May 4, 2010

Kisah Tragik Amirul...

Pertama kali meh kita sedekahkan al-fatihah kepada allahyarham Amirul..

Kisah yg berlaku terhadap Amirul amat tragik sekali. Macamana seorg yg baru 15 tahun mati tertembak @ ditembak polis. Mencari salah siapa bukan caranya tetapi kita perlu mengetahui pandangan kedua-dua pihak.

Perjalanan peristiwa tersebut yg penuh dgn adegan kejar mengejar, kemalangan jalan raya, kereta bergesal, motosikal mengejar & juga akhirnya melibatkan polis akan menimbulkan persepsi awal yg negatif jika kita berada di tempat kejadian. Malah kita mesti akan memikirkan sesuatu yg tidak kena kepada pemandu & kereta tersebut sehinggakan kejar-mengejar berlaku yg berakhir tragik.

Dari satu segi pula, Amirul bersama rakan dikatakan keluar curi-curi utk minum menonton bola dgn memandu kereta kakaknya tanpa lesen, tanpa kebenaran & juga pengetahuan ibu bapa. Beliau juga dikatakan panik, langgar lari & ingkar arahan polis utk berhenti yg akhirnya membawa kepada tragedi tragik tersebut. Remaja yg baru berusia 15thn mati akibat peluru sesat yg disasarkan kepada tayar kereta berkenaan. Masyallah.. Mmg tragik peristiwa tersebut & amat jarang2 berlaku di negara kita.

Dalam pada itu seperti biasa akan terdapat segelintir 'oppurtunist' yg cuba mengeskploitasi keadaan tersebut utk menyemai semangat kebencian terhadap agensi penguatkuasa iaitu PDRM. Pada hemat cek, pihak keluarga berkenaan perlu redo dgn apa yg berlaku & dalam pada itu meminta Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mencari kebenaran terhadap isu tersebut. Mungkin cadangan drpd Suruhanjaya ini boleh digunakan utk menambah baik sistem kepolisan negara.

Jgnlah kita menyalahkan PDRM atas apa yg berlaku. Kejadian seperti ini amat dikesali ttp ini tidak menggambarkan keseluruhan 'professionalisme' badan berkenaan. Akhir kata, tolong pantau anak-anak kita, adik-adik kita & jaga tepi kain jiran2 utk mengelakkan keadaan seperti ini berlaku.

p/s: Polis jgn pulak hilang semangat nak buat kerja dek disbbkan isu ini.. comments

3 comments:

  1. Al-Fatihah kepada arwah!

    Aku tak kisah samada Polis tak ikut prosedur ka atau adik tu yg salah.

    Yang aku kisah adalah kenapa mentaliti Musa Hassan yang mengeluarkan statement merajuk nak tarik anggota dari mengawal keselamatan kalau asyik ditekan oleh rakyat? Layakkah dia sebagai IGP kalau dok berentap menggunakan media dengan saksi utama yg buleh dikatakan masih mentah dlm kehidupan?

    Yang aku tahu, budak2 akan bercerita habih kalau diumpan dan merupakan saksi yg ada kredibiliti.

    Agaknya dah sampai masa utk Musang Hassang pencen kerana otak dah tua tak mampu berpikiaq panjang. Hanya kuasa yg ada menyebabkan org ikut apa dia cakap.

    Secara langsung IGP juga telah mencemarkan nama baik dan integriti polis itu sendiri.

    Kah kah kah!!!...

    ReplyDelete
  2. kau tak tahu dulu mungkin bapak budak tu suka tembak anak monyet kat hutan nah sekarang tuhan balas balik anak kena tembak

    ReplyDelete
  3. Org Tanjung.. biasala org tua merajuk.. org pressure depa kuat sgt.. tapi ada elok jugak ckp mcm ni.. kadang2 tu teruk sgt belasah polis.. biorla tgk.. kalo teruk sgt mintak depa update ja prosedur kerja..

    jangan pulak polis takut nak kejor penjenayah lepaih ni sudah..

    ReplyDelete