Dec 3, 2009

Pijak Kepala "Labu Labi" & Demo

Amat menarik bilamana hari ini saya membaca kenyataan MP Kulim yg menyamakan perbuatan DAP seperti cerita Labu Labi - P. Ramlee. Sekurang-kurangnya ada juga suara-suara drpd PR sendiri yg berani menegur rakan seangkatan dengan mereka. Seperti biasalah suara yg keras dtgnya daripada Zulkifli Nordin bukan drpd PAS yg dulunya amat pantang benda-benda ini diketengahkan.

Dimana suara PAS yg dahulunya amat lantang bercakap tetapi bacul bila benda-benda ini ketengahkan. Memang betullah apa yg dikatakan byk penganalisis politik bahawa PAS semakin lemah/ lunak dek kerana berpakat dgn DAP. Amat pelik bila DAP yg dinamakan "Democratic Action Party" (click sini utk mengetahui dasar DAP) tidak demokratik bila berdepan dgn isu lompat parti (bukan lompat parti pun kes Perak tu - ADUN tu jadi bebasla). Walaupun DAP Perak telah meminta maaf secara umum kepada semua rakyat Malaysia namun tindakan ini seperti "Nasi sudah menjadi bubur".

Perlakuan kebudak-budakan ini akan terpalit selamanya dalam carta politik DAP & akan digunakan sehabis-habisnya oleh BN bila tiba PRU-13.

Kita bercakap pula soal DEMO. Demo sekarang telah menjadi trend @ budaya yg tidak sihat dikalangan masyarakat. Pelopor demo di Negara kita adalah tidak lain tidak bukan DSAI & PR. Tahniah! PR menjadi pejuang demonstrasi demi mencapai matlamat politik masing-masing. Menghalalkan demo atas nama demokrasi menjadi satu daripada alasan utk mereka melakukan demo. Maka dgn spontan dgn kaedah demo yg diperkenalkn oleh PR, bbrp hari yg lepas dua demo dijalankan iaitu satu di Penang & satu di Kelantan.

~~
Saya perlu petik kenyataan K Shan (NGO hak asasi manusia, Amnesty International Malaysia) yg amat pedas terhadap PR.

PAS dan PKR juga tidak sepatutnya membuat laporan polis, sedangkan kedua-duanya telah menyatakan pendirian menyokong kebebasan hak asasi rakyat berdemonstrasi. "Mereka bersama-sama kita sebelum ini dalam Gabungan Mansuhkan Isa (GMI) mengutuk tindakan kekerasan dan penangkapan polis ke atas orang yang terlibat dalam demonstrasi," kata Shan lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Ini menunjukkan parti-parti politik ini tidak serius dan tidak konsisten dengan apa yang mereka uar-uarkan. Tindakan mereka ini tidak banyak berbeza dengan parti-parti BN yang lebih cenderung untuk menyekat kebebasan untuk berhimpun," katanya lagi. "Sepatutnya mereka pertahankan hak ini, walaupun kali ini mereka sendiri yang terkena kerana menjadi pemerintah," tegasnya.

~~~
Kenyataan Ketua dewan Pemuda PAS Kelantan Nasrudin Hassan :

"Kemudian terpulanglah kepada pihak polis sama ada untuk halang perhimpunan atau tidak. Saya pun tidak setuju kalau polis buat tangkapan kalau mereka berhimpun secara aman."Kita tidak mahu sekiranya berlaku rusuhan, kerosakan harta awam ataupun ancaman keselamatan kepada menteri besar dan pegawai-pegawai kerajaan," tambahnya.

~~~
Di Penang :-
Sidang DUN Pulau Pinang hari ini meluluskan usul tergempar mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi semalam.

Wakil rakyat DAP RSN Rayer (Seri Delima) mengusulkan usul tersebut pagi ini bagi mengecam bantahan selama 45 minit itu di luar pagar bangunan dewan tersebut.

~~
Yg kelakarnya, kedua-dua demo tersebut dikutuk oleh para pendokong demokrasi PR. Pada mereka demo mereka sahaja buat yg halal. Jika demo tersebut berlaku oleh org lain drpd kaltus mereka maka hukumnya Haram & salah. Pelik tapi benar.. Tapi itulah sebenarnya sifat @ politik labu labi org2 politik negara kita.

Other Perspektif :- tidak pulak kedengaran ayat-ayat seperti ini berkumandang bila PAS berdemo utk PPSMI di ibu kota bbrp bulan yg lepas. Haha.. comments

2 comments:

  1. Nak buat demonstrasi, piket, koyak dan pijak gambor, hidup mewah, rasuah serta yang sekasta dengannya adalah HAK MUTLAK parti melayu yang nama masih menggunakan bahasa penjajah di mana anak langkawi adalah salah seorang ahlinya.

    Pasai apa aku kata lagu tu??? Sebab setiap kali ada tindakan sebegitu mendapat sokongan PRDM (Polis Raja Di Malaysia) atau SPRM, maka akan dilihat tidak haram.

    Apa agaknya akan terjadi kalau PR pi berimpun depan istana nak serahkan memorandum pada sultan lepas dapat "surat layang", macam ADUN anak langkawi buat once upon a time dulu...

    Woit Anak Langkawi, feri ambulan aper citer? Depa tak buat demo masa LIMA 09 ari tu ka?

    Kah kah kah!!!...

    ReplyDelete
  2. Salam OT.
    apa ada pada nama..
    silap tu.. pelopor Demo tu kan ke parti dokongan PR.. apa2pun sapa2 buat demo salah. nyusah org.. takkira la BN or PR.

    yg buat surat layang & yg percaya tu bengong..

    rasanya feri ambulan tak buat demo sbb bawak VIP jalan2 kot.. hehhe

    ReplyDelete