Dari segi tarbiah @ kecenderungan masyarakat Melayu, kita makin sensitif kepada Islam. Makin cenderung kepada benda-benda islamic. Sensitif perkara-perkara yg libatkan Islam. Tapi masalahnya ia berkait rapat dengan politik. Umat Islam tidak bersatu. Tidak senada. Perkara sensitif bagi satu pihak tidak pula sensitif pada satu pihak.
Fatwa & pendapat dipetik sesuka hati. Malahan fatwa kebangsaan pula dipertikai. Fatwa ustaz-ustaz diikuti, yg kadang-kadang tak dak sandaran. Kita perlukan titik pertemuan yang senada. Yang sejajar dengan pegangan Al quran & Hadis dgn pemahaman sahabat nabi & dua generasi selepas itu.
Ulama pewaris nabi. Nabi meninggalan bukan wang dinar tetapi ILMU yg benar lagi pasti. Maka tengoklah & renunglah ilmu mana benar & yg mana kurang pasti.
Perjalanan ummah masih jauh, tetapi menampakkan perubahan yang positif. Mari kita doakan perubahan umat islam bukan sekadar hangat-hangat taik ayam mcm semangat politik. Wallahwaqlam..