May 29, 2010

Kemelut Presiden MIC & GAS

Apa nak jadi, apa nak jadi sampai sekarang tak berenti lagi!

Hari ni merupakan perhimpunan GAS yg julung2 kali berlaku akibat dr ahli CWC yg tak berpuas hati dgn kenyataan Samy Vellu. SV seperti x mahu turun takhta yg dipegang sejak 1979. Menyimbau balik sejarah lama sebenarnya sejarah berulang bilamana pada SV juga yg ke-depan pada zaman utk meminta Tun Sambathan meletakkan jawatan dalam MIC pada tahun 1970.

Terbaru hari ni, setiausaha agung pula menghentam SV. Berapa ramai lagi ahli CWC yg perlu memberontak sehingga Mr. Sammy letak jawatan. Kenapala jawatan tu susah sgt nak dilepaskan. Mahai sgt ka gaji kat MIC tu. Udah-udahla.. CUkup-cukupla.. Buatla mcm Pak Lah yg akhirnya akur dgn ahli-ahli & rakyat.

Kepada Ahli-ahli MIC. Tunjukkan yg kamu semua telah meluat dgn SV. Datanglah beramai2 pd perhimpunan GAS. Heheh.. Sbg kapasiti rakyat Malaysia SV telah byk menabur bakti. Tapi sudah sampai masanya beliau mengundur diri secara terhormat sebelum org tak lagi ingat jasa-jasa beliau.

Kadang-kadang cek kesian tgk UMNO yg bertungkus lumus utk menaikkan kembali BN sedangkan byk komponen parti yg berdepan masalah demi masalah. Dan seperti biasa byk yg mengkambing hitamkan UMNO atas masalah sendiri. MIC, MCA, Gerakan dll. Sedangkan mereka tak cermin diri sendiri apa yg depa dah buat pada rakyat & kemelut dalam antara mereka yg telah menyebabkan mereka kurang mendapat sokongan rakyat sekarang.

p/s: Menunggu kuda bertanduk. comments

No comments:

Post a Comment