Aug 4, 2010

Melayu/ Bumiputera! Yang Makin Hilang

Apakah benar Melayu bakal @ telah menjadi minoriti di bumi sendiri (seperti kata Dr Redzuan Tee Abdullah) ? Atau adakah kuasa Melayu bakal hilang pada PRU 13 nanti ? Atau adakah sebenarnya kuasa Bangsawan Melayu yg bakal hilang bukan kekuasaan Melayu akan hilang (seperti yg dikatakan oleh A. Samad Said) ? Apakah akan terjadi terhadap nasib kaum Melayu di bumi bertuah ini ?

NASIB NGO MELAYU

Persoalan demi persoalan bermain diminda benak setiap anak Melayu takala ini, bilamana percaturan politik menjadi semakin sengit dikalangan parti politik. Setiap parti mahu menjadi jaguh kaum masing2 walaupun ada sstgh parti merupakan parti berbilang kaum ttp hakikatnya ia dimonopoli oleh sstgh kaum sahaja. Dimana juga org Melayu sendiri amat susah utk bercakap @ bersuara mempertahankan nasib bangsa sendiri tanpa digelar ‘rasis’. Bilamana adalah janggal/ salah NGO Melayu yg bercakap soal mempertahankan salah satu Perlembagaan Persekutuan tanpa dikatakan ‘extrimist’. Cukup sedih kedudukan bangsa Melayu sekarang.

KAUM YG DITINDAS?

Tetapi jika kita lihat persatuan yg berlandaskan kaum dipihak bukan Melayu @ bumiputera sebenarnya merekalah yg sebenarnya jaguh @ juara. Sebut saja bermcm jenis Persatuan yg ada diluar sana yg menggambarkan ia wujud utk mempertahankan @ memperjuangkan agenda kaum-kaum tertentu. Tetapi apa alasan mereka? Alasan yg diberikan adalah demi bahasa ibunda masing @ bermacam-mcm alasan yg tak masuk akal yg hanya menjurus terhadap ketidaksatuan masyarakat.

Mereka bercakap soal kesamarataan bercakap seolah-olah mereka ditindas dgn polisi-polisi kerajaan (walaupun 50 org terkaya Malaysia majoritinya dr kaum mereka). Menyoal dimana mereka dinafikan hak utk bersaing secara sihat (sedangkan kebanyakan kilang2 & perniagaan dimonopoli oleh mereka). Mereka mahukan perjanjian yg dibuat oleh nenek moyang mereka disemak semula memandangkan mereka merupakan 3 ke 4 generasi & sepatutnya dilayan sama rata (tetapi mereka lupa perjanjian dibuat atas kerana mereka tidak mahu mengikut seperti perlembagaan Indonesia @ Thailand dimana asimilasi diwajibkan tanpa mengira kaum-bahasa, nama & budaya).

Tetapi kadangkala mereka lupa, yg mereka hanya tahu meminta tanpa mahu membuat pengorbanan demi mengasimilasikan diri dgn masyarakat asal Malaya. Mereka masih meletakkan kesetiaan terhadap Negara Ibunda mereka. Mereka masih tidak mahu bercampur dgn majoriti rakyat Malaysia. Mereka juga masih mahu membezakan institusi Pendidikan & bahasa. Sekolah Jenis Kebangsaan diperjuangkan. Tempat dimana sepatutnya bermulanya penyatuan dinafikan, dibezakan, & dipecahkan dgn kerjasama mereka yg mempunyai kuasa utk menyatukan.

KUASA PEMERINTAH

Yg lebih kelakar mereka yg berkuasa(kuasa pemerintah) juga-lah yg bercakap perpaduan rakyat & 1Malaysia. Seolah-olah mereka tidak tahu dimana tempat yg sesuai utk bermulanya konsep penyatuan rakyat. Jawapannya adalah di sekolah. Itulah tempat dimana segalanya berlaku. Iaitu dimana anak-anak tidak kenal apa itu kaum, apa itu agama, & apa itu perpisahan mengikut bangsa.

Tetapi tidaaakkkk!! Atas dasar utk menyedapkan hati rakan separti & kaum tertentu maka ia dibenarkan sehinggakan perpecahan @ ’separation’ berlaku sehingga menyebabkan senang dieksploitasi oleh Parti Ultra Kiasu utk menjatuhkan pihak yg memerintah. Generasi yg lahir dari sinilah yg menjadi penyokong kuat Parti Ultra Kiasu yg tidak goyah walau apapun yg melanda parti tersebut. Malah boleh dikatakan mereka yg menjadi ahli parti Pro-Kerajaan sekali pun akan memangkah Parti Ultra Kiasu bila PRU. Siapa yg tahu bukan ? Kalau tak percaya lihatlah pilihanraya kecil yg ada. Kadang kala tidak logik peti undi disesuatu kawasan kalah sedangkan majoriti kawasan tersebut ahli MCA @ Gerakan melebihi jumlah pengundi sesuatu kaum.

Saya tak rasa yg pemimpin tertinggi parti pemerintah begitu bodoh @ tidak sedar tapi itulah. Cuma pejam mata & buat-buat tak tahu. Apa yg diharapkan @ dicanangkan propaganda bodoh kuasa Melayu yg bakal hilang (mmg betul pun). Sedangkan mereka sebenarnya, ada kuasa utk memperbetulkan keadaan masyarakat jika tidakpun generasi akan datang. Sudah-sudahlah mendokong @ membantu sekolah jenis kebangsaan yg tidak mendatangkan faedah penyatuan kaum. Cukup-cukuplah meminta bangsa Melayu supaya bersatu @ propaganda hilangnya kuasa Melayu bila dimana ke-KUASAAN DI TANGAN ANDA utk mengubah polisi-polisi tersebut.

Jgnlah bercakap seolah-olah andalah JUARA kerana sebenarnya ANDA bukan. Kerana ANDA & juga ketua anda sebelum ini tidak memikirkan impak perpecahan masyarakat bermula sejak dr bangku sekolah. Kadangkala anda bercakap kenapa generasi anda benda-benda ini tidak berlaku? Kenapa? Senang ja..

Waktu generasi anda belajar @ bersekolah majoriti disatukan dibawah sekolah Inggeris. Jadi penyatuan telah bermula di usia muda. Kawan-kawan bukan Melayu generasi anda telah berasimilasi dgn kaum majoriti sejak mula. Sebab itulah wujudnya tokoh2 hebat kaum bukan Melayu seperti Dr Chandra Muzaffar, Dato’ Lee Lam Tye & lain-lain tokoh yg cukup hebat bila bercakap soal perpaduan kaum. Pada saya cukuplah beromong kosong ttg hilangnya kuasa bila anda sendiri tidak cuma menyatuan masyarakat sejak mula.

PARTI ULTRA KIASU

Parti Ultra Kiasu setakat ini hanya suka & tersenyum kerena sebenarnya mereka tahu UNDI ’SOLID’ kaum tertentu menjelang PRU-13. Yang hanya mereka perlu buat adalah mengerahkan Parti Tunggangan mereka PAS & PKR utk memecahkan UNDI Kaum Majoriti iaitu MELAYU & Bumiputera. Jadi kalaulah Parti Pemerintah tak bodoh @ sedar lagi taktik mereka, bertindaklah. Kawasan yg diberikan percuma kepada kawan2 bukan Melayu mereka seperti MCA, MIC, & Gerakan yg bermajoritikan kaum Melayu perlu dikembalikan demi strategi kemenangan. Ini kerana Kerusi Reserved Parti Pemerintah tidak lagi bergantung kepada Sabah & Sarawak tetapi terhadap kawasan Majoriti Melayu/ Bumiputera. Dapatkanlah sokongan mereka, sayangilah mereka, lihatlah mereka & jgn cuba memperbodohkan mereka dgn kata-kata kuasa Melayu terhakis sedangkan hangpalah yg mengakis dr dalam dgn cara memberikan sedikit demi sedikit kepada tuntutan si minoriti yg didalangi Parti Ultra Kiasu.

Jgnlah sampai nanti yg minoriti jadi majoriti. Yg majoriti menjadi minoriti. Kelak perbezaan jurang ekonomi & kek ekonomi berlaku secara tak seimbang dikalangan rakyat yg boleh menghasilkan satu lagi peristiwa hitam Negara. Satu yg pasti demi kelangsungan Negara bertuah ini ubahlah sistem pendidikan SEKARANG. Satukan ia sejajar dgn tuntutan 1Malaysia yg berlandaskan perlembagaan Negara.

p/s : Allah tidak mengubah nasib sesuatu bangsa tersebut tanpa bangsa tersebut cuba mengubah dirinya sendiri.
comments

1 comment:

  1. Bercakap mengenai bumi ini, adakah bumi ini kepunyaan Melayu? Mengikut Sejarah, etnik Melayu sendiri adalah pendatang dari Kepulauan Formosa, dimana mereka berhijrah dari Formosa ke Kepulauan Borneo (Pontianak) dan mereka berhijrah ke Johor, dan apabila melihat bilangan orang asli yang ramai di Johor, mereka berhijrah ke Makassar, dan dari sana ke Melaka (Andaya 2001). Apakah nasib orang orang Asli sekarang? Bilangan mereka tidaklah lebih daripada kaum Melayu, Cina dan India... Tatkala mereka adalah pemilik sebenar bumi ini, tetapi dipaksa melalui proses Islamisasi untuk mendapat bantuan-bantuan kerajaan, dan yang paling mengejutkan, sestengah suku kaum mereka (tribe) telah pupus di muka dunia ini... :(

    Bercakap mengenai kaum bukan Melayu menguasai ekonomi negara ini, saudara berpendapat kaum bukan Melayu adalah sebab negara ini berpecah, tidak dapat bersatu, tapi adakah saudara sedar bahawa saudara sendiri memecahkan kaum dan membandingkan kekayaan antara kaum, dari segi relatif? Kaum Melayu telah banyak mendapat manfaat dari Dasar-dasar Kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru, namun kaum Cina dan India tidak mempunyai "affirmative policies" untuk mereka,... menunjukkan ketidakadilan dan ketidaksamarataan dalam pembahagian ekonomi. Tetapi saudara perlu sedar, dengan menggunakan DASAR DASAR kerajaan, golongan elit Melayu telah mengumpul kekayaan untuk diri mereka melalui kronisme... Sebagai contoh, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Wan Azmi Wan Sulaiman dsb. Masalahnya bukanlah "non Malays" sepertimana yang anda fikirkan, tetapi kroni kroni Melayu atau golongan kapitalis Melayu yang tamak dan hubungan erat mereka dengan ahli ahli politik. Anda sedar Dilemma Melayu hasil tulisan Tun Dr. Mahathir, dimana beliau menyatakan subsidi dan pertolongan perlu diberi kepada mereka yang boleh memberi productiviti,.. Bagaimana kaum Melayu secara kolektif boleh maju jika hanya satu kumpulan yang mengeksploitasi dasar-dasar kerajaan dan bantuan-bantuan kerajaan?

    Kesetiaan kaum bukan Melayu adalah masih terhadap Malaysia. Mereka sanggup gugur untuk tanah air ini, namun mereka rasa adakah ianya berbaloi kerana mereka memang ditindas dengan proses Islaminisasi dan ketidaksamarataan di tanah air mereka sendiri iaitu Malaysia? Ini mewujudkan dilemma yang kronik di dalam diri mereka...

    Terima Kasih saudara kerana mengambil masa anda untuk membaca coretan saya ini.

    ReplyDelete