Jan 25, 2010

Nasihat Kepada Pemimpin UMNO

Amat menarik apabila membaca artikel yg ditulis oleh Ibrahim Ali iaitu Presiden Persatuan Perkasa & juga Ahli Pasir Mas Kelantan. Jelas yg beliau yg amat dipandang rendah satu ketika dahulu sekarang lebih nampak tulen dalam memperjuangkan Islam & nasib bangsa Melayu/ Bumiputera daripada mana-mana parti politik yg ada di Malaysia.

Kadang-kadang UMNO cuba utk dilihat sebagai memperjuangkan bangsa Melayu & Islam tetapi telah terlalu byk benda yg dijadikan percaturan & pertaruhan. Atau boleh dikatakan kadang-kadang cakap tak serupa bikin. Tak usah disebut benda-bendanya tapi itulah hakikat. Dalam keadaan skrg dilihat org2 politik berlumba-lumba utk mengambil hati bukan Melayu tetapi sebenarnya mereka lupa sebenarnya yg menjadi faktor utama percaturan politik tanahair Malaysia adalah Bumiputera yg majoritinya org Melayu.

Tengoklah & lihatlah betapa perubahan undi org Melayu di Bagan Pinang telah menyebabkan betapa teruknya kekalahan PAS @ PR. Kita tgk sekarang mereka amat tertekan dgn situasi yg berada sekarang. Perubahan ini sekaligus menyebabkn sindrom perubahan undi Melayu/ Bumiputera merebak hingga menyebabkan PKR kacau bilau bila kebanyakan ahli2 Melayu & bumiputera mereka meletakkan jawatan kerana 'baru sedar' tentang perjuangan parti yg berpaksikan kepada perjuangan individu semata2 @ lebih kepada perjuangan 3A. Perjuangan pangkat, kuasa & harta tak ubah seperti BN dahulu.

Jika kita study balik trend pengundian bermula sejak dari PRK di Bukit Gantang, PRK Manek Urai dll sebenarnya pengundi Melayu byk yg telah beralih arah kepada BN. Tapi adakah ini bermakna UMNO kembali kuat? Ataupun org makin meluat kepada PR. Pada perhatian saya tidak boleh dikatakan 100% yg perubahan undi berikut adalah kerana rakyat mula menyokong BN @ UMNO. Tetapi adalah kerana sindrom yg sama UMNO/ BN pernah lalui dahulu iaitu sindrom benci @ menyesal terhadap PR sendiri (terutamanya DAP&PKR).

Yg menjadi amat lucu adalah, terdapat segelintir org2 BN @ UMNO yg menyatakan rakyat telah kembali beralih arah kepada UMNO. Hah! Pada saya boleh jamin tidak 100%. Mungkin hanya 10-20% sahaja. Yg lain adalah kerana kebencian @ ketidaksukaan org Melayu terhadap PR telah melebihi kebencian @ ketidaksukaan terhadap UMNO/ BN. Ya.. Ketidaksukaan. Pada saya adalah terlalu awal utk dikatakan UMNO telah kembali memperolehi sokongan. Mungkin sedikit tetapi tidak byk. Cuma rakyat @ org Melayu lebih tidak suka kepada PR berbanding BN. Itu saja.

Dengarlah & lihatlah. Sebenarnya senario politik negara dikuasai oleh org Melayu/ Bumiputera. Apabila keadaan politik Melayu kembali stabil terhadap UMNO maka kuatlah kembali BN. Bukan hendak menafikan kekuatan undi bukan Melayu tetapi itulah hakikat. Apa segala cara pun BN cuba untuk mengambil hati bukan Melayu belum tentu seulit undi diberikan. Percayalah. Itulah hakikatnya. Tanyalah, risiklah, sembanglah dgn rakan bukan Melayu kita terutama sekali yg berada di bandar yg berumur 35-40 kebawah. Majoriti @ 90% yg saya temui berkata demikian. Jadi buat apa buang masa?

Walau apapun yg telah dibuat tetap tidak dapat mengubah persepsi mereka. Beginilah, contohnya '5 effort' yg dibuat utk memenangi kaum bukan melayu belum tentu dapat memenangai hati mereka. Jadi tumpulah kepada memenangi hati org Melayu @ Bumiputera kerana hanya 1 @ 2 'effort' diperlukan @ sudah memadai utk mengambil hati mereka. Jadi jgnlah buang terlalu byk masa utk mengambil hati mereka yg telah keras @ jati terhadap keputusan mereka. 'Concentratelah' terhadap mereka yg benar-benar memberikan undi tanpa berfikit sejenak mahupun mempunyai agenda sendiri.

Jadi usahlah terlalu bersungguh-sungguh utk memenangi hati mereka. Tumpulah kepada kawasan kamu, jgn biarkan ia terlepas. Tingkatlah aktiviti & jadilah juara. Tumpulah kepada kawasan sejarahnya kawasan BN @ UMNO. Satu lagi jgn buang masa utk cuba menang di Kelantan hingga akhirnya 3-4 negeri lain jatuh. Buang masa. Gerak kanlah sumber kamu seelok-eloknya & seikhlas ikhlasnya. Hapuskan duri dalam daging yg menjadikan rakyat meluat terhadap kamu. Iaitu mereka-mereka masih ada didalam UMNO baik di cawangan, bahagian, negeri mahupun pusat.
Kepada Presiden UMNO @ Pengerusi BN. Teruskan agenda menjadikan UMNO Juara rakyat tetapi jgn dilupai Bangsa Melayu & Bumiputera yg telah byk memberi undi kepada parti politik kamu. Berilah & tingkatlah bantuan kepada mereka. Jgn dikerat lagi & tambahlah peruntukan terhadap MARA mahupun TEKUN. Belajarlah dr kesalahan Presiden UMNO terdahulu & baikilah & janganlah ghairah dalam mengambil hati-hati mereka yg telah keras hatinya. Bijaklah menggunakan 'Art of War' dalam politik. Pekalah terhadap perubahan sekeliling & org2 disekitar kamu. Nescaya insyallah kalau semuanya berniat baik maka Allah akan berikan laluan kepada kita. Insyallah marilah kita menuju kejayaan..
Wallahwaqlam.
comments

1 comment:

  1. Disebabkan oleh kepentingan diri sendiri segelintir ahli poliTAIK utk memastikan political survival mereka, dapatlah saya andaikan bahawasanya Orang Melayu Di Tanah Melayu Memohon Perlindungan dari KERAjaan dan bukannya bangsa lain.

    Kah kah kah!!!...

    ReplyDelete