May 12, 2010

Penangan Thomas Cup & Uber Cup


Minggu ini antara merupakan waktu dimana politik seakan terhenti sekejap di Malaysia. Bilamana kebanyakan rakyat kita tidak bercakap soal politik & dlm media & tv tertumpu kepada soal Thomas Cup. Sudah lama betul negara kita tidak dibuai ketenangan politik seketika. Ini adalah antara masanya sejak sekian lama. Malahan, PRK di Sibu pun tidak dirasai kehangatan berbanding dgn kehangatan Thomas Cup & Uber Cup.

Meh kita bercakap soal Thomas Cup semalam. Cek sempat berada di Stadium malam tadi menyaksikan perlawanan antara Malaysia Vs Jepun. Perjalanan permainan tersebut amat menarik sekali walaupun dibayangi oleh kekecewaan penonton terhadap pemain double Fairuz & Zakry. Juga dibayangi oleh kekalahan 'straight set' pemain single nombor dua negara iaitu Wong Choon Han. Perlawanan kedua-dua mereka ni sbnrnya amat menyedihkan sekali. Dahla kalah straight set lepas tu mcm tak bermaya @ hilang semangat bila berlawan.

Mmg mcm2 la yg keluar dr penyokong2 Malaysia. Jadi tak hairanlah jika Fairuz terasa. Mmg patutpun. Permainan mereka ni yg cukup lemah & byk salah ini yg masalahnya. Bukan kerana kekalahan. Contoh mcm Hafiz. Walaupun dia kalah permainan yg menentukan kemenangan akhir Malaysia tetapi penonton & penyokong Malaysia tetap berdiri tepuk tangan & mengakui kekalahan ditangan 'ultraman jepun Sako' yg tidak berhenti mengasak Hafiz walaupun dia telah semput.
Syabas kepada pemain malaysia yg bermain bersungguh2 baik menang @ kalah. Kita nantikan lepas ni Malaysia Vs Denmark.

Piala Uber pulak? Hampeh.. Tak payah komen.

p/s: Rasanya2 org dah kurang bercakap soal PRK Sibu sbb sibuk dok tgk Thomas Cup.
comments

2 comments:

  1. Live Streaming - Thomas Cup - Malaysia vs Denmark @ www.totalsports.tv! Live updates also available at http://bit.ly/acbXsl

    ReplyDelete
  2. Bukan sibuk menonton Thomas Cup tapi dok susun strategi cara nak cari untung sbb judi dah dihalalkan...

    Kah kah kah!!!...

    ReplyDelete