Apr 30, 2010

Kemana Hilangnya Undi Kaum Cina ? PRK Hulu Selangor.

Setelah tamat PRK Hulu Selangor memberi gambaran yg pasti bahawa undi masyarakat Cina tidak berubah sejak dr PRU-12. Keputusan yg diambil para pengundi ini memberikan senyuman lebar kepada DAP & PKR. Walaupun pada hakikatnya merisaukan PAS berkenaan undi org Melayu.

Seperti biasa, disebalik MCA & Gerakan utk mencari kelemahan diri sendiri, maka dijadikan pula PERKASA sebagai ‘scapegoat’ terhadap kurangnya sokongan masyarakat Cina di Hulu Selangor. Haha. Kelakar bukan. Ini dinamakan sindrom denial yg menebal di pihak komponen BN yg mewakili masyarakat Cina. Buatlah post-mortem & buatlah kajian mendalam. Kita patut melihat analisis yg dibuat oleh Joceline thestar mengapa ini berlaku & juga analisis seperti Dr. Redzuan Tee.

Jika dilihat kepada ‘trend’ masyarakat Cina, BN perlu tahu & sedar isu pembangunan & peruntukan terhadap masyarakat Cina iaitu rumah ibadat & SRJK © tidak akan mengubah undi terdapat kerajaan. Racun yg telah dimomok oleh DAP & PKR sebenarnya telah jauh meresap kedalam jiwa masyarakat Cina. Maka apa yg perlu adalah ubat @ ‘cure’ diperlukan utk ‘neutralise’ racun tersebut.

Masyarakat Cina lebih tertumpu kepada isu-isu seperti hak sama rata, isu keadilan, ketuanan rakyat & lain2 seperti yg diperjuangkn oleh PKR & DAP. Ini terbukti apabila kita dapati masyarakat Cina lebih faham apa yg dikatakan Malaysian Malaysia lebih drpd mengetahui sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia. Masyarakat Cina sebenarnya telah ‘evolve’ drpd keadaan dulu & saya jangkakan perkembangan tersebut akan berterusan.

Ini adalah kerana masyarakat Cina sebenarnya sudah cukup & puas dgn apa yg ada. Artikel oleh Zaini Hassan Utusan Malaysia patut diberi perhatian.

Pembangunan?
Mereka yg paling bertuah di bumi Malaysia ini. Menyentuh apa yg Tun Mahathir pernah sebutkan jika diangkat bangunan di KL yg dipunyai masyarakat Cina maka hanya tinggallah sebilangan bangunan & kg Baru sahaja.

Pendidikan?
Sekolah mereka antara yg terbaik di Malaysia & disamping mempunyai sumber kewangan sendiri mereka juga mendapat peruntukan oleh kerajaan meskipun kerajaan tidak mempunyai kewajipan utk berbuat demikian.

Ekonomi?
Antara 10 Insan terkaya di Malaysia 8 drpdnya adalah dr masyarakat Cina.

Jadi apa lagi yg mereka belum ada? Mereka cuma tidak ada kekuatan politik & kerajaan. Maka inilah yg mereka mahu.

Untuk mengembalikan undi masyarakat Cina terhadap BN memerlukan kesabaran & usaha berterusan kerana apa yg masyarakat Cina mahu adalah bertentangan @ contradict dgn apa yg masyarakat Melayu & Bumiputera perjuangkan. BN perlu balance dalam mengambil hati kedua2 masyarakat yg bertentangan tetapi pada akhirnya BN perlu memilih hanya satu. Jadi pilihlah ‘stand’ yg sesuai berdasarkan kepada kemenangan.

BN sepatutnya telah sedar keadaan tersebut & bersedia utk hanya menerima hanya ¼ sahaja sokongan pengundi Cina di semua kawasan di Malaysia. Maka buatlah percaturan yg betul dari sekarang dimana undi signifikan yg bakal @ boleh diubah sekarang adalah pengundi Melayu, Bumi & India. Lebih tumpuan diperlukan utk mengambil hati & undi mereka dari membuang masa memberi tumpuan kepada masyarakat Cina. Itulah kesimpulan yg dapat diberikan setakat ini.

p/s: Bertuah masyarakat Cina, walaupun undi tidak diberi BN RM 3 juta dapat jugak pada satu sekolah. Masjid & surau hanya RM 100k ja dapat walaupun undi diberi 60-70%. comments

2 comments:

  1. Salahkah kalau aku kata, dalam aspek ini, pengundi meLAYU tak pandai berpolitik?

    Kesimpulannya, meLAYU hanya tahu menganga harap gula-gula. Cina dah tak makan gula-gula sebab rosak gigi. Depa dok makan chocolate yg imported plak tu, mcm yg dijual di Langkawiiieee...

    Heheeheee...

    ReplyDelete
  2. Tak salah Kamal.. mmg kita tak pandai berpolitik.. Kita cuba lihat adaka org Melayu yg menjadi calon di tempat bukan melayu? Kalau letak sah-sah kalah.. tak kira la PR or BN..

    renung2kan..

    ReplyDelete