Sudah tepat pukul 12.00 malam. Telah berakhirnya kempen terakhir pilihanraya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang & Batang Ai.
Pada keesokan harinya akan berdondonlah rakyat keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Utk meringkaskan cerita berikut merupakan prediction saya setelah melihat keadaan perjalan PRK di ketiga2 kawasan. 'Feedback' baik oleh pembangkang & BN diulas bagi mendapat intipati kehendak rakyat.
PKR, PAS & DAP bercita2 utk merampas kerusi Batang Ai disamping mengekalkan kedua2 bukit N25 & P59. BN pula berhasrat utk menang di ketiga2 kerusi sekaligus menunjukkan perubahan sikap rakyat kpd BN. Apa2 pun jika BN kalah sekalipun di 2 Bukit tidak apa kerana mengurangkan undi merupakan matlamat utama BN.
N25 DUN Selambau - Jumlah Pengundi 34,977
Dapat diramalkan pertarungan yg amat sengit akan berlaku di sini. Perpecahan PKR disini akan diterjemahkan dalam bentuk undikan terhadap calon PKR. Tetapi masih tidak dapat diramalkan siapa bakal memenangi kerusi DUN Selambau memandangkan terdapat terlalu ramai calon Bebas.
Pengundi Melayu - 17,607
Undi org Melayu akan berpecah. Ttp diramalkan org2 UMNO tetap akan menyokong calon MIC ttp pengundi atas pagar berkemungkinan akan memilih 6 calon Bebas org Melayu. Kebanyakan pengundi PAS pula mungkin akan mengundi calon Bebas & akhir sekali pengundi PKR akan berpecah belah dlm siapa mereka akan undi lebih2 lagi terdapat terlalu ramai calon melayu adalah dari PKR sendiri. Kejutan terbaru 5 Ketua Bahagian PKR juga akan menjadi faktor kurangnya undi terhadap PKR oleh org Melayu. Jadi berkemungkinan pola pengundi Melayu begini.
BN - 5869, PKR - 2935, Bebas - 8803
Pengundi Cina - 9,688
Terdapat satu calon berbangsa cina yg bertanding sebagai bebas disini. Ini akan memecahkan undi pengundi cina atas pagar. Maka undi dr kaum cina akan terbahagi kepada 3 iaitu BN, PKR & Bebas.
BN - 3740, PKR -4948, Bebas -1000
Pengundi India - 7,386
Pola pengundi2 berbangsa India adalah paling menarik (6 calon bebas + 1 BN + 1 PKR). Memandangkan terlalu ramai yg menjadi calon bebas berbangsa India akan berlaku perpecahan pola pengundi2 yg amat serius. Memandangkan terdapat calon bebas yg boleh dikatakan kuat & merupakan bekas PKR yg kecewa maka pola pengundian mungkin begini.
BN - 2474, PKR - 3712, Bebas - 1200 (dibahagi kepada 6 org calon)
Kesimpulan akhir adalah BN berkemungkinan akan menang dgn majoriti undi 200-300.
N29 DUN Batang Ai- 8006 Pengundi
DUN Batang Ai merupakan tempat yg menarik sekali. Saya meramalkn BN akan berjaya mengekalkan kerusi disini. Tetapi dilihat dr segi sentimen masyarakat berkemungkinan majoriti BN akan turun sedikit. Ini adalah kerana pertambahan pengundi muda di DUN Batang Ai. Majoriti mungkin akan menurut sedikit berbanding sebelum ini.
Kemungkinan BN berjaya retain the seat dgn majoriti kurang dari 800. Kurang sedikit dari result dahulu.
Kemungkinan BN akan menang dgn majoriti 500.
P59 Parlimen Bukit Gantang - Jumlah Pengundi
55, 471
Kawasan yg paling sukar utk diramalkan. Terdapat byk teori & sentimen dimainkan. Dilihat kepada situasi skrg PAS akan berjaya mengekalkan momentum pengundi2 Cina. Tetapi jika UMNO berjaya mengubah hanya 5% daripada pengundi2 Melayu utk beralih arah maka kemenangan akan berpihak kepada UMNO. Pengundi India pula berada di tengah2. Pengundi Cina pula berkemungkinan akan tetap memangkah PAS. Jadi terdapat 2 senario.
Terdapat dua kemungkinan.
*Jika betul akan ada perubahan 5% pengundi Melayu maka UMNO akan menang dgn majoriti 1500.
*Tetapi jika pertambahan undi diberi oleh kaum India & Cina maka kemungkinan UMNO akan kalah dgn majoriti yg lebih kecil. Kemungkinan PAS akan menang dgn majoriti kurang dari 1000 undi.
Jadi mana satu pilihan anda?
--
--
Mari kita tunggu keputusan esok. Apa2 pun diramalkan bahawa BN berjaya mengurangkan majoriti di kedua2 bukit (Gantang & Selambau) tetapi kekurangan majoriti di Batang Ai.
p/s: Ulasan berdasarkan penelitian, kajian & pendapat peribadi semata2. Tidak ada kena mengena dgn yg hidup mahupun yg mati.
Bukit Gantang.
ReplyDeleteTernyata tepat ramalan swing vote org2 Melayu kepada UMNO atas isu derhaka..
Ttp malangnya swing vote drpd bukan melayu bila sentimen tumbangnya "kerajaan DAP" (yg dikuasi oleh cina) mnyebabkan pertambahan undi cina secara mendadak..