabaran Muhyiddin kepada PAS buktikan parti itu lebih hebat bangunkan Islam.

Dilihat darisegi isu yg diketengahkan menunjukkan PAS telah ketandusan isu. Kebanyakan isu yg dibawa berbentuk fitnah, hasutan, provokasi & juga kutukan. Adakah rakyat MU menolah PAS atau rakyat sudah tak tahan mendengar pemimpin bertaraf ulama mengutuk, fitnah & menyerang UMNO sehingga sedemikian rupa.

Adakah kemungkinan rakyat telah muak dgn perangai PAS yg terlalu yakin & bongkak terhadap kekuatan mereka. Sedangkan bukti yg jelas telah dilihat kepada trend pengundi Melayu di Bukit Gantang & Dun Selambau. Tetapi penyakit sindrom denial yg melanda BN satu ketika dahulu telah menjangkiti PAS. Malah sindrom ini jelas masih menebal bila melihat kenyataan Husam & Mahfuz Omar ttg komen kemenangan PAS yg tidak boleh dibanggakan.

Malah dgn sombongnya PAS telah menjangkakan akan memperolehi kemenangan yg lebih besar sehinggakan angka 2000 diberi.

Apa2 pun syabas kepada penggerak2 BN yg bertungkus lumus menggerakkan kempen PRK Manik Urai dgn baik & bersopan berkhemah. Kredit perlu diberikan kepada Tok Pa, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan, Tuan Aziz (calon BN) & bbrp pemimpin lain yg down to earth melaksanakan kempen dgn teratur & cemerlang hingga berjaya menembusi kubu Kuat PAS di Kubu Kuat Negeri.

p/s: Jgn suka sangat. Buat muhasabah diri baik dr pihak PAS @pun UMNO comments

Jul 12, 2009

100 hari 'Negatif' Dato' Seri Najib ~ Perspektif Bumiputera


Tahniah diucapkan kepada Dato' Seri Najib kerana genap tempoh 100 hari berkhitmat dgn rakyat. Perucapan terima kasih DSN disusuli dgn 11 pengumuman penting utk rakyat telah menyebabkan PR lebih tergamam. Ya-lah sbb PR pada waktu yg sama ketika itu mengutuk pentadbiran 100 hari DSN kerana kononnya tiada perubahan & apa2. Malah lebih memalukan & tak malu mengatakan byk dasar DSN dibuat meniru idea PR. Bila masa pulak PR dok bagi idea kat DSN. Cuba habaq sikit contoh2.

Bumiputera Perspektif

Apa2pun. Dalam tempoh masa 100 hari ini tiada apa yg dibanggakan dibuat oleh DSN selain menelanjangkan satu persatu hak keistimewaan bumiputera atas dasar liberalisasi & 1Malaysia. Ya, ini yg sebenarnya mendukacitakan. Saya akan hurai satu demi satu perkara yg amat mendukacitakan diri saya.

1. Penghapusan Kementerian yg merencanakan kepentingan Bumiputera secara langsung @ tidak langsung. Tekun & Mara dibiarkan bergantung tidak bertali. Tetapi diakhirnya diserap kepada Kementerian Asas Tani & juga Kementerian Luar Bandar. Penghapusan Kementerian ini seolah2 dilihat utk mengambil hati bukan bumiputera sejajar dgn satu Malaysia. Tidak diketahui adakah fungsi tekun & Mara makin berkesan @ tidak. Moga2 jangkaan saya meleset.

2. Liberalisasi 27 sektor di Malaysia. Selang seminggu DSN merencanakan liberalisasi 27 sektor di Malaysia. Memang atas dasar nama utk berdaya saing @ menghadapi situasi ekonomi global mungkin ia perlu tetapi sepatutnya dasar tersebut mesti diselangi oleh dasar lain @ rencah lain utk 'compensate' bumiputera. Sudah sedia maklum bumiputera amat lemah utk bersaing & matlamat DEB iaitu penguasaan 30% kek ekonomi belum tercapai.

3. Biasiswa Nasional yg diperkenalkan baru2 ini mungkin terhasil drpd desakan ramai pihak. Kerajaan perlu membezakan Biasiswa Nasional dgn biasiswa yg diberikan kepada bumiputera. Penerangan diperlukan utk memberitahu yg biasiswa yg sedia ada tidak diusik & peruntukan tambahan kepada biasiswa yg sedia akan merangkumi lebih byk pelajar bumiputera.

4. Menghapuskan syarat pemilikan bumiputera dalam pegangan syarikat asing. Mungkin apa yg dirancang bertujuan murni utk meningkatkan pelaburan asing. Tetapi hakikatnya bumiputera sekali lagi melihat dasar ini sbnrnya mengurangkan lagi syarat yg memerlukan penglibatan bumiputera dlm syarikat asing.

Ini merupakan sedikit nukilan 100 hari DSN dr kaca mata bumiputera. Dalam tempoh 100 hari kerajaan baru Najib-Muhyiddin sedaya upaya utk menambat hati bukan bumiputera utk kembali menyokong BN. Sedikit sebanyak dasar yg dilaksanakan mungkin berjaya menambat hati mereka. Tetapi dalam pada yg sama, semakin byk bumiputera yg gusar dgn kejutan demi kejutan yg merobek satu persatu hak bumiputera yg termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan.

Dato' Seri Najib mungkin apa yg diperkatakan diatas dilihat dari perspektif yg sempit. Ada dasar2 yg dikemukakan perlulah selaras dgn peruntukan Perlembagaan. Cukuplah kejutan yg diberikan tambahlah bantuan utk bumiputera. Tunjukkan kepada bumiputera tekaan mereka silap & tunjukkan kepimpinan saudara juga mengambil kepentingan bumiputera.

Apa gunanya mendapat taraf bumiputera jika pembelaan & keistimewaan sewajarnya tidak diberikan. Jgn dibiarkan keadaan ini berlarutan kerana tiada parti lain yg boleh kami bergantung utk memperjuangkan nasib bumiputera.

Nada yg sama turut disuarakan oleh sahabat lain :


p/s: Menantikan pengumuman penting utk bumiputera selepas 100 hari..
comments

Jul 9, 2009

PPSMI Antara Harapan & Realilti


Salam.

Pertama kalinya saya panjatkan kesyukuran kerana Kabinet telah membatalkan "Pengajaran Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris" @ PPSMI.

Harapan

Perlu dilihat pada tahun 2003 dibawah Tun Dr Mahathir dasar ini diperkenalkan. Ia diperkenalkan bertujuan murni iaitu utk melihat bangsa Malaysia berdaya saing di peringkat global sejajar dgn trend Globalisasi dunia. Pada ketika itu penentangan PPSMI tidak sehebat mana. Malah ramai yg bersetuju dgn cadangan tersebut atas dasar & harapan kerajaan yg dinyatakan sebelum ini.

Terdapat sedikit kecacatan diwaktu perlaksanaan PPSMI sewaktu itu. Antaranya adalah kekurangan guru yg mahir dalam kedua2 matapelajaran PPSMI. Apa2pun kita perlu tahu perlaksanaan PPSMI adalah usaha murni kerajaan utk meningkatkan daya saing rakyat terhadap pasaran global.

ATAS Dasar Itu Ramai Menyokong Perlaksanaan PPSMI (saya juga)

Realiti

Setelah hampir 6 tahun PPSMI diperkenalkan, tahun demi tahun pemantauan dibuat utk melihat keberkesanannya. Realitinya ternyata program PPSMI tidak berjaya & tidak mencapat sasaran terutama sekali bila melibatkan kawasan pedalaman.

Mungkin ramai yg kecewa & mungkin ramai yg suka. Pada dasarnya saya menentang PPSMI bukan kerana bahasa jiwa bangsa, bukan kerana takut kepada kedudukan BM & bukan kerana politik sepeti PAS. Tetapi adalah kerana memikirkan nasib pelajar Luar bandar jika PPSMI diteruskan.

Kita sudah sedia maklum Subjek Bahasa Inggeris sendiri menjadi Tabo' kepada kebanyakan pelajar luar bandar, jadi adakah menjadi kan PPSMI sebagai sandaran adalah langkah bijak. Kita juga tahu yg serba serbi pelajar luar bandar adalah terkebelakang maka dgn adanya polisi ini akan menyebabkn mereka lebih ketinggalan. Bila pemberian biasiswa nnti adalah berdasarkan merit jadi dimana pelajar2 luar bandar kita?

Seperti kita suruh lumba lari 100m antara budak umur 15 (pelajar dlm bandar) vs 12 tahun (pelajar luar bandar). Kemudian pelajar 15 tahun tu pulak dapat training dr guru sukan profesional.. Itulah keadaannya.. Jika PPSMI diteruskan & berdasarkan statistic makin tinggilah kadar drop-out dikalangan pelajar luar bandar & makin tinggilah jurang antara pelajar bandar & luar bandar.

Dan dengan keadaan sekarang Polisi Kerajaan yg cenderung memberi bantuan biasiswa berdasarkan merit maka tak mustahil rata2 yg menerima biasiswa ini merupakan pelajar bandar yg berkemampuan.

~~

Isu PPSMI diharap tidak dipolitikkan. Ia hanya merupakan Harapan murni Tun Mahathir @ kerajaan terdahulu. Tetapi Realitinya PPSMI jelas tidak menguntungkan majoriti Pelajar malaysia terutama pelajar luar bandar.

Related Article :

PPSMI : Wajarkah diteruskan @ dibatalkan?

comments

Jul 6, 2009

PAS tersungkur bahana demokrasi & dimana 'blueprint' perancangan Negara Islam PAS..?


BULETIN الحضارة~*BIL:49/ Rejab1430

AL-HADHARAH

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allah swt jualah yang Maha Agung dan Maha Kuasa. Selawat dan salam perjuangan kepada Rasulullah saw. Salam perjuangan juga kepada kaum keluarga dan para sahabat Baginda semuanya.

Firman Allah swt bermaksud; “Sesungguhnya orang-orang yang memberikan pengakuan taat setia untuk berjuang menentang musuh kepadamu (Muhammad saw), mereka sebenarnya memberi pengakuan taat itu kepada Allah. Allah yang akan menilai tentang pengakuan taat mereka itu dan membalasnya. Oleh itu sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya, maka bahaya mengingkari janji itu hanya menimpa diri sendiri, dan sesiapa yang menyempurnakan janjinya kepada Allah, Allah akan memberikannya pahala yang besar” (al-Fath 10)

Para ulama` dan ummat Islam khususnya di (Malaysia)Tanah Melayu pada asalnya melihat demokrasi dahulu ketika mula diperkenalkan sebagai ajaran jahiliyyah bukan ajaran Islam, begitu juga dengan ajaran atau sistem-sistem yang lain dari Islam. Khalayak ummah dahulu secara umum boleh menerima pandangan begitu iaitu sistem demokrasi itu suatu keadaan yang asing, baru, belum jelas dan pelbagai kemungkinan.

Ummat dapat menerima hakikat disebabkan era penjajahan yang berlaku terlalu lama yang merangkumi beberapa generasi ummat Islam, maka saki baki ilmu-ilmu Islam sendiri terputus-terputus sifatnya dan mudah dicampur adukkan. Sebab itu lebih mudah memberitahu kepada ummat Islam dahulu yang menyedari mereka telah lama diperguna dan ditipu oleh penjajahan berbanding dengan memberitahu ummat Islam mutakhir yang merasakan mereka telah lepas bebas tetapi tidak sedar mereka sedang diperkudakan.

Seharusnya ummah kena ingat sistem ini (demokrasi) bukanlah sistem Islam, ianya hanyalah ibarat sebatang pokok besar yang terdapat di tepi perenggan yang bersebelahan dengan hadharah kita. Pokok besar ini tetap hak milik Hadharah Jahiliyyah. Disebabkan strategi musuh dari dulu lagi memang sengaja menanam segala pokok besar sistem mereka betul-betul di tepi perenggan dengan hadharah kita supaya segala sumber baja, air dan bahan galian dari wilayah hadharah kita dapat mereka sedut percuma secara halus dari dalam tanah maupun udaranya.

Di pihak kita pula tidak menyedari bahawa selama ini ummahlah yang memberi dan membesarkan segala sistem tepi perenggan (perbankan, pendidikan, perundangan, dll) memanglah boleh mengambil buah yang jatuh ke dalam wilayah kita dan mendapat manfaat keteduhan pohonnya yang rendang tetapi apalah sangat yang kita boleh harapkan lebih-lebih, ianya tetap milik jahiliyyah. (sebahagian petikan Buletin Bil 13)

Saudara dan saudari, ummat Islam telah diasak dengan pelbagai ajaran dan teori-teori luar (jahiliyyah) dari dahulu sampailah sekarang, tidak hairan jika pandangan umum khalayak ummah sendiri akhirnya mudah luntur dan berubah. Paling menyedihkan bila ada yang mengatakan atau berkeyakinan Islam boleh ditegakkan dan dibina dalam sistem atau melalui demokrasi. Ummah jangan keliru atau salah faham antara dua keadaan atau kerja (perbuatan) yang berbeza;

1) Kerja beriman, membina, membangunkan dan menghidupkan Islam sebagai praktik kehidupan dalam bentuk peribadi, keluarga, kejiranan, masyarakat dan seterusnya daulah yang lebih besar (Seperti amalan Nabi,Rasul bersama para pengikut atau sahabatnya). Kerja ini semua individu ummat kena buat (ikut kadar dan tahap masing-masing) bermula dari saat lafaz keimanannya (taklif / kesedarannya). Kerja ini dinamakan kerja membina hadharah.


2) Kerja menyampaikan seruan Islam kepada diri sendiri dan orang lain yang Islam dan belum Islam supaya mari bersama-sama menganut Islam lalu membangunkan kehidupan dengan Islam. (Penerangan/ Dakwah seperti tugas Nabi & Rasul dan semua pengikut mereka).

~~~~~Point Penting~~~~~

Ringkasnya yang satu tugas `developed` iaitu membangunkan dalam realiti kehidupan ummat dan satu lagi `deliver` atau `distribute` memberi, menyampai. Kerja ini akan berjalan serentak dan saling kuat menguatkan dan menjadi pemangkin kepada perjuangan Islam sekaligus perjuangan ummah. Mungkin lebih mudah membuat perbandingan begini, pihak pemaju akan berbincang dengan jurubina, jurutera, konsultan dan lain-lain untuk tujuan membangun dan menjayakan sesuatu projek yang besar kepada orang awam.

Segala urusan membangunkan projek itu telah menjadi tanggungjawab pihak pemaju dan akan dilaksanakan dengan agihan tugas-tugas yang sepatutnya, manakala segala urusan penerangan dan penyebaran maklumat akan dibuat oleh jurucakap atau kakitangan berkaitan dengannya.

PAS disebabkan mereka mendakwa sebagai `gerakan Islam` boleh dianggap sebagai syarikat pemaju tadi kepada orang awam yang tentunya adalah ummat Islam. Mereka melalui jurucakap dan kakitangan berkaitan memproklamasikan kepada ummah bahawa mereka akan dan telah menjalankan satu projek besar iaitu `Negara Islam` di Malaysia sejak 1951.

Tetapi yang malangnya sejak akhir-akhir ini semua kakitangan Pemaju (PAS) termasuk pekerja dan buruh sokongannya hanya tahu menjalankan kerja-kerja penerangan (ceramah politik) sahaja kepada ummah dan orang awam.

Bila ummah ingin mendapatkan lapuran perkembangan semasa tentang status prestasi, perkembangan dan kedudukan projek terkini semuanya akan menutup kelemahan dan kesilapan sendiri tidak membangunkan projek itu tetapi dengan memberi alasan projek terpaksa ditangguh sementara kerana tidak mendapat kelulusan `kerajaan` (sistem demokrasi), maka sebab itulah projek terbengkalai selama lebih 50 tahun.

Alasan yang disogokkan kepada ummah tak kena langsung kerana `kerajaan` yang memberi lesen kepada pemaju (PAS) ialah `kerajaan ummah` yang selama ini mereka ambil dan sedut segala peruntukan dari perbendaharaan ummat Islam atas nama perjuangan Islam. Kalau mereka mengatakan kerana kerajaan demokrasi tidak membenarkannya samalah macam Kongres Amerika menunggu kebenaran dan kelulusan Politburo Rusia untuk melaksanakan sesuatu projek dalam wilayah Amerika sendiri. Pada fikiran saudara dan saudarilah bila agaknya akan berlaku jika kedua negara itu terus-terusan bermusuhan.


Masalah sebenarnya ialah kerana mereka semua tak buat kerja projek tersebut. Perbincangan peringkat atas untuk bincang `blueprint` projek itu pun tak dak dan memang tak tau nak buat macamana pun... Kadang-kadang betul juga macam Saudara Azizi Abdullah @ Tukya kata;

Ulama` PAS hanya pandai bagi penerangan (ceramah) sahaja, tetapi nak menanggani dan menyelesaikan permasalahan macammana nak hidup dengan Islam dalam dunia sekarang mereka tak tau! Sebab tu mereka pakat-pakat bincang buat kerja mudah tu saja. Konsultan, jurutera, jurubina dan pakar-pakar yang ada bincang buat kerja senang tapi glamour, kerja penerangan sahaja (politik).

Pekerja-pekerja buruh pun hanya dikerahkan tampal poster dan siap tempat untuk berceramah. Bila ada pilihanraya, apalagi `rayalah` seronoknya pasang bendera. Jika kita kaji isi ceramah mereka pun bukan ceramah berkaitan macamana projek itu nak didirikan, ummah kena sediakan bahan yang macamana atau kita buat bahagian mana dulu dan lepas bahagian tertentu selesai kita akan sambung bahagian mana pula.

Isi ceramah mereka hanya menceritakan hal-hal durjana dan korup kerajaan demokrasi juga, baik yang tak pandai pakai kepiah atau yang berjubah serban meleret.. semuanya balik-balik `point of view`nya sama saja mesti tukar kerajaan yang ada kepada mereka pula.

Paling-paling lekehlah, jika mereka menjuruskan setiap pekerja dan ummah hanya `mengikatkan` seketul bata insyaAllah dalam masa puluhan tahun itu mereka mampu menjawab dengan baik akan status projek terkini ummah tersebut. Inilah bahana beriman dengan demokrasi hingga lupa tugas dan tanggungjawab sendiri Wassalam.

Dari Ibnu Ramadhan ``qulil haq walau kana murron``

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

~~~~
Anaklangkawi :-

Artikel menarik dipetik dr Kedahlanie... Persoalan ini telah lama timbul dibenak fikiran & bila2 cek berhujah dgn org2 PAS.. Org2 PAS ni selalu sangat berpolitik tapi bila ditanya balik mereka apa contribution PAS dlm menegakkan syiar Islam di negara ini mereka senyap.. Apa plan depa utk gubal undang2 Hudud depa senyap.. Malah PAS tidak ada langsung satu commitee utk rancang @ rangka perlaksanaan hukum Islam jika ia berlaku.. Cakap ja lebih..

Dan dgn selamba menjawab yg mereka tidak punya kuasa memerintah pusat maka semuanya tidak dapat dilaksana kerana terdapat sekatan blah blah bla... dll..

Macam2 alasan yg diberi.. Apapun.. org2 PAS perlu muhasabah diri & lihat apa PAS telah buat selama ini utk tegakkan syiar Islam selain mengutuk UMNO..
comments

Jul 3, 2009

Wajarkan Pemuda UMNO menyambut Wacana PAS

Salam.

Nampak seperti titik permulaan yg elok. Tetapi teliti kembali apa isi surat jemputan Pemuda PAS wahai Pemuda UMNO.

WACANA Ilmiah
Tajuk : Benarkan Perjuangan UMNO tidak Bertentangan Dengan Islam

Dari tajuk 'wacana' sudah menggambarkan yg ia sebenarnya lanjutan daripada idea debat oleh Nik Aziz. :) Cuma kali ini umpan lain digunaka utk menjerat UMNO. Harapannya Pemuda UMNO tidak begitu bodoh utk menerima sahaja tajuk wacana & syarat2 utk diadakan secara terbuka.

Seelok2nya Pemuda UMNO meminta supaya wacana tersebut diberi sentuhan lain @ tajuk wacana lain iaitu..

Antara tajuk2 yg disaran :-
"Agenda penyatuan Ummah"
"Benarkah Penyatuan Melayu/ Ummah ditolak oleh Islam"
~ lepas tu subject utk bincang boleh lah tajuk yg dicadangkan oleh Pemuda PAS..
~ dlm sub-group juga dimasukkan
"Kenapa PAS tolak Penyatuan Ummah yg dituntut dalam Islam?"

Satu lagi cadangan.. Wacana pada pendapat saya adalah perbincangan. Maka perbincangan perlu diadakan secara tertutup.. Kenapa perlu terbuka..

Ia mungkin boleh dihadiri oleh wakil2 PAS, UMNO & NGO Islam.. Ya .. panggil sekali NGO Islam utk duduk semeja.. Seperti ABIM, PKPIM , Gagasan Melayu dll.. Jgn panggil SIS udah le..

Akhir kata.. Pemuda UMNO jgn jadi bodoh menerima sahaja pelawaan tanpa cuba naikkan wacana ilmiah ke tahap yg lebih baik.. Cuba olah tajuk supaya menampakkan ia sbg titik permulaan penyatuan Ummah..

Jika Pemuda PAS ada agenda lain dlm wacana tersebut maka idea2 diatas akan ditolak mentah2 & wacana ini hanya mahu diadakan utk mengenakan UMNO.

p/s: Masih mengharapkn penyatuan Ummah..

Hanya Yg Satu!! comments

Jun 30, 2009

UMNO Usah Layan Debat ~ Tetapi tuntutlah Muzakarah


Terkejut dgn kenyataan TGNA tentang idea Debat. Sejak bila dalam Islam kita digalakkan berdebat ? Debat ni lebih kepada cuba menegakkan idea masing2. Selalunya tiada perkara yg elok bila habisnya debat. Cuma mungkin akan menambah @ melebarkan jurang perselisihan paham.

Kita sudah melihat akhir kepada debat DSAI vs Shabery, Lim Guan Eng vs Tsu Koon, dll. Apa hasilnya dr debat2 tersebut? Haprak pun takdak. CUma yg nampak dlm blog2 sapa lebih hebat & sapa lebih bagus disampin mengutuk personaliti pendebat (air liur dll). Ia seperti bentuk hiburan pada kedua2 belah penyokong masing2 untuk menunjukkan sapa lebih hebat bercakap! Adakah taraf ahli politik di Malaysia sudah sampai taraf sebagai penghibur?

Setuju dgn kenyataan Tun Dr Mahathir & Tun Abdullah tentang isu debat ini. UMNO tidak perlu melayan debat tetapi minta kepada mereka Muzakarah. Ini adalah usaha terakhir PAS utk 'menempel calar' yg terhasil akibat menolak perbincangan bersama UMNO minggu lepas. Meja Muzakarah ditendang debat diminta? Pelik bukan.. Tak habis2 bermain politik...!

Masih teringat waktu saya menghadiri debat di UKM pada 1999 diwaktu krisis politik DSAI dibuang UMNO. Dimana yg berdebat Mustapha Kamal ayob vs Mahfuz (x silap) vs Noh Omar. Tiada hasil yg menarik setelah perdebatan tapi hanyalah menambahkan ketengangan antara penyokong bila debat berakhir (nyaris pelajar2 UKM bergaduh sesama sendiri diluar dewan). Itulah hakikatnya..

Org Melayu & Islam asyik berdebat, asyik bergaduh, asyik ckp sendiri bagus tetapi menolak usaha penyatuan Ummah yg dituntut oleh Islam.

KEPADA TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT.

~ Ingatlah apa pegangan kamu & ingatlah Hadis & Al-Quran. Apa yg dinyatakan & dituntut. Bukannya debat yg akan mengundang perpecahan tetapi perdamaian sesama Muslim yg dituntut oleh Islam. Penyatuan Ummah itu yg penting & Wajib...

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah (agama) & janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menpersatukan hatimu, lalu menjadikan kamu kerana nikmat Allah org2 yg bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk" ~~ Ali Imran : 103

P/s: Masih menaruh harapan penyatuan Ummah PAS~UMNO.. Kepada UMNO & Pemimpin, tolaklah debat tetapi tuntutlah Muzakarah.. Insyallah moga2 akan terbuka hati mereka2 didalam PAS... TAKBIR!!
comments

Jun 23, 2009

Kami Tentang Penyatuan Ummah/ Islam - PAS (Parti Islam Se-Malaya)

Assalamualaikum... Tidak boleh digambarkan perasaan berkecamuknya kebanyakan org2 Melayu & Islam am-nya bila pada pagi ini membuka surat khabar. Begitu juga saya.

Adakah PAS telah tunduk kepada desakan DAP & PKR? Ya Jawapan! PAS telah tunduk kepada desakan DAP & PKR dengan ideanya sendiri bagi menyatukan ummah seperti yg disyariatkan didalam Al-quran & Hadis.

Satu soalan berlegar di kepala saya. PAS mengatakan berjuang berlandaskan al-Quran & Hadis. Tetapi tidak dgn cadangan sendiri mengenai penyatuan ummah. Tetapi jelas sekali PAS sekarang amat berbeza dgn PAS dahulu.

Secara ringkasnya PAS seolah2 berbunyi begini :-

- Kami tolak perpaduan Ummah & Islam.

- Kami rela berdakapan dgn DAP yg 'menentang' idea Negara Islam & memperjuangkan Malaysian Malaysia drpd bersalaman dgn UMNO yg nyata saudara se-Islam dgn PAS.

- Kami lebih suka berpelukan dgn PKR & Dato Seri Anwar Ibrahim yg memperjuangkan Chin Peng (bekas ketua Parti Komunis Malaya) kembali ke Malaysia dr buangan.

- Kami lebih suka ikut 'Demokrasi Moden' acuan PKR & DAP drpd mengikut tuntutan agama.

- Kami tolak ketepi Al-Quran & Sunnah yg menyeru ummat Islam bersatu & melupakan sengketa.

- Kami tolak pandangan Ulama, Mufti, NGO-Islam dll.. Kami lebih suka mendengar pendapat ulama DAP.

- Kami tolak tuntutan agama & mengangkat tinggi ketabsuban kepartian.

- Kami rela bermusuhan sesama Islam drpd hilang rakan2 kami yg bukan islam/ kafir.

- Kami .....

- Kami .....

Terlalu panjang sekali kalau nak dilistkan. Tetapi ingatlah PAS & pendokong2 PAS. Telah nyata & terang PAS telah 'cross the line'. Tidak lagi memperjuangkan apa yg dituntut & apa yg dinyatakan secara terang dalam Al-Quran & Sunnah. Tidak malukah nama PAS & perlembagaan PAS yg mengatakan berpaksikan & mengikut al-Quran & sunnah. Tetapi terlalu nampak sgt sekarang PAS tidak berpegang lagi kepada yg nyata. Jgn lagi selepas ni berckp sbg pejuang Islam sedangkn tunduk kepada PKR & DAP.

Meminjam kata2 Dato Seri Najib. Adalah menampakkan kebodohon & kelakar bilamana PR cuba memutar belit mengatakan idea Kerajaan Perpaduan adalah idea utk merosakkan PR. Inilah ciri2 org 'Munafik'.

Cuba tanya balik.. Drpd siapa idea tu ?? Oleh disbbkn memikirkan penyatuan Ummah UMNO & BN menyambut usaha ttp nampaknya usaha yg dilempar hanya sia2 kerana mereka telah campak kedalam longkang. Ingatlah hidup kita didunia hanyalah sementara, akhirat jua tempatnya.

p/s: Aku berpegang kepada Al-Quran & Sunnah. Islam agamaku, rakan2 islam saudaraku, al-quran & sunnah ikutan ku..
comments

Jun 22, 2009

Kerajaan Perpaduan ~ Jalan Perdamainan Penuh Berliku? - Dr Asri

Saya dapat membayangkan betapa terguris perasaan beberapa tokoh politik yang dikecam oleh rakan sendiri disebabkan kerana hasrat ingin mencari perdamaian dalam kalangan kaum muslimin.

Keadaan begini menjadikan kita lebih faham mengapa Allah menyebut: (maksudnya) “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku ialah dalam kalangan muslimin!” Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar (dari kebahagiaan dunia dan akhirat).” (Surah Fussilat ayat 33-35).

Allah mengajar dalam ayat di atas agar kita menyeru kepada Allah, iaitu ajaran-Nya bukan kepada kepentingan diri, parti atau apa sahaja, serta menyatakan kita dalam kalangan kaum muslimin. Maka muslim atau Islam itulah identiti kita merentasi segala identiti dan ideologi perkauman, politik dan fanatik kelompok dan puak. Kemudian Allah mengajar agar dalam dakwah kita berusaha menolak kejahatan dengan kebaikan. Tidak perlu menyimpan dendam dan amarah yang tidak sudah.
Dengan tidak menggadaikan prinsip dan berhati-hati, dalam masa yang sama al-Quran memberitahu kita tindakan menunjukkan kebaikan dalam menghadapi kejahatan boleh menatijahkan musuh menjadi rakan setia. Namun Allah juga memberitahu untuk melaksanakan hal ini amatlah berat dan tidak akan sanggup dipikul melainkan mereka yang sabar dan mendapat kurniaan besar daripada Allah.

Saya tahu ramai orang politik baca ayat ini. Mereka juga tahu Allah menyebut dalam firman-Nya yang lain (maksudnya) “Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara): Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat: ayat 9-10).

Juga sabda Nabi saw: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabat: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama).” (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Amat dukacita jika ada dalam kalangan orang Islam melenting dengan idea perdamaian antara kelompok-kelompok Islam yang berbalahan. Mungkin kerana dia kurang jelas maksudnya, atau beberapa andaian politik yang menakutkan. Apa pun, perdamaian bukan semestinya menghapuskan identiti, tetapi untuk kembali memahami antara satu sama lain atas asas ukhuwah islamiah.

Bak firman Allah: (maksudnya) “Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (Surah al-Nisa’: ayat 114).

Jika kita tidak melenting dengan cadangan agar penjenayah Chin Peng dimaafkan dan dibawa pulang, mengapa pula begitu marah untuk sesama muslim cuba duduk semeja, bermaaf-maafan dan berunding untuk kebaikan umat dan rakyat.

Hari ini, hasrat itu dinyatakan sendiri oleh org politik. Saya amat bersyukur. Namun nampaknya ia tidak semudah itu. Rintangan & halangan amat besar & sukar. Dendam, prejudis, hasutan & sejarah silam membaluti isu ini. Nampaknya lebih mudah utk kelompok2 politik muslim ini duduk dgn 'org lain' dibandingkn dgn saudara semuslim sendiri.

~~~~~
Anaklangkawi :- Diharap lebih ramai lagi tokoh2 Agama & ulama membuat kenyataan menyokong agenda yg digagaskan oleh TGHA.. Ini yg terbaik & dituntut oleh Islam..
comments

Jun 18, 2009

Kenyataan Bodoh Khairy Jamaluddin


Merujuk kepada Nasharudin dipelawa sertai UMNO (KJ) Utusan 18/6/09

Salam.. Maaf kepada KJ kerana buat pertama kalinya saya membuat kenyataan terbuka terhadap beliau.. Apa yg dikatakan bodoh? Ia adalah kerana KJ telah menyatakan pendapat bodoh beliau utk mempelawa Nasharuddin masuk UMNO.

Usul @ perbincangan baru hendak dilaksanakan diantara UMNO & PAS @ PR & BN. Ini disuarakan dgn kenyataan positif Najib & kenyataan balas positif Nasharuddin atas idea yg dilontarkan Presiden PAS Haji Hadi Awang.

Melontarkan pendapat sedemikian cuma hanya merencatkan perbincangan & menunjukkan yg KJ terlalu jumut. Dan hanya melihat kepada cuba mencari political mileage utk menonjolkn kredibiliti beliau. Sepatutnya taktik menghentam PAS perlu di'slowkan' bagi merialisasikan agenda Kerajaan Perpaduan yg akan menguntungkan org Melayu & rakyat khasnya.

Secara tidak langsung ia memberi ruang kepada sebahagian dalam PAS utk menghentam Nasharuddin & juga TGHA yg jelas tidak menguntungkan sesiapa. Cukuplah bermain politik KJ. Kata demi merealisasikan perpaduan rakyat jadi berhati2lah bila menyatakan pendapat.

KERAJAAN PERPADUAN PERLU DITERJEMAHKAN OLEH MEREKA2 YG IKHLAS .. BUKAN MEREKA YG CUBA MENGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP SATU SAMA LAIN..

UMNO perlu meletakkan @ mengarahkan semua pemimpin utk tidak mengulas isu ini sehingga perbincangan diadakan diantara UMNO & PAS.. Setakat ini restrain yourself.. Especially U KJ..

~~~
P/s : Terasa seolah2 KJ saja membuat kenyataan sedemikian kerana tidak mahu merealisasikan hasrat perpaduan UMMAH yg ditunggu2 oleh masyarakat Melayu & Islam negara.. macam nak sabotaj pulak..
comments

Jun 15, 2009

Kerajaan perpaduan : Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti

Minda Dr.Maza - Kerajaan Perpaduan : Niat Kerana Allah, Bukan Kerana Parti.

Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang Muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama Muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat. Orang yang enggan melihat sesama Muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama Muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian.

Allah menyebut: (maksudnya) “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya.

Nabi s.a.w bersabda: "…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (riwayat Muslim). Dalam riwayat yang lemah sanadnya (tetapi dikuatkan dengan hadis tadi) dikatakan Nabi bersabda: “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah” (Riwayat Abu Daud).

Penyakit ‘asabiyyah' bukan sahaja dalam bentuk perkauman arab, atau parsi atau melayu tetapi juga dalam parti-parti yang dibentuk dibawah nama ‘demokrasi’ hari ini. Segala prinsip dan kewarasan hilang hanya disebabkan ketaksuban kepada parti atau kebencian kepada ‘pesaing parti’. Sehingga yang kononnya berjuang untuk arab atau melayu boleh berpakat dengan bukan orang lain untuk menindas kaumnya. Demikian yang kononnya berjuang untuk Islam boleh berpakat dengan bukan Islam untuk bermusuhan dengan orang Islam. Bahkan ada yang kuat ‘kebangsaannya’ boleh menghina bangsanya hanya kerana berbeza parti. Bagitu yang kononnya kuat Islam bukan berkawan dengan sosialis, kapitalis, bahkan anti-negara Islam, tetapi berang jika diajak berdamai dengan orang Islam. Parti telah membentuk ‘asabiyyah yang menakutkan dan mencerai-beraikan orang Islam.

Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu‘awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan.

Abu Bakrah r.a menyebut: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar sementara al-Hasan bin ‘Ali berada di sebelahnya. Baginda menghadap ke arah orang ramai dan kemudian kepada al-Hasan, lalu bersabda: “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang tuan, mudah-mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang-orang Islam” (Riwayat al-Bukhari).

Hadis ini menjadi kenyataan apabila Saiyyidina Hasan telah mengundur diri dari kerusi pemerintahan dan menyerahkannya kepada Mu‘awiyah selepas kewafatan ayahnya Saiyyidina ‘Ali. Mu‘awiyah dengan itu menguasai pemerintahan sepenuhnya dan tahun tersebut dinamakan oleh orang Islam iaitu “tahun perpaduan” (Ibn Kathir, Al-Ba‘ith al-Hathith, m.s. 177, Beirut: Dar al-Fikr). Di samping itu, Mu‘awiyah sendiri mempunyai hasrat perpaduan di mana beliau berkata:“Siapa yang akan menjamin orang Islam (sekiranya dibunuh ayah-ayah mereka)" (Riwayat al-Bukhari).

Ibn Taimiyyah dalam ulasannya menyebut: “Nabi s.a.w. memuji al-Hasan kerana perdamaian yang dilakukannya dan menamakannya sebagai sayyid iaitu ‘tuan’. Ini kerana, Allah dan RasulNya suka dan redha terhadap apa yang al-Hasan lakukan. Andainya peperangan yang berlaku antara orang Islam itu diperintah oleh Allah dan RasulNya, tentu Rasulullah tidak akan memuji langkah perdamaian yang diambil oleh al-Hasan. Kalau peperangan itu suatu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, bererti al-Hasan telah meninggalkan suatu kewajipan atau perkara yang disukai Allah. Hadis ini adalah dalil yang jelas bahawa apa yang dibuat oleh al-Hasan adalah sesuatu yang terpuji.”(Ibn Taimiyyah, Al-Khilafah wa al-Mulk, m.s. 84).

Di Malaysia, kita tidak pun tidak mengharapkan parti-parti umat Islam ini menyerah kuasa antara satu sama lain. Ya, kita perlukan imbangan kuasa antara kerajaan dan pembangkang. Apa yang kita harapkan mereka dapat duduk semeja membincangkan tentang maslahat umat ini terutama yang membabit isu-isu khusus umat Islam. Apakah langsung tidak persamaan pendirian atau sikap antara UMNO dan Pas dalam isu-isu khusus? Kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada titik-titik persamaan mengenai kemaslahatan umat dan rakyat. Berfikirlah atas landasan nas dan ukhuwwah islamiyyah melebihi sikap ‘tegar’ yang hanya mengikat diri dengan belenggu kepartian semata-mata. Islam itu bukan sekadar politik, Islam juga akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan dan berbagai lagi.

Apakah dalam keadaan gentir ini tiada langsung nafas untuk memikirkan kemaslahatan umat dalam masalah-masalah khusus kita? Jika UMNO dan Pas boleh duduk bermesra dan bermanis dengan mereka yang berbeza prinsip dan perjuangan, apakah langsung tiada ruang sesama mereka. Marilah kita bimbangi apa yang Nabi s.a.w sebut: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebab itu ketika saya bersembang panjang dengan Tun Abdullah di London dua minggu lepas, saya mencadangkan agar duduklah UMNO dan Pas berbincang dalam perkara-perkara di luar isu politik. Belajar faham memahami antara satu sama lain. Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti.

Jika pun mereka pernah ada rekod buruk perdamaian sebelum ini, namun zaman dan masa sudah berbeza. Semalam sudah tidak sama dengan hari ini. Hari ini manusia lebih matang dan keadaan lebih getir. Jangan lagi berbincang bermula dari titik tolak kuasa, tetapi berbincang dari titik kemaslahatan umat. Jika benar ada keikhlasan, keberkatan akan datang. Jika niat ikhlas inginkan perdamaian, Allah akan membuka jalan kebaikan. Kalau kuffar musuh Islam ingin berdamai, kita disuruh sahut perdamaian. Inikan pula sesama Muslim.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).

Ada pihak yang berkata perdamaian antara parti-parti orang Islam akan memangsakan orang ‘lain’. Saya hairan, apakah setiap kali jika dua golongan berunding maka pihak lain pasti menjadi mangsa?. Saya fikir jika Muslim yang berbicara demikian, dia seorang yang sama dengan pengikut Abdullah bin Saba yang mencetuskan peperangan antara ‘Ali dan ‘Aishah. Mereka itu apabila melihat ‘Ali berdamai dengan ‘Aishah r.ha, mereka mencetuskan serangan mengejut sehingga mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri. Menurut Ibn Kathir (meninggal 774H), apabila mendengar keputusan ‘Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan ‘Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera ‘Ali menjadi takut. Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai atas darah-darah kita”.

Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka.. mereka terus berbincang, akhirnya ‘Abd Allah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan agar peperangan tetap tercetus..sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera ‘Aisyah dan ‘Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji. Tentera ‘Aisyah telah menyatakan: “Tentera ‘Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera ‘Ali pula menyatakan: “Tentera ‘Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak...(al-Bidayah wa al-Nihayah 7/249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time.”
----

Anaklangkawi :- Kembalilah kepada al-Quran & Hadis bila terdapat keraguan & perlukan petunjuk Allah. Nescaya ia adalah sebaik2nya.. Saya menyeru saudara se-Islam baik dr PAS @pun UMNO .. Bersatulah.. Demi Agama Khasnya & seperti yg dinyatakan dlm kalam Allah & demi bangsa & Negara.. Cukuplah kita dipermainkan!! TAKBIR!!
comments