Gesaan ini amat wajar & perlu diperluaskan & diperjelaskan kepada rakyat. Kerana sudah terang-terang itu yg dimahukan oleh pengundi Cina. Sudah segala macam taktik & usaha digunakan oleh BN, UMNO, MCA etc2 utk memenangi hati masyarakat Cina yg majoritinya kaum Tionghua namun segalanya sia-sia. Kenapa? Kerana kepada mereka sepertimana yg dinyatakan oleh DAP sesiapa saja yg menang BN tetap akan meletakkan wakil Cina dalam Kabinet. Maka disebabkan itulah apa bezanya berikan kemenangan kepada komponen BN seperti MCA, SUPP & Gerakan berbanding DAP?
Malahan lagi baik menangkan DAP sebab sekurang-kurangnya jawatan kabinet masih ada & juga menambah satu lagi suara DAP dalam Parlimen @ DUN. Atau nama lainnya kedua-dua dapat. Malah kadang-kadang siap dapat lagi satu 'post' Menteri @ Timbalan dek kerana UMNO mahu mengambil hati kaum Cina (taktik bodoh betul). Jadi ada baik undi DAP sekurang-kurangnya akan ada 2 'post' dalam DUN & kerajaan. Ketakutan utk kehilangan suara @ wakil tidak ada lagi maka ada baiknya taktik yug memenangi hati pengundi diubah.
BN perlu kurang memberikan perhatian kepada kaum Cina. Jangan asyik memberi & memberi. Kerana akhirnya madu dibalas tuba. Mana tidaknya, DAP telah memomokkan hasutan yg jika SUPP kalah sekalipun 'post' tersebut telah menjadi jaminan kepada masyarakat Cina Sarawak. Samaada kalah @ menang. Inilah kali pertama gesaan MCA & Gerakan 'make sense' & bakal jadikan masyarakat Cina berfikir dua kali utk tidak mengundi parti komponen BN yg mewakili kaum Cina. Kekalahan mereka bakal menyebabkan hilangnya suara kaum tersebut dalam kabinet.
Syabas MCA kerana amat lantang dalam hal ini walaupun sebenarnya tak diketahui ikhlas @ tidak dalam percakapannya. Mungkin MCA telah sedar utk menjadi Cauvinis seperti DAP adalah taktik yg tidak tepat kerana DAP akan senantiasa lebih racist @ cauvinins dari mereka. Sbb MCA, Gerakan & SUPP terikat dgn ikatan tolenransi BN. Malah pendekatan Cauvinis jika diikut mereka, akan merugikan parti-parti komponen ini kerana akan mencetuskan perbalahan berpanjangan terhadap dalam parti Bumiputera & lain-lain Parti.
Kepada UMNO & Barisan Nasional ingatlah & sedarlah yg kelansungan urus tadbir Negara & Negeri adalah bergantung kepada kelansungan & sokongan masyarakat Melayu & bumiputera & juga masyarakat India. Undi merekalah yg akan menentukan samaada BN berdiri memerintah Negara Malaysia. Maka jagalah mereka sebaiknya. Taktik perlu diubah. Jawatan & peruntukan mestilah berdasarkan merit & majoriti kerusi. Berilah perhatian kepada mereka-mereka yg tak meminta-minta tetapi sentiasa berdiri teguh dibelakang Barisan Nasional.
P/s :- Sia-sia Kerajaan Sarawak bagi tanah sampai 2000 hektar kepada Sekolah Cina sedangkan undi haprak tak dapat.. Tak pernah sekolah Agama @ lain2 dapat peruntukan sebanyak itu...sekolah lain dapat ke?
No comments:
Post a Comment