Apr 24, 2009

Muzakarah - PAS & UMNO - "Liberalisasi"

Pro-PAS : Apa ni. Kerajaan umumkan liberisasi sektor sederhana kecil yg byknya org Melayu. Kata UMNO jaga Melayu sgt. Kan dah kena btg hidung sendiri. Mmg pasni lingkup org2 Melayu.

Pro-UMNO : A ah. Nak buat macamana! PAS pun dah taknak bela Melayu. Dok kata assobiah. Tak semua sektor dibukak. Lani sapa yg rugi & bodo. UMNO yg tunduk pada desakan & PAS yg sokong tolak atas nama keadilan.

Pro-PAS : Hm.. Jgn dok salahkan PAS le. Dah bangga sgt dgn UMNO yg dgn slogan Hidup Melayu, Ketuanan Melayu dah lain jadinya pulak. Kata tak tunduk langsung dgn desakan lani mana pi prinsip yg dok kata takkn melayu hilang didunia. UMNO kata hebat sgt? Apahal byk sgt sektor. 27 Tau.

Pro-UMNO : Itula jadinya bila Melayu tak bersatu. Aku salahkan dua2. UMNO terpaksa nak ambik hati bukan Bumiputera & PAS tak pertahankan org Melayu. Sama2 bodoh & org Melayu juga yg rugi. Jgn kata PAS tak salahla. Sama ja. UMNO sorang ja berjuang utk org Melayu. PAS dah tak kisah pasal melayu. Bila dah jadi mcm ni pandai pulak cakap konon nak jadi pembela Melayu. Stand aku simple aku tak setuju.

Pro-PAS : PAS tak pernah pun nak tegakkan Ketuanan Melayu. Yg PAS perjuangkn adlh Hukum Islam yg ada dlm Quran. Adil utk semua. UMNO yg kecoh2 selalu kata pmbela bangsa Melayu yg lain nmpak pengecut. Langsung tak lawan. Sudahla ckp je pandai dah nmpak yg UMNO bukan pmbela bangsa melayu yg selalu diagong2 kan. Bila dah jadi depan mata sendiri baru nak ckp UMNO kena tunduk kat org bukan Melayu. Hehe. Mcm lalang pulak. Dr dulu mmg UMNO pengkhianat bangsa, penipu, parti yg patut dipulaukan.

Pro-UMNO : Betulla aku ckp. PAS tak perjuang. Jd kenapa skrg dok kecoh2. PAS for all ye tak?. UMNO masih perjuang bangsa, agama & negara. Mungkin desakan ekonomi global telah menyebabkan Najib terpaksa. Disamping desakan politik. Selagi Hak Keistimewaan bumi terjaga UMNO tetap relevan. PAS dah Malaysian Malaysia. Bukan lalang, yg salah ttp salah. Bukan mcm sstgh org tu. Asyik depa ja betui.

Pro-PAS : Mana relevan UMNO bila Industri Kecil Sederhana majoriti org Melayu dah kena compete. Bkn UMNO ke yg dok jaja kata parti ttp pertahan org Melayu hingga titisan darah terakhir. Udahla dgn drama yg rakyat dah benci. Skrg ckp sbb tekanan ekonomi sbb tu bukak pd org luaq. Apahal pulak hak melayu bukan kena pertahankan? Jgn usik langsung. Ni lain pulak. Mana pi pakej ekonomi yg diwar2kan billion2. Takkan tak bantu kot. Pndai2la nilai UMNO lani. Pada aku dr dulu mmg UMNO parti pengkhianat!

Pro-UMNO : Sejak bila pulak PAS concern soal Melayu. Hahah. Dah ckp mcm assobiah pulak. Dulu cakap lain. Mmg flip flop. Lexla hak Melayu masih terjaga Hak Keistimewaan. Aku tetap percaya yg pengkhianat bangsa, agama & Negara adalah PAS.

Pro-PAS : PAS tak assobiah. Tp nakla bg penjelasan kat rakyat yg UMNO ni parti penipu. Kelakar2. Lani lg teruk habis org2 Melayu kena cantas. Mana pi pemimpin yg langtang berckp nak jaga kepentingan Melayu. Lagi lingkup le pasni. Baru la Melayu sedar yg UMNO parti busuk yg nak jaga kroni2 ja.

Pro-UMNO : Org Melayu tetap terbela. Takkan takat pengumuman semalam terus cap UMNO mcm tu. Pelik2. A ah. Org Melayu jadi boneka DAP tak bising pulak. UMNO kalo list berkali2 berjasa dr PAS.

Pro-PAS : Nak trbela mcmana. Dahla Industri yg besaq ekuiti Bumi dah hancur. Lani sederhana kecik pun habis. Jadi time UMNO memerintah pulak tu. Yg dok kata pembela Melayu. Pelingkup adala.

Pro-UMNO : Aku yakin masih terbela. Kena lebih berdaya saing jela. Polisi yg sama @ lebih teruk akan dibuat oleh PR jika memerintah. Tgk jela Penang & Selangor dok kata taknak buat DEB. Yg ni taknak ulas pulak. Cuba hang ulas yg ni pulak.

Pro-PAS : Dahla. Penang & Selangor lani pun mana buat DEB pun. Lainla kalo buat. Kelantan & Kedah takdak tapi takla sampai hancurkan org Melayu sendiri. Hang yakin mat jenin jela bila liberasasi dah mula tgkla org Melayu yg idup sederhana, kecil lingkup. Kan UMNO terer mmbela bangsa. Time Mahathir takdak pulak nak bukak lagu ni. Jahanam org Melayu.

Pro-UMNO : DEB pun dihapuskan under Pakatan jugak. Jgn sembangla. Takyah dok buat alasan. Kedah dgn Kelantan sbb PAS 100%. Tapi kalo mengan pusat esok PAS parti penumpang ja. DEB dihapuskan. Semua bersalah utk aku. Benda ni dibuka pun sbb org Melayu Islam tak beratu & lemah. Masing2 nak jaga hati org kafir tak kirala PAS or UMNO. Apa boleh buat komplen, gado sama sendiri pun tak guna. Yg nyata MCA, Gerakan, DAP, PPP, MIC dll dok gelakkan kita. Yg Melayu Islam terduduk ternganga. Udah2 dok tuduh UMNO.. sama ja semua.

Pro-PAS : Pasal pa x bole tuding jari pulak? Sbb UMNO yg dok bangga nak jaga melayu langsung tak jaga pun lani? Dok sembang tak serupa bikin. Dr awai dok kutuk PAS tak jaga hak Melayu. Kena sendiri baru nak sibuk2 nak kata konon nak jaga hati bukan Melayula. Takbole buat apa la sbb masalah ekonomi. Smbang pom pang tp mcm taik ckp. Itu yg tak puas hati.

Pro-UMNO : Bgtau aku satu jasa PAs bela Melayu ? PAS tuduh UMNO assobiah. Takpala.. la ni kira PAS jelah yg dok bela Melayu & Agama. Jasa2 UMNO yg dok bela Agama & Melayu selama ni buang jamban disbbkan org mempolitikkan liberalisasi yg PM umumkn. Mcm aku ckp yg rugi org Melayu & Islam.

Pro-PAS : Bukan sbb politik tp kenyataan yg UMNO selama ni bangga dgn parti yg mmbela Melayu. PAS kat Kelantan brjaya satukn kaum yg lain jd serumpun dgn syariat Islam. Org Melayu Kelantan terbela tanpa hak Istimewa dganggu langsung. Tak pernah dgr kat Kelate hak Melayu, tanah2 rezab bg kat org bukan Melayu. Sbb cara pentadbiran PAS ikut Hukum Islam yg adil lagi saksama!

Pro-UMNO : Hang lupa bbrp fakta ttg kelantan. Org bukan Kelantan tak boleh beli tanah kat Kelantan. Masih ada istilah tanah rezab Melayu kat Kelantan. Masih ada Sekolah Jenis Kebangsaan. Salah ka UMNO bangga kerana dapat tingkatkn ekonomi org Islam.

Pro-PAS : Ha baru betui la. Hak Melayu terpelihara secara tak langsung. Ape salahnya buat gitu. Sekurang2nya bukan Melayu tak langsung boleh pertikai. Ada ka bangsa lain berani pertikai pasal ni? Angkat kepada dok kutuk TGNA? Takdak pun. Sbb? Cara TGNA terajui ikut Hukum Islam yg x langsung diskriminasi bangsa lain. Ni yg dkatakn berkat & rahmat bila Hukum Islam dlaksana.

Pro-UMNO : Betui apa. Itupun assobiah jugak. Sbb kenegerian. Sama jala maksudnya. Utk aku dr kenegerian baik kemelayuan sbb bukan semua org negeri Kelantan Islam. Tapi melayu semua by rite ISlamlah. TGNA mmg tak tindas bangsa lain tapi awat UMNO tindas bangsa lain ka? Cuba bagi cnth penindasan yg UMNO buat.

Pro-PAS : UMNO tak tindas bgsa tp UMNO yg kecoh2 bila bgsa Melayu tidak terbela & terjaga. Lani sapa yg masuk lubang sendiri pi bukak peluang pd org2 luaq dlm sektor perniagaan yg byknya org Melayu. Tak bodoh ka? Dok kata hak Melayu terpelihara. Tgk apa jadi skrg?

Pro-UMNO : Samaada ia akan effect Melayu @ tidak kita akan tau nanti. Aku yakin ada hikmah benda ni dibuka. Demi berdepan kemelut ekonomi. Melayu ttp dijaga. Itu matlamat asal penubuhan UMNO. Selagi hak Keistimewaan dijaga. Aku ttp dgn UMNO. Sekurang2nya ada lagi prinsip bukan mcm PAS yg dah kuburkn perjuangan Negara Islam. Kena gertak sikit dgn DAP teruih ketaq.

Pro-PAS: Hang nak bangga pi lg dgn UMNO. Sudah2la. Jgnla dok kata hak Melayu djaga selagi UMNO memerintah. Ni kalo PR buat mau jadi isu. Tp sbb UMNO buat alasan2 yg tak munasabah keluar. Selagi PAS ada Hukum Islam ttp akan dilaksana! Takbir.

Pro-UMNO : Yalah! terlaksana dalam mimpi jelah. Macamnila. Kalau nak bandingkn PAS dgn UMNO. Yg mana paling jaga hak Melayu. Sendiri tau la. Pastu kalo tgk pulak skrg PAS dgn UMNO sapa paling jaga Agama. Lastly pasal raja pulak? Yelah PAS jugak yg jaga ketiga2 ni. heheh.

Pro-PAS : Dahla, jgn ckp pasal UMNO jaga bangsa, agama, raja. Tkkn taknak ulas time UMNO yg byk derhaka pasal Trganu, Perlis, bapak tajol Rosli. MT Taib. Takkan buat2 lupa. Bangsa? Hmm. Tanah rezab Melayu habis kat Penang & Perak dijual pd Cina2. Bahasa Melayu pun tak dijaga. Lani Math & Science dlm BI pelingkup anak Melayu adala sampai gred nak PAS pun kena turun sbb nak jaga standard takut kena taruh.

Pro-UMNO : Dalam hadis ada ckp jika kena pilih antara dua benda yg mendatangkan kemudaratan @ tak elok. Pilih yg paling kurang mudarat. Utk aku BN la masih menjadi pilihan. Demi agama, bangsa & negara. Aku taknk ulas isu2 yg pernah discuss. Persoalan adalah pilihan skrg bukan dulu2. Susah org PR taknk mengaku salah. Bila cakapja pasal depa dok ungkit yg dulu2. Ayat biasa. Dulu BN boleh buat?

Pro-PAS : Bila pulak pernah discuss. Ke takut nak perkatakn sbb nampak dah kelemahan UMNO yg terserlah. Ikut hang dah caya sgt, taksub dgn UMNO. Pasal hadis aku tak nak komen biar pakar yg ulas. Nnti pandai2 ckp rosak akidah.

Pro-UMNO : Lupa la tu. Ada hang dah lupa kot. Nnti aku email kat hang jawapan pada isu tu. Sapa yg taksub? hang ka aku? takpala masing2 ada hujah. Yg penting skrg org Melayu yg rugi sbb Melayu pecah 4. UMNO, PAS, PKR & atas pagar. Aku tunggu jelah bila time Ergodan kuasai PAS. Waktu tu baru hang akan ingat kata2 aku. Nasharuddin pun nanti Husam nak lawan.

Pro-PAS : Lupa? Takla hang tak jawab isu derhaka. Dok syp sbb menda betulkn? PAstu dok tuduh PAS derhaka. Pelik2. Erdogan ka Ulama ka janji kita tak pilih ketua yg terang2 rasuah tp boleh menang. Tgk la Melayu hancur sbb dasar yg UMNO buat lani. Jgn tak percaya pulak pasni. Kang tiba2 nak menyesal.

Pro-UMNO : Isu derhaka kita jawab dlm email. Hang boleh jaminka 100% takdak rasuah? Heheh. Mungkin PAS panggil sedekah kot. Biasalatu.. Setakatlani aku tak percaya PAS. Kalo zaman Tuan Guru Fadil Noor aku ok lagi. PAS dulu tak sama dgn sekarang.

Pro-PAS : Mmg yakin la dr puak2 UMNO. Sbb tu aku rela skrg PAS dr parti yg hipokrit yg kata bela bangsa, agama & negara.

Pro-UMNO : Yaka. Takat cakap jelah. Kalo compare faktra UMNO byk lagi berjasa. Terpulangla kalo dah taksub sgt nak buat mcmana.

Pro-PAS : Jgn dok ckp la UMNO berjasa byk. Sapa2 terajui Kerajaan mmg jadi tanggungjawab terhadap rakyat. Dah lama perintah hancurkn Melayu adala. Jangan la nak tegak benang basah bila nampak kelemahan sendiri. Cukup2la dgn sokongan kat parti yg khianat bangsa sendiri.

Pro-UMNO : A ah. Jasa tetap jasa walau hang cakap macamana pun. Tgk jelah jasa kat 4 Negeri PR. Silapla.. pengkhianat bangsa adalah PAS & PKR la. Byk dah fakta. Raja pun dah bertitah toggak melayu & agama. Terserahlah & jgn menyesal kemudia hari. Kalahpun takpa PRU-13 jnji tak tergadai agama, bangsa, raja & negara.

Pro-PAS : Belum paa dah ngaku kalah? Nampsat sgt le zaman jatuh UMNO yg mmg lama ditunggu. Time PR perintah negara bangsa, agama & negara didaulatkan.Takbir! Hukum Hudud boleh dilaksanakan & rakyat hidup tidak tertindas.

Pro-UMNO : Bukan mengaku kalah. Aku bagitau stand aku. Jgnla belit. Yalah Islam akan tertegak? tak nak komen. Kita tgk jela nanti. Takut nnti yg tertegak DAP ja. Islam jad namaja cara Ergodan.

Pro-PAS : Yela. Awal2 dah ckp kalah lani tak mengaku pulak. Rilex la berjuang patut sampai titisan darah terakhir. Bila PAS perintah Negara Islam pasti dijulang. Takbir!

Pro-UMNO: Tunggu 13 Mei sekali lagi baru berjuang atas titisan darah terakhir. Bukan atas parti yg hanya alat. Cuma sapa2 yg junjung agama, bangsa & negara aku akan sokong. Tp aku tak rasa begitu bila PAS menang. Terpulanglah. PAs dulu mungkin tapi PAS skrg?

Pro-PAS : 13 Mei takkan berulang if PAS memerintah ikut Quran & Hadis. Apa2 pun bila kembali pd hukum Islam nescaya selamat. Aku yakin dgn PAS & matlamat depa. Sory UMNO parti yg busuk, penuh budaya khianat yg lambat laun akan hancur. Tgk masa & ketika. Selagi Islam dijunjung selagi tu aku ttp skrg PAS & kepimpinan TGNA.

Pro-UMNO : Jgn tuduh sebarangan. Dosa keringja dapat. Ada segelintir ja org UMNO macamtu. Mcm PAs jugak tak perfectkn? 13 Mei tak mustahil berlaku. Kalo DAP dgn PKR perintah sbb PAS penumpang dlm PR. Harap TGNA jelah. Bila dia takdak esok habisla PAS. Waktu tu Islam kemana apa kemana. Waktu tu fisabillillah akan bangkit. Kalo dah jadi esok tak tahula nak ckp apa.

Pro-PAS : Segelintir? Bukan segelintir tapi majoriti. Dala dok pertahan parti yg byk rosakkan bangsa. Cukupla nak ckp pasal tentera fisabilillah tp hukum agama tak tau. Setakat nak tunjuk garang kat kaum lain tak guna. Tapi ilmu agama takdak. Tak perlu la macam tu.

Pro-UMNO : Yalah. Org2 PAS jelah yg umur agama lengkap & dijamin syurga Allah. Lagi dok ckp parti rosak bangsa. Udah2la fitnah. Buat dosa kering ja. Takpala PAS maksum & UMNO kafir.

Pro-PAS : Org2 PAS bukan maksum tapi asas agama ada utk martabatkn hukum Islam. Tak ckp UMNO kafir tp cr laksana hukum dah nampak macam hukum Kafir. Tak tuduh tapi kenyataanla. Hukum Islam ditolak bulat2. Nak cakap apa. Depan mata dah terbukti. At least Islam still dijunjung selagi tu aku ttp berdiri dibelakang PAS.

Pro-UMNO : Yalah. Org2 PAS asa agama kuat. Aku kenai ramai org2 PAS asa agama di Golok & Danok. Apa hak kita sbg manusia nak kata seorg tu lebih tinggi darjat dr yg lain. Maafla PAS dah campak perjuangan Islam. Islam atas nama ja. Tak ikut sunnah & al-Quran. Fitnah, maki hamun, gila kuasa dah sebati. Tgk jela blog2 cukupla. Aku bg 2 tahun ja. Aku nak tgk apa yg PAS buat utk tegakkan Islam.

Pro-PAS : Sapa kata org PAS je yg tinggi darjat. Darjat pangkat semua hak dunia. Kita dpt nilai mana satu pemimpin yg betul2 ukut cr Islam bersederhana. Ada ka puak2 UMNO yg cara hidup mcm TGNA @ Ust Azizan. Tu pun dah nampakkan? Heheh. Maafla ckp respect dtg dgn sendiri, bukan dgn paksa. Bg aku org2 UMNO langsung aku tak respect dgn cr tadbir Negara & perilaku masing2.

Pro-UMNO : Hang yg ckp semalam? Hal dunia? Jgnla dok bandingkn antara manusia. TGNA & TGHA confirmka masuk syurga Allah? jgn dikaburkn dgn pandangan dunia kerana yg akhirnya Allah juga yg layak. Kalo dah sampai taksub mcmni aku x dpt nk ckp apa. Aku berserah jela utk Allah nilai. PAS hnya alat & tak jamin syurga Allah. Tapi biasalaa.. tok2 guru PAS ckp sebaliknya.

Pro-PAS : Sapa yg kata PAS je masuk syurga? Sapa yg kata pulak PAS je maksum? Bkn dr mulut hang ka? Cara TGNA, TGHA nampak ciri2 Islam pd depa sbb tu panggil tok guru. Sapa yg dok kata depa2 ni masuk syurga? Bkn hang ka? Jgnla nak berdalih pulak. Aku ckp ciri2 pemimpin yg dalam Islam nampak byk kat PAS. Sbb tu aku masih setia dgn PAS kecuali la PAS nak jd mcm UMNO pulak yg poyo2 nak jaga agama, bangsa, negara tapi sembang kuat. Nama org Islam tak ikut pun perlembagaan Islam. Cukup2la nak puji UMNO tapi lemah.

Pro-UMNO : PAS ckp seolah2 UMNO tak martabatkan Islam langsung. Seolah2 UMNO langsung takdak jasa pada Islam kat Malaysia. Org UMNO maleh nak ungkit tapi dr segi Islam UMNO telah memartabatkan Islam lebih pada PAS. Bank Islam, ustaz2, baitulmal, pusat zakat dll. Aku musykil apa jasa PAS utk memartabatkan Islam? Merosakkn adala. Halalkn Al-Quran, hadis, perkataan Allah & lain2. Takyah dok bangga sgt dgn tok guru (itupun pangkat dunia jugak) kerana matlamat tidak menghalalkn cara. Aku taknak banding2kn antara pemimpin2 kerana bukan hak aku. Satu hari nnti hang akan sedar yg perjuangan PAS dah terpesong dari matlamat asal. Tunggu & lihat.

Pro-PAS : Sbg Negara Islam mmg patut la ada benda2 tu. Logik le. Awat kat kelantan takdak ka? Siap ada tabung riba' lagi supaya org2 sana labur duit yg tak halal buat kemudahan awam. Benda2 yg kena buat kita buatla. Ni nak tegakkan hukum Islam mcm pondan & tolak terus. Ni nama org ISlam ka? Dahle tolak pastu tak bagi Kelantan lasksana siap ugut lagi. Apahal? Sbb sifat bongkak takbur yg ada pd pemimpin UMNO yg ingat depa je betul. Hang silap patut hang sendiri tgk mcmana UMNO nnti jatuh sbb kesalahan sendiri & dasar penipu yg byk. Jgn pulak nnti menyesal & kata baru hang sedaq. Aku ttp dgn dasar parti PAS yg ttp perjuang Islam sampai akhir hayat. Takbir!

Pro-UMNO : Jadi jgnla cakap UMNO takdak jasa martabatkan Islam. Itu belum masuk pelajar2 yg dah jadi Ust, Mufti, Ulama. Cuma Hukum Islam ja belum lagi. PAS pun ngaku susah. Jadi jgn sembangla junjung apala. Sbb hakikat UMNO mahupun PAS tak boleh laksana tanpa persetujuan rakan2. Bawah UMNO juga perbankkn Islam diperkenal. Tkat tabung riba? UMNO berubah pd yg baik (Menteri Agama dll)? PAS hanya alat utk berjuanga sama dgn UMNO. Terpulang pd kita nak guna alat mana? Tp Islam perlu dijaga. Aku akan sokong mana2 alat yg mendokong perkembangan Islam tak kira sapa.

Pro-PAS: Martabat Islam. Mengeri JPN baru2 ni bawak penari bogel kat PRK. Martabat ka mcm tu? Pegang portfolio agama dok anjur majlis lagu tu. Kalo dah tak bole laksana hukum Hudud bg PAS buat tp jgn pandai2 ugut. Org tolak hukum Allah ni emm ntahla apa jawapannya kan. Sendiri mau ingat.

Pro-PAS : Sapa tuduh? sory la jgn nak coverla org buat salah. Zahid yg bawak MCA puna org pun tak tau. Hang baca paper la dulu. Dah salah ngaku jela. Pulak ckp ni budaya Cina. Padahal takpun dlm mana2 agama yg suka bawak penari separuh bogel perform. Halimah? bagila bukti jgn main taruh je. Kalo ada mesti paper2 yg pro-UMNO siar sampai setahun tak habis. Kita tgkla ex-brig Jeneral nnti apa yg dibuat. Kalo asyik sama dgn Islam Hadhari sama jelah.

Pro-UMNO : Aku pun bantah Islam Hadhari. Aku mmg dah tgk penari tu. Tapi itu MCA yg jemput bukan Zahid. Dah cara depa. Jgnla fitnah kata dia yg jemput. Fitnah ttp fitnah tak kisahla sapa. Nnti aku cari link pasal Zahid & Halimah. PAS, PKR & DAP anjurkan bersama2.
comments

No comments:

Post a Comment