Sep 24, 2008

Lawak Pada Bulan Ini.. Makanan Anjing.


Hati teringin sangat nak mengulas isu ADUN Seputeh merangkap Ahli Parlimen DAP apabila soal makanan dijadikan bahan bualan dalam tahanan.. Terkejut jugak sbb isu telur, nasi & kuah menjadi persamaan dgn "makanan anjing".

"aiya, makanan tidak sedap slightly better than dog food" .. Teresa Kok..

Tidak kusangka rupanya makanan yg menjadi majoriti makanan marhain/ rakyat rupanya setaraf @ sedikit baik dr makanan anjing. Kenyataan beliau amat menyentuh segolongan masyarakat golongan pertengahan & bawahan (termasuklah saya).. Kenapa perlu disamakan makanan tersebut dgn dog food..

Telur merupakan makanan popular rakyat golongan marhain bermula daripada pekerja bawahan yg terpaksa berjimat untuk menyekolahkan anak sehinggalah kepada penduduk kampung yg miskin.

Nasi sudah menjadi bubur. Sudah terlajak perahu tidak boleh lagi mengundur.

Satu sahabat bertanya seorg lagi sahabat (bujang) di tempat kerja..


"Makan apa sahur semalam"..


"Simple je, makanan anjing".. jawab si sahabat tersebut.

comments

2 comments:

  1. Salam hormat...

    Seperti ramai orang, saya juga rasa nak komen tentang isu makanan di dalam lokap yang disamakan dengan makanan anjing oleh Theresa Kok.

    Pada rasa ramai yang cetek akal dengan membuat persamaan makanan telur, nasi & kuah dengan makanan anjing. Setakat itu sahaja skop pemikiran mereka. Itupun hanyalah mengulang apa yang dikatakan & diulas oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik.

    Kenapa tidak difikirkan dengan lebih mendalam apakah yang tersirat disebalik kenyataan Theresa tu.

    1. Adakah nasi yg diberikan tu masih panas, tak basi, tidak hangit?

    2. Adakah telur yang diberikan dah direbus "6 million year ago"?

    3. Adakah kuah yg diberikan tak ubah macam air kosong yang dicampur sedikit perasa?


    Nasi + telur + kuah tetap perkara yang sama kecuali kualitinya sahaja. Kos seorang yg dilokap kalau tak silap RM4.50, apa yg boleh dibeli utk 3 x makan?? Cara ianya dihidangkan jugak timbul persoalan... adakah ianya dibungkus elok atau diletak dalam pinggan kotor atau satu hidangan dikongsi beramai-ramai.

    Bukan saya nak atau tidak menyokong sesiapa di dalam perkara ini, tetapi ianya mencerminkan bahawa kita tidak dapat menilai point atau intipati sesuatu isu yg sebenar. Betapa fokus kita yg bergoyang mudah dipesongkan dengan kesimpulan awal oleh pihak tertentu.

    Dan yang paling menyedihkan, org meLAYU sahaja yang meletup bilamana disamakan makanan harian mereka dengan makanan anjing. Mana pi bangsa lain terutama Cina. Ini menunjukkan bahawa

    1. Bangsa meLAYU cukup gagah dalam eko-NO-MONEY berbanding bangsa lain. Hanya mampu makan setaraf makanan anjing.

    2. Negara kita tidak seMAKMUR yang dicanangkan oleh KERAjaan. Setiap kali ada majlis sumbangan, punyalah ramai beratur hanya nak mendapatkan RM10/= seorang.

    Tulis panjang-panjang pun bukan prang nak baca sangat. Kalau baca bukan nak faham, baham lagi ader laaa... Cuba renungkan...

    Bukan apa, nak bagi elokkk...

    -SANG TUBA-

    p/s: makanan anjing/kucing pun mahal jugak. try beli royal canin!!!

    ReplyDelete
  2. Hhehe.. Betui tu sang Tuba..

    tapi yg lain2 kualiti etc2 dia x komen.. kesian org melayu.. makanan kita selama ni setaraf makanan anjing..

    p/S: sedap pa..

    ReplyDelete