Aug 22, 2011

Siapa yang untung lebih? - Rugi jadi Melayu ! - Isu Biasiswa

Pada 10 Ogos 2011 saya tersentak membaca berita 41 pelajar mendapat biasiswa Sun-MAPCU (The Malaysian Association of Private Colleges & Universities) bernilai RM4.5 juta. Saya merasa amat pelik, kenapa tidak ada seorangpun penerimanya adalah dari kalangan orang Melayu (Islam)? Adakah tidak ada permohonan? Atau tidak ada yang layak? Atau pun memang polisinya hanya untuk pelajar bukan Melayu kerana mungkin ada yang beranggapan bahawa orang Melayu (Islam) telah dibantu kerajaan?

Malangnya, tidak ada pertubuhan Melayu atau orang Melayu yang bersuara atau mendesak atau bertanyakan kenapa tidak ada pelajar Melayu yang mendapat biasiswa tersebut? Bayangkan jika semua pelajar Melayu mendapat biasiswa tersebut, apakah reaksi bukan Melayu? Sudah dapat dijangkakan. Heboh satu dunia.

Inilah sifat Melayu yang saya puji, jarang sekali kiasu, apatah lagi menjadi ultra. Kiasu ini ada baik dan buruk. Jika langsung tidak ada kiasu, bagaimana kita mahu bersaing dengan orang lain. Buruknya pula, jika kiasu sampai kepada peringkat ekstrem, ia akan menimbulkan pelbagai masalah seperti yang berlaku pada hari ini. Pendek kata, kiasu perlu ada dalam diri kita, tetapi perlu digunakan pada tempatnya. Jika terus menerus kiasu sehingga menjadi ultra, kontroversi dan masalah tidak akan selesai.

Misalnya, kontroversi biasiswa JPA terus berlaku saban tahun. Apabila senarai penerima biasiswa dikeluarkan, suara ultra kiasulah yang paling lantang. Mereka akan menyediakan senarai panjang calon-calon mereka yang dikatakan layak tetapi tidak tersenarai. Mereka tidak sedar, masih ramai pelajar Melayu yang layak juga tidak tersenarai. Jarang pula saya dengar ada NGO Melayu bertindak seperti ultra kiasu. Apakah benar nasib pelajar Melayu telah terbela?


AL :-
Cek masih belum lihat senarai penerima yg baru sebentar tadi dilihat di TV3. Tetapi jika ia benar seperti yg dinyatakan oleh Dr Ridhuan. Maka amat sedihlah menjadi Melayu & Islam.

Lihat Video Ini utk tahu Sejarah Hak Org Melayu & Islam... comments