Apr 20, 2009

PAS sekarang Vs PAS dulu

Berikut adalah kesinambungan Artikel terdahulu PAS Celaru & Keliru <--Klik sini utk baca. Pening & menyenakkan perut! Itulah perasaan kebanyakan umat Islam & Melayu sekarang bila melihat percaturan politik Malaysia kini.

Namun, mata org Melayu skrg tertumpu kepada pemilihan kepimpinan PAs yg sedang rancak dicanangkan. Majlis Syura @ berbincang tidak lagi dijadikan pilihan yg selama ini menjadi ikutan. Tetapi perlawanan secara terbuka menyerupai UMNO & parti2 lain di Malaysia. Dimana majlis syura & dimana musyawarah? Kerana kuasa ramai meramalkan Puak2 Erdogan PAS akan menguasai PAS. Satu demi satu tewas di pentas atas nama perubahan Ala Erdogan. Mungkinkah tanda awal kumpulan Ulama diketepikan bermula dr PAS wilayah sendiri ?

Pergelutan dalam PAS tidak boleh lagi disangkal oleh Pimpinan PAS. Maka, jika kumpulan Ulama' didlm PAS habis dipenggal maka bermulalah era PAS menjadi parti komponen PKR yg didalangi oleh DSAI sendiri.

Jika PAS dulu menjadi parti yg didokongi Ulama ttp skrg Parti ini bakal menghapuskan peranan Ulama'.

Lebih menyenakkan lagi apabila percaturan politk terbaru byk meng'HALAL'kn bbrp benda yg selama ini tidak pernah dibuat selama ini. PAS melalui Ulama' tersohornya telah memberikan tanda HALAL utk mengizinkan Ulama' DAP mempergunakan Al-Quran & Hadis bagi mencapai perjuangan politik. Kalam Allah dipetik tanpa susun kata sempurna, takbir Allahuakbar diucap oleh mereka, perkataan Allah di Halalkn utk digunakan oleh sebarang agama, Hadis digunakn dimana ada keperluan ttp yg mereka tak mahu ikut adalah seruan Islam itu sendiri.

Jadi boleh disimpulkan mereka tidak ikhlas & hanya pergunakan Islam.

Adakah HALAL hukumnya walaupun kita sedia maklum jika seseorg Islam berkeadaan JUNUB sekalipun adalah HARAM mengungkapkan kalimah ALLAH, takbir, hadis & kalam Allah. Masakan utk bukan ISlam boleh? Jadi siapakah yg bakal menanggung dosa kelak? Tanyalah diri sendiri.

Bersalahkah mereka? Boleh kah mereka? Byk pendapat yg berbeza2. Mufti telah berkata2 & majlis mufti telah sepakat utk tidak membenarkan ia berlaku. Ttp, kenyataan ini diHALALkn oleh Mufti PAS atas sebab politik. Nauzubillahhiminzalik. Diakui ilmu agama saya adalah cetek dibandingkn dgn mereka ttp kita tahu adakah permintaan, penggunaan & ucapan yg melibatkan Islam merupakan ikhlas @ kepentingan politik semata2.

Matlamat perlembagaan PAS utk menegakkan Islam telah ditolak & ditendang tepi demi desakan rakan2. Malah Ir Nizar sendiri menafikan itu perjuangan PAS menegakkan Negara Islam/ Hukum Hudud. TGNA & sayap Ulama PAs jugak tidak meletakkan Hukum Hudud & Qisas bukan perjuangan utama. (keratan akhbar disebelah)

Sekarang telah menjadi kebanggaan PAS bila bukan Islam bertakbir! Allahuakbar!

Jika PAS dahulu melenting bila soal agama Islam dijentik & diusik, PAS sekarang menyokong pula bila keadaan sama berlaku.

Lagi menyenakkan bila PAS tidak lagi berckp soal bangsa Melayu. Mereka berckp soal sejagat & hak sama rata. Mereka tidak lagi mendokong cara doktrin mereka selama ini yg menjadi pembela melayu bilamana org Melayu mundur satu ketika dahulu. Mereka merupakan kaki & telinga org melayu bila kadangkala UMNO leka menolong bangsa pribumi di Malaysia. (ttp tidak pulak bila soal PPSMI diperjuang atas dasar melayu?)

Kini telah menjadi kebanggaan bagi PAS utk menang atas ehsan bukan Islam yg selama ini menjadi topik kecaman bilamana PAS mengutuk UMNO selama ini yg menang atas undi bukan melayu. Sehinggakan UMNO dituduh kafir & bersekongkol utk melemahkan org Melayu.

"I must ask non-Malays to be fair & be considerate & not make unreasonable demands, for it is well to remember that no natives of any country in the world have given away so much as the Malays have been" YTM TUNKU ABDUL RAHMAN, Kuala Lumpur, 22 April 1956.


Jika dahulu PAS lantang membela nasib nelayan, petani Melayu di serata Negara, skrg PAS lebih pentingkan menjaga hati Kaum lain dr menjaga hati bangsa sendiri.

Penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada Sultan & Raja2 berperlembagaan. Ianya bermula dgn pertikaian di Perak. Dimulai oleh Bakal Naib Presiden PAS Ir Nizar dgn kontravesi Sembah DERHAKA. Disambut pula oleh penyokong2 PAS sendiri beramai2 selepas solat jumaat telah melakukan keganasan yg tidak pernah dilakukan oleh mana2 Umat Islam & rakyat Malaysia sebelum ini keatas institusi beraja yg telah bertapak & menjadi toggak umat Islam selama lebih 400-500 di tanah Melayu.

Jadi adalah amat wajar Sultan memberi teguran demi teguran kepada rakyat Malaysia. Dan yg terbaru adalah semalam bilamana Sultan Azlan Shah sendiri bertitah mengenai Tindakan Cemar Institusi Raja seperti 'menyalakan api dalam sekam'. Kenyataan demi kenyataan menunjukkan Institusi Beraja tidak menyenai perkembangan agresif yg mempertikai kedudukan Sultan yg disokong oleh PAS sendiri bersama2 rakan2 PKR & DAP. Sultan Selangor telah bertitah, Sultan Johor murka terhadap wakil DAP & bbrp lagi teguran dibuat oleh Sultan2 kepada Parti Pembangkang.

Teguran diendahkan malah berjaya menghasilkan penyokong2 yg terang2 mencabar institusi beraja. PAS tidak lagi menghormati Raja2 Melayu yg merupakan Ulul Amri yg nyata. Pada mereka Ulul Amri hanya pemimpin PKR, PAS sahaja termasuklah DAP.


"Raja & Istana adalah pelindung kepada adat & kebesaran kerajaan yg sejarahnya di bumi ini bertunjangkan kerajaan Melayu" DYTM RAJA NAZRIN. Istana Iskandariah, Kuala Kangsar 17 Mac 2008.

Jika dulu PAS amat menghormati Sultan & Institusi Beraja, PAS skrg hanya menunggu utk menjatuhkan SUltan kerana tidak menurut kemahuan mereka (bersama2 DAP)..

Ulasan Akhir -- (kepada Parti PAS)

Jika betul PAS ikhlas dalam menegakkan syiar Islam @ bertujuan utk menyebarkan Islam buatlah program2 yg menepati syiar Islam. Jemput mereka2 dlm PR mahupun bukan Islam & bercakap ttg ciri2 Negara Islam, Hukum Hudud & bbrp lagi ciri dlm menegakkan syiar Islam.

PAS sering berckp soal Hukum Hudud & Negara Islam ttp apa yg selama ini dibuat utk memartabatkan perjuangan mereka?

Biar kita lihat adakah mereka benar2 Ikhlas utk mendekati PAS @ mempergunakan PAS semata2 demi kepentingan politik.

Kembalilah utk bermuzakarah dgn UMNO. Seteruk2 UMNO pada pandangan PAS mereka adalah saudara kamu & wajib merapatkan persaudaraan sesama Islam. Mulalah merapatkan saf sesama Islam. Adakanlah muzakarah kerana ia dituntut oleh Islam.

Jgnlah biarkan mereka2 yg berckp atas pentas politik menggunakan nama Islam sambil mewarwarkan bbrp petikan sahaja dlm Islam yg menguntungkan puak2 pendokong demokrasi ala Yahudi. Fahamilah mereka, tegurlah mereka.. jgn biar mereka mempersenda Kalam Allah..

Dimana PAS yg kita kenali dahulu yg membela Bangsa, Agama & Negara bilamana kadang2 UMNO tersasar?

Jika pejuang2 lama PAS masih lagi hidup dimuka bumi ini nescaya berlinangan Air Mata mereka melihat bagaimana perjuangan PAS telah terpesong dr perjuangan asal.

Wallahwaqlam.. comments

5 comments:

  1. Parti PAS dah jadi parti dimana pemimpinnya dah mula nak NYANYUK !! Prinsip sudah bercelaru tanpa pedoman lagi.

    Saya ingat kalau dilihat trend aliran pemikiran pemimpin PAS sekarang ini jelas memperlihatkan sudah ada unsur ghairah untuk berebut-rebut hendak jadi pemimpin kerana mereka beranggapan inilah masanya untuk memegang kuasa negeri-negeri dibawah kerajaan Pakatan.

    ReplyDelete
  2. kalau UMNO dalam era perubahan ke arah kebaikan.. PAS pula?

    ReplyDelete
  3. salam,

    saya melihat pandangan saudara masih kurang meluas, mungkin saudara perlu perdalamkan lagi pemahaman saudara tentang strategi dan helah politik.

    lihat semua ini dari sudut positif, saya melihat kewujudan kelompok erdogan telah memberi sumbangan yang amat besar dalam era kegemilangan PAS dan Islam umumnya. Syabas untuk mereka. sewajarnya saudara menerima hakikat dan kenyataan tentang kejayaan mereka.

    Kelompok bukan Islam, profesional dan golongan muda telah mula mendekati PAS melalui pendekatan yang dibawa oleh kelompok erdogan ini. Inilah hakikat yang kita semua perlu terima.

    Seandainya kenyataan saya kurang benar dan penuh dengan kekhilafan, saya memohon maaf. saya sedia menerima teguran dan pandangan dari saudara agar kita sama-sama dapat memperbaiki kelemahan diri.
    Mari kita saling memperlihatkan kebaikan sesama kita disamping membantu memperbaiki kelemahan yang sedia ada..

    Insya Allah.. redha Allah ada disitu :) sehebat mana perjuangan kita, keredhaan Allahlah yang wajar dijadikan keutamaan.

    ReplyDelete
  4. Saudara Faizal,

    Saya hargai pendapat saudara. Bagi yg berada di luar saf PAS melihat sebaliknya. adalah menjadi harapan masyarakat Islam khususnya melihat PAS & UMNO mencari titip pertemuan bagi merapatkan saf Islam dlm menegakkan & mendaulatkan agama, bangsa & negara.

    p/s: komen saudara amat dihargai..

    ReplyDelete
  5. As-Salam

    titik pertemuan antara PAS dan UMNO adalah al_Quran dan SUNNAH...ikut lah jln yg telah ditinggalkan oleh Rasullullah...

    tp malangnya, umno nak bersama tp mahu ikut dan KEKAL dgn cara laghor yg telah sedia ada, pemimpin cakap psl islam tp keluarga haram sekor tak bertudung, dibelakang tabir kakikdangdut, makan duit haram, rasuah. kaki betina...mana nak bersatu.. 'SETAN' mana mau dok masjid..panasss..

    tak guna bersatu kalo ISLAM tak dpt didaulatkan...
    sunnahnya pun, zaman NAbi arab bertelagah..ada yakin pd NAbi dan ada yg menentang...

    ReplyDelete