Jan 27, 2010

Isu yg tidak berakhir?

Ingatkan isu sensitif Kalimah Allah telah berakhir. Nampaknya tidak. Harini ditambah pulak dgn org campak 'kepala babi' dalam masjid. Nampaknya mmg ada sesetengah puak yg mmg nak negara kita ni kacau bilau. Tak taula sapa. Tak payah tuduh sapa. Tapi kenapa? cuba kita kaji balik. Kita terlalu dipisahkan dari dulu. Semangat kejiranan makin pudar antara kita berbilang kaum. Terutama sekali di Bandar-bandar. Kalau dilihat kawasan-kawasan yg berlakunya serangan kebanyakan adalah kawasan bandar.

Ini membuktikan toleransi antara kaum di bandar adalah amat kritikal. Adalah menjadi wajib sebenarnya skrg kerajaan perlu merapatkan jurang antara kaum. Yg ianya perlu dipupuk drpd kecik lagi. Satu Sekolah, PLKN malah buat juga lain-lain program yg boleh merapatkan jurang antara kita.

Dalam pada itu, pihak kerajaan perlu tegas seperti zaman Tun Mahathir dahulu bila berdepan dgn mereka-mereka yg cuba menggugat keharmonian kaum. Yg cuba mengusik & juga menghina institusi beraja yg menjadi toggak masyarakat Malaysia & Agama. Zaman maaf memaafkan telah berlalu. Kenyataan Rais Yatim amat mendukacitakan tapi tidak boleh disalahkan beliau kerana beliau adalah seangkatan dgn Paklah iaitu zaman 'openness'. Peruntukan undang-undang sudah ada utk menghukum penderhaka negara maka gunakanlah.. Biarlah masuk jel walaupun sehari meskipun beliau telah meminta maaf. Jgn sampai insan-insan seperti ini tumbuh bagai cendawan kerana disbbkan kerajaan amat lembut dalam menangani isu tersebut.. Byk kes blogger yg kedengaran seperti Negarakuku, bendera terbalik, & lain2.

Satu lagi, kerajaan tampaknya seperti 'selective' dlm mengambil tindakan. Betapa amat cekap sungguh KDN utk menjejaki blogger yg menghina Al-marhum Sultan & pengguna 'facebook' dalam isu Allah. Tetapi amat slow bila berdepan dgn pengkomen malaysiakini, malaysia insider juga penulis beberapa artikel dalam akhbar cina & india. Mungkin 'target' begini susah kot.

Apa-apapun tindakan undang-undang perlu diambil utk mereka yg menghina institusi beraja, mereka cuba menggugat ketenteraman awam & lain-lain. Cuma satu diminta. Janganlah mencari 'target' yg senang sahaja. Buatlah reseach or cyber squad dalam mencari & menyimpan bukti jenayah cyber. Pada saya. Masa diperlukan hanya 1/2 jam utk mencari salah mereka-mereka melemparkan isu sensitif yg boleh didakwa dalam akta hasutan.

p/s: Jgn jadikan tiada laporan polis dijadikan alasan utk tidak mengambil tindakan. Masih menunggu hasil siasat tentang berpuluh laporan polis keatas Karpal Singh atas tindakan menghina Sultan Perak. comments

2 comments:

  1. Aku pun masih menanti hasil siasatan dan tindakan ke atas mereka-mereka yg terdiri daripada parti anak langkawi yg masih menggunakan bahasa penjajah tapi kecoh pasai bahasa kebangsaan yang memanggil Tunku Mizan tu Natang, ganti nama binatang.

    Agaknya ahli depa saja yg buleh menghina Sultan tapi org lain tak buleh kut nooo...

    Kah kah kah!!!...

    ReplyDelete
  2. salam ziarah kesini..
    jemput ke blog saya...
    thanks..

    ReplyDelete