Kita dok sibuk-sibuk pasai BERSIH. Mehla kita tgk sebenarnya apa tuntutan-tuntutan depa ni yg diketuai oleh X Presiden Majlis Peguam a.k.a Peguam terkenal Murtad Lina Joy.
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
- Laaa.. takat nak mintak bersihkan segera & selesaikan pengundi hantu pun hangpa nak buat demo ka? Pelik-pelik. Apa masalahnya. Kalau ada rasa senarai pengundi ada keraguan buatla bantahan. Kan ke ada masa lagi. Kalau ada pengundi dah mati mcmana SPR nak tau? Takkan SPR nak pi tanya satu-satu hidup ka belum. Bab pendaftaran Automatik ni baguih. Terutama bagi pengundi muda yg kebanyakan org Melayu. Tapi takkan la sampai nak berdemo mintak tuntutan-tuntutan ni. Cuba discuss baik-baik.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
- Semua pengundi ? Maksud dia ni sapa? Susah la macam ni. Rasanya yg depa nak sangat sebab depa nak org yg dok Luar Negara terutama penyokong-penyokong kuat DAP dapat mengundi. Terutama yg jadi PR - Permanent Resident kat Negara luaq seperti Singapura, Australia, UK dll. Ni la sebenarnya yg depa mau sbb rata-rata yg dok luar negara adalah anti-gomen. Hehehe.. Inilah matlamat mereka.
- Macam ni lah. Apa kata kita buat undang-undang macam Singapura. Bila time mengundi wajib ataupun kena saman. Haaa.. itu macamla.. Jadi elokla depa balik tergesa-gesa drpd dok komen dalam FB ja manjang.
- Selalunya Anggota POLIS & TENTERA kena standby waktu mengundi. Jadi adalah kesian jika depa ni kena mengundi seperti biasa. Awat yg takut sgt undi depa. Kalau dah depa bagi kat Kerajaan nak buat apa.. Apa yg dengki sangat. Lagi satu kan ke SPR dah bagi agen politik masuk waktu undi POS. Apa lagi yg depa mau..
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
- Dakwat kekal. Haritu waktu PRU-12 dah cuba nak buat. Tapi dek sebabkan masalah perundangan maka tak jadi buat. Bukan sebab apa. Kalau dah bukan dalam Undang-undang mcamana nak buat. Daripada terpekik terlolong mintak dakwat digunakan ada baiknya AmBiga pi jumpa Ahli Parlimen DAP @ PAS @ PKR utk mintak usulkan dalam dewan. Jadikan ia satu undang-undang tambahan dalam apa yg sedia ada. Berapa ribu sgt pengundi hantu yg depa takut sangat.. Takkan Penang yg DAP menang pun sbb pengundi hantu kot..
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
- Nak kempen lama-lama buat apa? Kata PR dah hebat. Pasaipa nak kempen lama2? Lagi lama masa kempen lagi teruk perpecahan rakyat dek disebabkan politik. Lagi satu, sepanjang-panjang tempoh kempen sebenarnya Kerajaan dikira kerajaan sementara. Ini dikira bahaya utk negara.
- Lepaihtu tiap-tiap election Karpal Sigh mesti akan bawak naik mahkamah isu kerajaan sementara. Jadi apa-apa sapa nak tanggungjawab. Lama-lama lagi bahaya.. Riot, demo & lain-lain sebab secara teknikal apa-apa arahan Menteri @ PM waktu kempen tak sah disisi undang-undang sbb depa bukan Kerajaan. Cek nampak ada udang sebalik mee dalam tuntutan ni..
- Tak ingatkan peristiwa 13 Mei 1969. Cuba cari berapa hari waktu berkempen?
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
- Akses yg adil? Huh.. Malaysiakini macamana? Malaysia Insider? Yang lain-lain. Come-onlah. Nak cakap media yg adil jadi janganlah boikot media. Ini tidak bbrp Negeri PR dok 'banned' Utusan la, Berita Harian la & lain-lain. Jadi jangan cakap soal ni. Ambiga kena cakap jugak kot pada Media berbahasa Cina @ India. Depa lagi berat sebelah. Bolehkan depa juga bagi liputan yg adil? Silap demo ni.. patut kena tuntut kat Media-media Pro-PR pasal benda ni jugak bukan kerajaan ja..
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
- Confuse aku. Cer cita mana kes-kes yg memihak. Kalau bab-bab bendera diturunkan semua kena. Kalau bab polis tangkap mana-mana yg salah pun kena. SPRM? Byk juga org UMNO ke dakwa contoh Khir Toyo. Tapi bila bab PR kena macam2 kutuk SPRM. Tak pahamla.. Cer cita yg mcmana depa nak lagi?
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
- Ni cek sokong. Apa kata kita pakat2 demo depan office Nik Aziz sbb terang rasuah waktu PRK baru-baru ni. Lepaih tu apa kata mintak Kerajaan Selangor bagi kerjasama bila siasatan SPRM dilakukan sama mcm kes Teoh Beng Hock. Cuba jangan salahkn SPRM atas apa yg berlaku.. Ambiga silap tempat kot nak demo..
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
- Politik mana yg tak kotor. Baik PKR & DAP mmg kotor. Cer tgk depa punya Pilihanraya parti. Mmg kotor. Kalau tak x ramaila keluar parti. DAP pun politik kotor jugak sampai taknak pakai songkok waktu bersidang. Juga buat tuntutan yg bukan-bukan.
Kesimpulannya
8 tuntutan ni sebenarnya mcm takdak apa-apa. Amat samar-samar takdak bukti & fakta yg baik/ menarik. Kalau AMbiga bawak benda ni kat mahkamah pun kalah. Kerana tulah depa perlukan balaci-balaci dr PAS utk tolong sama-sama demo. Sbb biasanya org cerdik pandai DAP & PKR mesti tak turun punya. Jgn lupa panggil Tian Chua. Kot-kot boleh gigit lagi Polis kalau tak puas hati.
Kiasan menarik sahabat blogger Agenda Timur pasal Agenda Bersih --> mesti tgk..