Jul 17, 2010

Subsidi ~ Penyelarasan @ Kenaikan?


Dua hari lepaih kita dikejutkan dgn kenaikan barang2 'hangat' iaitu :

~ Minyak (Ron 95 & Ron 97) ~ 5 sen

~ Gula ~ 20 Sen

~ Diesel & Gas Memasak


Seperti yg lepas-lepas cek amat bersetuju dgn penghapusan

subsidi minyak secara berperingkat. Sebab apa? Kerana seperti

yg sedia maklum subsidi minyak terutamanya dinikmati oleh

golongan berada. Mungkin sampai satu tahap mereka dapat

subsidi melebihi cukai yg dibayar.


Kastam misalannya perlu dirombak barangan yg diharamkan memasuki

sempadan perlu dimasukkan barang kawalan yg bersubsidi seperti gula,

minyak masak & beberapa barang keperluan lain. Ini utk mengelakkan

rakyat negara jiran kita tidak menikmati subsidi yg tidak sepatutnya.


Benda-benda ini sebenarnya berlaku terutamanya di Johor bilamana

rakyat Singapura selalunya membeli belah barang keperluan di JB. Letakkan

KPI pada Kastam di sempadan utk dapat tahan sekurang-kurang sejumlah

tan barangan larangan.


Langkah kerajaan utk mengharamkan ROn95 dijual kepada rakyat negara

jiran dialu-alukan. Bagus!!.. Biarlah RON97 diapungkan mengikut harga

pasaran kerana kita sudah sedia maklum yg RON97 hanya digunakan

kereta berkapasiti tinggi seperti BMW & Mercedes yg mana mereka ni

tidak layak menerima subsidi.


Dalam keadaan ghairah menghapuskan subsidi, ketirisan, penguatkuasaan

& pemantauan diperlukan utk mengekang kesempatan yg diambil oleh

segolongan peniaga yg bakal mengambil kesempatan terhadap kenaikan

harga barang ni. Jgn hanya bercakap utk mintak rakyat faham & pada masa yg sama penyeludupan berlaku & pemantauan tidak berlaku. Kalau tidak, masakan dalam TV1 baru-baru ini ni Sg. Golok gambar nyata penyeludupan nampak berleluasa.


Walaupun dilihat NGO memberikan pandangan yg berbeza-beza. Adalah

adalah menjadi satu kewajipan kerajaan menggunakan lebihan @ penjimatan

subsidi ini ke golongan sasaran berwajib. Cek dgn sendirinya akan

melihat dgn pengurangan subsidi tersebut bermakna kerajaan mempunyai

sedikit LEBIHAN DUIT yg bakal dijelmakan ke Kementerian yg berkenaan.


HARAPANNYA ia akan dinyatakan DALAM Budget 2011 yg bakal dibentangkan

tak lama lagi. Kalau tak dak. Maka tau-tau sajalah yg mereka ni

cakap tak serupa bikin.

Pada sayalah. Yg memakai kereta dalam RM 70 sebulan. Iaitu bersamaan lebih kurang 35 liter sebulan. Kenaikan 0.05 sen tidak begitu terasa iaitu hanya sekitar RM 1.75 sen.

Tetapi bagi mereka yg byk duit pakai keta berkapasiti tinggi & byk travel atas urusan kerja maka mungkin 350 liter sebulan maka dia terpaksa bayar 'extra' sbyk RM17.50. Rasa masih ok bagi mereka almaklumah duit byk.

Tapi bagi org kampung yg pakai 3.5 liter sebulan. Maka mereka hanya perlu bayaq extra 17 sen. Jadi betullah mekanisme subsidi sebenarnya perlu dihapuskan secara berperingkat terutama minyak kerana ia byk menguntungkan org berada & byk duit.

p/s: Huih, Nak kena mintak company naikkan mileage rate..

comments

6 comments:

  1. Baguih tulisan Anak Langkawi ni tapi sayang tapi berfikiran secara makro.

    Nak mengurangkan subsidi yang dinikmati oleh golongan berada tapi kesan yang menanggung beban adalah golongan yang kurang mampu.

    Tang RON97 utk kereta asing memang bagus tapi kenapa RON95 dinaikkan? Kata dulu nak buat mekanisma khas untuk mengatasi isu ni. Mana dia? Flip-flop jugakkk...

    Duit KERAjaan bertambah hasil pengurangan subsidi??? WOW!!!... Aku buleh gelak ajer la sbb tiada penyakit denial syndrome.


    Kah kah kah!!!...

    ReplyDelete
  2. Salam Bro,
    Sepertimana yg cek cakap 0.05 sen kenaikan. Kalau kita ambik average penduduk kampung yg bawak motosikal dalam sebulan dalam RM 5.00 full tank.. Maka lebih kurang dalam 2.7 liter ja sebulan. Maka jumlah yg perlu dibayaq extra 2.7 x 0.05 sen = 13 sen extra dia kena bayaq..

    Tapi kalau org yg byk duit.. Contohnya Khir Toyo.. yg pakai 3-4 keta.. Sebulan keta dia full tank RM 70.00 sebuah @ lebih kurang 35 liter.. maka 3 kereta.. Maka 0.05 sen naik jadila RM 5.25..

    Maka sebenarnya subsidi minyak ni menguntungkan org kaya..

    Tak tau la pulak minyak kapal .. Rasa2 cek org tanjung terasa sbb kapal byk pakai minyak.. jadi tokey2 kapal terasala.. Jgn nnti charge pada penumpang dahla..

    ReplyDelete
  3. Salam kembali

    Pandai jugak Anak Langkawi ngan ilmu hisap nih.

    Kalau you fikir secara makro dan jgn sempitkan kotak pemikiran, kenaikkan harga minyak bukannya melibatkan harga minyak tu sahaja tetapi harga barang lain akan turut sama naik. Pusing lagu mana pun, kos transportation akan pasti naik. Dah tentu harga barang lain turut naik.

    Alasan subsidi hanya menguntungkan org kaya hanyalah akal pendek nak memperbodohkan org sahaja. Kita harus kaji chain-reaction yang berlaku.

    Walaupun harga minyak naik RM0.05/liter harga barangan lain akan nai berlipat kali ganda. Peniaga kebanyakkan Cina, pembeli kebanyakan meLAYU, menunjukkan meLAYU apa ada. So, bebanan tu siapa tanggung kalau bukan org yg tak berada terutama bangsa meLAYU. Sbb tu kita lihat Cina buat tak kisah kalau harga minyak naik 100x ganda pun sbb beban kenaikan diletakkan pada pengguna. Kalau nak, beli, tak nak, jgn beli.

    Kalau Wantas, Pengangkutan Bersatu, Lim Tai Kiang penaik harga transport, gerenti semua barang lain mesti naik jugak. Saya kenal mereka semua tu, bangsa Cina.

    Minyak kapal tak pernah dapat subsidi, kami beli dengan harga industri, fluctuate. Kami charge pada penumpang la, kalo nak naik, bayor. Tak mahu naik, aper ader hal, berenang lor. Itu untungnya berniaga.

    ReplyDelete
  4. Ya betul.. mmg cek pandai ilmu hisab. tapi tu la.. kalau ikut akai yg pendek ni.. kesan of chain reaction tak sepatutnya berlaku kerana kenaikan hanya amat kecik berbanding waktu zaman Tun Lah yg naik sampai 2 kupang.. itu jelah..

    pada cek.. kalau ada kesan kenaikan pun disbbkan oleh peniaga mencari sbb utk ambik keuntungan yg tinggi.. tak kira la sapa tokey cina ka, peniaga melayu kaa sbb teramatla kecik benda tu naik..

    jadi kalau bab tamak ni tak boleh nak cakap apa.. itula cek cakap keRA jaan perlu tgk baik & buat pemantauan pada mereka2 yg cuba ambik kesempatan tersebut...

    p/s: jgnla sampai suruh berenang.. nak balik kampung mcmana..

    ReplyDelete
  5. Sebab itulah di dalam nak menyelesaikan sesuatu masalah (dlm kontek ini kenaikan harga barangan), kita harus mengkaji root-cause (bahasa org kg bini saya) atau akar segala permasalahan tersebut dan bukannya melihat pada daun dan ranting sahaja.

    Dah tahu chain-reaction negatif akan berlaku, kenapa harus dipetik suis permulaannya (dlm kes ini kenaikan harga minyak yg merupakan nadi kehidupan di dunia).

    Dah tu, pemimpin parti anak langkawi pulak mengarahkan agar tidak digunakan perkataan NAIK tetapi kena guna perkataan PENYELARASAN.

    Lepaih tu semua urusan jual beli minyak ngan Petronas menggunakan auto-debit CIMB saja demi nak kayakan Nazir Razak.

    Yg menderita adalah ahli bawahan parti anak langkawi. Kami tak pa, dari dulu dah menderita, tak kisah sbb bukan pemimpin parti kami. Sia-sia jadi ahli parti anak langkawi.

    Kah kah kah!!!...

    ReplyDelete
  6. :)..
    Nak buat root cause effect mcmana.
    sbb yg dah kaya nak lagi kaya..
    yg kedai pulak harga gula @ minyak naik sikit yg barang pulak naik lagi byk..
    itula kita cakap meniaga tak ikut cara nabi..heheh..

    p/s: Takat naik harga minyak & gula tak merana.. tapi kalau semua barang naik sbb effect itu panggil menayaa...

    ReplyDelete