Nov 8, 2010

Banjir, Bala, Menteri Besaq, Tabung Bencana

(gambar dr JKR website)

Banjir di Kedah adalah yg terburuk sejak brp lama. Alor Setaq mmg jarang bah macam ni tapi inilah yg pertama sejak sekian lama. Perlis yg pernah dikenali negeri paling panaih kat Malaysia pun boleh bah teruk mcm ni. Ada kadang2 nampak dalam surat khabaq mcm ala2 katrina di US.

Dalam dok sibuk org dok main ayiaq bah, MB Kedah Datuk Azizan yg terkenal dgn sifat selamba dgn senang hatinya menyalahkan Projek Berkembar Kereta Api sebagai puncanya. Dasyat sungguh penangan projek BN pusat sampai boleh sebabkan Selatan Thailand & juga Perlis bah besaq sampai macam tu sekali. Punya la teruk projek tu sampaikan sampaikan melimpah ayiaq bah sampai ke Kelantan.. Hehheheh.. Kadang2 cek kesian pada MB KEdah sbb dok dapat nasihat bangang mcm ni. Sampaikn buat kenyataan pun tak masuk dek akai. Rasanya budak2 sekolah pun tau sbb apa banjir sampai mcm ni..

Kalaula cek jadi org2 dekat MB maka dah pecat dah kot S/U Akhbar sbb bagi nasihat yg bangang sampaikan sebabkn MB pun buat kenyataan bangang.

Kalaulah cek ni org BN totok mesti cek dah cakap yg Kerajaan Kedah PAS kena bala. Ya-lah. Kan ka waktu banjir di Johor org2 PAS kata itu bala.. Takkan tak ingat kot.. tgkla disini, kat sini & sini (siap dalam harakah pun cakap bala). Kalau nak cari dalam internet byk lagi kenyataan sedemikian bila bercakap soal bajir di Johor bbrp tahun yg lepas. Lepaih ni cek nak tgk apa komen-komen yg pandai sgt bila berckp soal bala ni. Tapi seperti yg dijangka mesti depa kata ujian Allah. Apa2 pun cek maleh nak ckp itula sifat org politik.


Cukup-cukupla, cek maleh nak perli org2 yg byk alasan & ulasan. Apa2 pun, meh kita sama2 menderma utk Tabung Bencana NSTP & Media Prima. Bukan apa kalau bagi ke PAS Kedah takut tak sampai. Almaklum la takat duit Kohilal pun abis.. Inikan duit derma utk banjir. Cek tak yakinlah.. (jgn marahla penyokong2 PAS ni pendapat ja). Yg pasti check balik betuikan no. account yg diberi. Jgn percaya. Kang silap bagi masuk personnal account.

Tabung bencana patut disokong. Kita ni org Malaysia amat pemurah bila bab tabung-tabung ni. Tapi kita selalu bila bab tabung kat Malaysia ada kedekut sikit. Tapi bila bencana menimpa jiran2 tetangga negara cukup rajin menderma. Maka kali ini kita mehla menderma kepada mangsa2 banjir di Negara kita sendiri.. Jgnlah kita jadi mcm tahun 2009 bila banjir melanda Johor tabung bencana yg dilancarkan kurang mendapat sambutan.

p/s: Kepada Tabung NSTP & lain2 tabung sila tunjukkn kemana duit tu pergi bila dah habis pakai sok.. Transparent la sikit nooo comments

3 comments:

  1. Kalau tidak tahu cerita sebenar mengenai sumbangan projek landasan berkembar ke atas banjir ni, jgn dok pecat S/U Akhbar tu tak tentu pasal. Kelak memalukan diri atas kebodohan sendiri. Mungkin Anak Langkawi boleh belajar ilmu hydrology, then you know what MB Kedah is referring to and talking about.

    Kedah dilanda banjir kerana mengundi PAS. Jgn lupa, yg kena pun ada org um-NO. So, boleh jugak dikatakan depa kena banjir kerana tak undi PAS. Morale of the story, bangsa meLAYU semua menerima bala kerana lalai ngan ajaran-Nya...

    Apakah jaminan yg duit derma yg diberikan melalui um-NO akan sampai kepada penerimanya? Sama saja, melayu dlm PAS, um-NO, pasti akan songlap skit duit tu.

    Saya satu team dari Penang terlibat secara langsung dari hari pertama di dalam memberi bantuan di Daerah Kubang Pasu. Kami menghentikan usaha kami kerana dipaksa utk mengibarkan bendera um-NO di kenderaan. Katanya arahan dari Johari Baharom. Apa citer ni, sapa Johari Baharom tu? Rakyat dah nak tenggelam pun, masih dgn arahan kolot gitu.

    So, klu Anak Langkawi tidak berada di sana dan hanya mengharapkan secondary information, berenti sat la agar tidak berlaku fitnah pulak. Moga-moga Langkawi pulak ditimpa musibah yg sama, then kita lihat secekap mana org um-NO sana nak bagi bantuan awal. Pasti tidak boleh mendahului bantuan yg diberikan Persatuan Buddha Tzu Chi.... sbb nak tunggu wartawan dulu.

    Wakakakakakaka..........

    ReplyDelete
  2. Cuba Anak Langkawi baca link ini...

    http://alkerohi.blogspot.com/2010/11/banjir-utara-tahniah-persatuan-tzu-chi.html

    Kalau rajin membacalah, tak paksa. Kalau dah baca, kasik ler komen skit.

    Wakakakakakakak.......

    ReplyDelete
  3. Salam Kamal,
    Kalau hang tau cerita sebenar.. maka tolonglah ceritakan yee.. bukan apa.. cek pun ada jugak sedara2 dok dekat dgn landasan keretapi berkembar tu & pun ada jugak kawan2 yg dok jauh betul dr landasan tu jugak.. kalau pikir logik akai takdakla sampai boleh takkan nak salahkan 100% projek tu kira salahlah..

    terpulangla kalau xnak pecat.. tapi apa2 pun org tgk tak cantikla MB cakap mcm tu.. pasal politik tu biasala org putaq belit.. sama la sapa2 pun..

    cek berhasrat nak turun aloq setaq waktu hujung minggu lepaih .. tapi apakan daya.. kapal terbang semua batalkn penerbangan.. yg cek ckp suruh pecat tu cadangan..

    Pasai duit tu sampai ke idak tu wallahwaqlam.. sama la kita bagi zakat.. mana kita tau dapat ke semua ke idak ke semua yg hak.. tapi yg penting kan ke niat.. ikhlas.. jgn harapkan balasan. jgn harapkn undi jgn harapkn org puji..

    itu pasai la cek dalam blog habaq ni mintak bagi kat TABUNG Bencana bukan tabung UMNO bukan tabung PAS.. sbb maleh nak politikkn kesusahan rakyat..

    :).. dah tgk blog yg hang bagi.. mmg tabik la org Tzu Chi..

    p/s: x nafikan ada sstgh org politaik yg gunakan bantuan kononnya utk naikkan reputasi masing2.. kalau dah surut ayiaq nak bantu apa lagi.. ceehh

    ReplyDelete