Apr 26, 2010

Ayam Pencen Kalah ~ PRK Hulu Selangor

Akhirnya selepas 9 Pilihanraya Kecil BN berjaya membukti mereka kembali relevan dgn memenangi PRK Hulu Selangor sekaligus merampas tempat Parlimen yg dipegang PKR.

Disebalik protes secara nyata & senyap drpd block PKR & PAS. Anwar ttp meneruskan hajat mencalonkan Zaid yg penuh dgn kontravesi dgn harapan rakyat boleh diperbodohkan oleh PR. Maka kali ini bukan BN yg diajar oleh rakyat tetapi PKR @ PR yg diajar supaya tidak memperbodohkan rakyat. Kalaulah PR meletakkan calon drpd PAS kemungkinan besar harapan utk menang tu ada. Tapi tidakkk.. Anwar juga yg tahu segalanya kehendak mereka dgn meletakkan ayam penuh kontravesi & pencen bagi mewakili calon mereka. Degil kata salah seorg sahabat yg pro-PAS.

:) Walaupun diberi fatwa & sokongan oleh Tok Guru, dia tetap kalah. Kelakar melihat beliau di sebelah Tok Guru memakai ketayap. Jarang benar lihat beliau begitu. Tetapi lembaran bi-election ini makin menarik bilamana Tok Guru secara terang2 melawan titah Tuanku Sultan Selangor yg melarang masjid & surau dipolitikkan. Lepas tu buat2 tak mengaku salah & tuduh media walaupun percakapan beliau sendiri dirakam. Samalah mcm anak buah beliau di Perak iaitu Ir. Nizar bila berckp dlm Parlimen yg berkata PAS tidak memperjuangkan agama Islam.

Dipihak BN pula, mestikan manis menjulang kemenangan tetapi pada saya ia belum cukup boleh lena. Sebabnya dgn hanya majoriti 1700+ tidak menampakkan kekuatan kembali BN. Muhasabah & kajian perlu diberikan kenapa ia tidak begitu tinggi dibanding dgn 'effort' yg dijanakan oleh BN. Kenapa pengundi Cina masih tidak memberikn undi kepada BN? Itu kadang2 berbuih2 kali dah cakap kenapa perlu BN perlu bagi perhatian lagi kepada kaum Cina sedangkan mereka tidak menyokong BN. Berilah & bagilah tumpuan pada pengundi Melayu & India yg dimana mereka lebih bersyukur dgn apa yg diterima.

Ini juga membuktikan yg MCA & Gerakan masih belum benar2 pulih. Pergolakan MCA yg baru berakhir bulan lepas belum menunjukkan 'result' lagi. Ia perlukan anjakan paradigma yg menyeluruh & serius kepada parti komponen BN tersebut.

p/s: Nasibla PR tidak meletakkan calon PAS dlm PRK ini kalau tidak rasanya kompom bungkus BN.. Kemenangan yg tidak boleh dibanggakan sangat~ comments

No comments:

Post a Comment