Apr 1, 2009

N25, N29 & P59 - Pertarungan Bermula PRK - Bukit Gantang Paling Sengit

Pertarungan telah bermula di 2 Bukit 1 Batang. Isu-isu panas telah mula keluar mewarnai sekitar kawasan DUN & Parlimen yg telibat. Malah poster, risalah2 & juga banner telah dinaikkan bagi memikat hati pengundi2 di ketiga2 tempat tersebut.

Bukit Selambau N25

15 Calon yg bertanding mula melakukan kempen. Yg menjadi permasalahan adalah kempen2 calon Bebas kerana :
1- Tidak mempunyai jentera
2- Perlu menjumpai rakyat seramai mungkin utk menyatakan hasrat kenapa bertanding.

Apa2 pun semalam PKR telah terkena tamparan yg hebat kerana salah satu daripada cawangannya dibubarkan kerana tidak puasan hati perihal calon. Disamping itu 'press statement' terbuka dilakukan bagi menyatakan hasrat kenapa mereka meletakkan jawatan & keluar Parti. Apa2 pun PKR mungkin akan kehilangan lebih kurang 100-500 undi akibat dr pembubaran cawangan Jerai tersebut.




PKR terlihat lebih terdesak apabila 'isu lapuk' iaitu pengundi hantu dimainkan semula di sini. Malah penyokong2 Hindraf juga dikatakan tidak lagi akan mengundi utk PKR ttp salah satu calon bebas yg mereka ketengahkan.

Bukit Gantang N29

Perjalanan N29 berjalan agak lancar dr sebarang kekecohan. Cuma hanya ada satu insiden tuduh2 menuduh berlaku dimana dikatakan Masjid dijadikan tempat untuk berkempen. Insiden di Masjid Simpang menunjukkan dgn jelas bahawa org Islam & Melayu berpecah dek kerana perbezaan politik. Adakah ini harapan kita?

Yg menjadi lebih menarik di Bukit Gantang adalah pendekatan pemimpin bukan Islam dari DAP & PKR berkempen. Pening & Celaru. Mereka yg berkempen mengucapkan salam, memetik surah2 Al-Quran & melafazkan takbir! Nauzubillah huminzalik. Perkara seperti ini telah sedia maklum perlulah ditegah oleh pemimpin PAS ttp dibiarkan. Pengunjung & penyokong2 Islam tanpa segan isu @ mengetahui hukum menjawab salam & malah bersorak takbir bila dilafaz oleh pemimpin bukan Islam tersebut. Sama2 renungkan adakah betul tindakan mereka?

Kritikan terbuka juga dibuat oleh media2 arus perdana mengapa Ir Nizar tidak ditegah ditemubual sepanjang perjalanan PRK ini. Hanya PAS sahaja yg tahu mengapa perkara sebenar berlaku?

PAS meletakkan harapan perpecahan pemimpin Barisan Nasional (BN) mempunyai masalah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Trong. Setakat mana perpecahan tersebut bakal menggugat pola pengundi adalah tidak diketahui. 'Turn out' pada setiap ceramah Ir Nizar juga menampakkan betapa PAS terdaya utk menarik begitu ramai pengundi2.

Batang Ai - N29

Dalam kesemua PRK, N29 merupakan kawasan yg amat tenang sekali dr segi perjalanan PRK. Ini mungkin kerana lokasi N29 terlalu jauh dr kawasan bandar. Rata2 penduduk disini bercakap dalam bahasa Iban & malahan liputan oleh akhbar2 terutama sekali akhbar aliran Cina terlalu sukar membuat liputan. Ceramah2 juga dinyatakan dalam bahasa Iban. Nampak sekali penyokong2 @ peraih undi yg di'import' dr Semenanjung tidak relaven berkempen disini.


--
Jelas pertarungan pusingan pertama telah bermula. Isu2 yg dimainkan telah meningkat hari demi hari. Kupasan ttg isu2 yg dimainkan baik oleh BN mahupun PKR, PAS & DAP bakal diulas nanti. comments

5 comments:

  1. Pelbagai cara parti politik menarik perhatian rakyat.. tidak kira lah pada melayu, cina atau india.. malah pelbagai cara pulak tu.. tak kira cara itu agak baik atau tidak... harap2 yg cara tidak baik tu mendapat balasan Tuhan...

    tiba-tiba timbui lak pasai surah Al-Nahl ayat 90... tp lain pulak yang disebutnya.. ntah la.. beliau disanjung dan dihormati..

    mungkin beliau pulak banyangan Nabi selepas Nik Aziz kut..

    ReplyDelete
  2. saudara...

    untuk pngrtahuan saudara, cawangan jerai hanya mempunyai seramai 100++ org ahli....

    jadi isu 500 ahli pkr kluar parti hanya propoganda menjelang pilihanraya....

    isu yang lapuk...

    ReplyDelete
  3. :) terserah pada pendapat & penelitian masing2.. apa2 pun isu ini bukan lapuk & baru minggu lepas berlalu..

    p/s: matlamat BN adalah 2 .. kemenangan @ mengurangkan Undi..

    jelas salah satu matlamat dah tercapai..PKR telah berpecah belah..

    ReplyDelete