Jun 12, 2009

Muktamar PAS 55 & Kerajaan Perpaduan

Masjid Kampung Pelambayan, Brunei

Alhamdulillah.

Satu perkataan yg keluar secara sponton bila mengetahui golongan aliran Ulama masih menguasai PAS. Kemenangan ini sebenarnya tidak dijangka melihatkan trend pengundi muda & juga segolongan pimpinan PAS yg ghairah utk mengejar kuasa dari melihat daripada bercakap tentang perpaduan Ummah.

Sejajar dengan itu, idea Kerajaan Perpaduan bergema kembali. Saya amat menyokong matlamat tersebut atas kepentingan Ummah, Bangsa & Negara amnya. Kenapa perlu disekat perpaduan yg membolehkan umat Islam di negara ini bersatu & bergerak atas satu pasukan. @ sekurang2nya bila perkara tersebut direalisasikan maka kita mungkin bertuah kerana mempunyai pemimpin dari dua aliran BN & PR yang berjuang atas kepentingan rakyat cuma mungkin cara sahaja yg berbeza.

Saya percaya majoriti umat Islam dinegara ini menyokong idea ini demi kepentingan umat Islam & Melayu am-nya. PAS tidak perlu memasuki BN cuma PAS perlu memberi pendekatan yg berbeza bila berhadapan dgn BN. Mungkin pada masa hadapan PAS menjadi rakan dalam BN seperti 1969 iaitu pabila keadaan meruncing.

Sebenarnya PAS berada dalam keadaan dilema. Dalam pada PAS hendak menjadi parti yg DOMINAN dalam PR & pada waktu yg sama mahu bekerjasama dgn UMNO jika keadaan Umat Islam & Melayu berada di ambang kehilangan kuasa politik. Jadi sebenarnya saya melihat PAS cuma memberi hint kepada PKR & DAP khasnya juga kepada MCA, MIC dll yang PAS akan bersatu senada jika kuasa politik melayu amat teruk.

Kenapa PAS membuka ruang utk perbincangan dgn BN/UMNO? Terdapat bbrp sebab & akan diulas pada masa yg akan datang.

Jika dilihat secara hakikatnya. Samada dari pihak komponen PR (DAP,PKR) @pun BN (MIC, MCA, Gerakan) mereka tidak menyokong idea ini kerana pada mereka ini akan melemahkan mereka (bukan bumi) & keadaan skrg adalah ideal kerana mereka boleh meminta & melaksanakan dalam pelbagai arah. Why? Kerana pada parti2 ini matlamat adalah sama cuma cara yg berbeza. Jadi jika terealisasinya hasrat Kerajaan Perpaduan ini bakal meranapkan agenda mereka baik dr dalam @ luar kerajaan.
Kepada UMNO Parti terbesar org Melayu. SATU DIMINTA!! .. Tangan Dihulur perlu disambut.. Perpaduan UMMAH telah dicanang! Perlu disahut.. Demi Agama ISLAM, BAngsa & NEgara.. Jika tidak disambut jgn disalahkn rakyat bila PAS dihati rakyat !!!!.. Jgn lagi tunduk pada mereka yg meminta2 dari dalam & pada hakikatnya sama dgn diluar sana.. Kerana kepada mereka adalah sama satu agenda satu matlamat!!

Wallahwaklam....
comments

2 comments:

  1. salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

    harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

    ReplyDelete
  2. KERAjaan perpaduan memang elok kut-kut buleh melihat melayu bersatu padu kembali.

    Tapi aku rasa tak lebih dari angan-angan mat jenin saja. Pasai pa???

    Yg penting mahukan melayu PAS dan melayu umno mengubah fahaman politik mereka?

    Mahukan pemimpin PAS dan umno berkongsi kuasa dan harta?

    Tapi no harm of trying cuma terlalu memperkatakan soal KERAjaan perpaduan ini hanya akan memecahbelahkan melayu lagi.

    Wow! Malaysia is just awesome.

    Kah kah kah...

    ReplyDelete