May 8, 2013

Analisis Politik - PRU-13 : Perlis DUN & PARLIMEN. (Post PRU-13) - Peningkatan Undi Melayu

PERLIS. Mempunyai seramai 920,433 Pengundi berdaftar. Majoriti daripada nya adalah daripada Org Melayu. Kita akan meneliti satu demi satu kawasan Parlimen & DUN yg ditandingi oleh kedua-dua parti BN Vs PAS.

Kita lihat DUN dahulu. Perlis mempunyai sebanyak 15 DUN. Pada 2008 DUN PAS menguasai N14 & N15. Dalam pada itu BN (MCA) memenangi N8 Indera Kayangan.

Tetapi dalam PRU-13 PAS kehilangan N14 dengan majoriti 85 undi kepada BN (UMNO). Pada 2008 PAS menang dgn majoriti 53 Undi.


ANALISIS DUN PERLIS
Rata-rata % komposisi kaum Melayu di Perlis adalah :-

Melayu >90% - N4, N5, N6, N10, N13, N15.  
Semua menunjukkan peningkat jumlah pengundi kepada BN kecuali N10 & N6 - Kayang & Bintong.

@N10- Kayang - Ahmad Bakri Ali
Ini adalah berkemungkinan Undi yg tidak menyebelahi Ahmad Bakri Ali yg dahulunya merupakan penyandang kepada kerusi tersebut. Dulu beliau menang dengan majoriti 1,508 tetapi baru-baru ini beliau hanya menang dengan 664 Undi. 
Komposisi : 95.54% Melayu, Chinese : 2.15% India : 0.36%
--> Cadangan : Tukar calon pada masa hadapan & letakkan bakal calon secepat mungkin & mesti bergerak bersama2 ADUN skrg. 

@N06 - Bintong - Rela Ahmad 
Terdapat undi yg menurun pada kawasan tersebut. Calon terdahulu adalah Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yg merupakan MB Perlis. Tetapi kali ini beliau tidak dicalonkan & digantikan dengan Rela Ahmad. Melihat dari segi jumlah undi 2008 : 2,110 & PRU-13 BN hanya dapat 1,237 Undi. Berkemungkinan Undi protes berlaku disebabkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu tidak dicalonkan.
--> Cadangan : Merapatkan Saf & jangan nafi kekuatan Datuk Seri Dr Md Isa. ADUN yg dilantik perlu berjumpa & meminta tunjuk ajar drpd 'org lama' untuk kekalkan majoriti. 

Melayu >80%, N3, N7, N12, N14, - Semua menunjukkan peningkatan undi kepada BN

Melayu >70% N1, N2 (BN-MCA), N9, N11
Semua menunjukkan peningkatan undi kepada BN kecuali N2- Beseri & N11-Pauh

@N2 - Beseri - Datuk Mat Rawi Kassim
Penyandang kerusi pada 2008 sepatutnya kawasan tersebut mempunyai peningkatan dari segi undi. Tetapi nampaknya undi beliau merosot? Kenapa. 2008 beliau menang dgn majoriti : 1,111 undi. Kali ini beliau hanya menang dgn 540 undi. Tiada undi protes tiada undi Cina memainkan peranan. Maka boleh disimpulkan calon bukan merupakan 'winnable candidate'.
Komposisi : 77.77%, Chinese : 19.71%, India : 0.74% (6,732 Pengundi) Undi rosak : 95 undi.
--> Cadangan :- Tukar calon pada masa hadapan! Letakkan bakal calon secepat mungkin & mesti bergerak bersama2 ADUN skrg. 

@N11- Pauh - Azlan Man
Merupakan calon baru menggantikan Datuk Seri Syed Razlan Putra Syed Jamalullail. Undi BN pada 2008 : 2,572. Majoriti sekarang adalah 1,382. Penurunan lebih 1,000 undi berbanding dahulu. Kemungkinan adalah calon bukan 'winnable candidate' @ protes calon berlaku. Jugak boleh dikatakan calon lama tidak menolong calon baru. 
Komposisi : 76.48%, Chinese : 15.97%, India : 5.82% (8,314 Pengundi) Undi rosak : 158 undi.
--> Cadangan : Merapatkan Saf antara UMNO & jangan nafi jasa Datuk Syed Razlan. ADUN yg dilantik perlu berjumpa & meminta tunjuk ajar drpd 'org lama' untuk kekalkan majoriti. Atau kembalikan semula calon lama.  

Melayu : 47.71% N8  (Cina : 46.1%, India : 4.33%)
Seperti yg kita tahu komposisi majmuk begini memungkinkan kekalahan BN. Kerana kecenderungan pengundi Cina kepada PR. Sedangkan pada 2008 : 1,263 Majoriti. PRU-13 Majoriti 1,092 oleh PKR. Maka ada perbezaan 2,000 undi. Undi protes cuma 177. Undi bebas (Ameir Hassan) cuma 404. Jika dicampur pun tak cukup utk memenangkan BN.

ANALISIS PARLIMEN P1, P2, & P3

P1 Padang Besar - Melayu : 85.58%, Cina : 9.48%, India : 0.94% - Datuk Zahidi Zainul Abidin (7,426 Majoriti)
Peningkatan dari segi Undi berbanding Datuk Azmi Khalid 2008: 5,358 Undi. Tetapi jika dicampur majoriti untuk DUN N1, N2, N3, N4 & N5.Sepatutnya mendapat 7,975 Undi. Undi rosak adalah berjumlah 531 Undi.

P2 Kangar - Melayu : 80.75%, Cina : 15.98% India : 1.82% - Shahruddin Ismail (Majoriti 4,027)
Penurunan undi berbanding 2008: 13,671. Salah satu DUN iaitu N8 jatuh ke PKR. Kemungkinan jatuhnya DUN tersebut menyebabkan penurunan majoriti undi di DUN N8. Sepatutnya BN memperolehi 5,209 undi. Tetapi hanya perolehi 4,027 Undi. Undi rosak 660. Penyandang dahulu BN adalah Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad. Kemungkinan penurunan Undi berlaku atas sebab undi undi masyarakat Cina menurun.

P3 Arau - Melayu : 87.34%, Cina : 8.15%, India : 1.65% - Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Majoriti : 406)
Peningkatan sedikit undi berbanding 2008 : 300. Salah satu DUN dirampas semula dari PAS N14. Lawannya adalah Dato Haron Din (PAS). Bebas dapat 406 Undi. Rosak 525. Sepatutnya BN dapat 4,754 Undi. Tetapi hanya dapat 406 Undi. Mungkin kerana kekuatan & penghormatan kepada Datuk Harun Din sbg Ulama PAS & kehadiran Bebas. Apa-apa pun Datuk Seri Shahidan perlu buat muhasabah & teliti kekurangan dari segi undi di kawasan Parlimen Vs DUN.

-----------------------
Setelah diteliti semua statistik yg ada, boleh disimpulkan peningkatan Pengundian dari Masyarakat Melayu kepada UMNO / BN sehingga memungkinkan satu DUN 14 Sanglang jatuh. Juga dapat disimpulkan peningkatan pengundian ketara masyarakat cina kepada PR yg memungkinkan jatuhnya DUN Indera Kayangan (Cina :46.81%).

Kita tak boleh menafikan undi protes yang ada & faktor calon juga penentu kepada hasil. Ada beberapa calon yg tidak membantu dalam peningkatan majoriti seperti yg dinyatakan diatas.

Harapan & cadangan kepada BN PERLIS & UMNO Perlis. Lebih tumpuan kepada N14 & N15. Tolong masyarakat tersebut yang hanya menang @ kalah dengan majoriti tipis. Selami mereka kerana kawasan tersebut merupakan HardCore PAS. Pada N8 Indera Kayangan. Rapatkan diri dgn masyarakat Cina & dapatkan kembali kepercayaaan mereka. comments