Apr 10, 2013

Kafirkah aku? Menyingkap amanat Tuan Guru Haji Hadi.

Diera 80an isu ini bermula. Semenjak amanat tersebut dituturkan. Bermula perpecahan umat islam, keretakan rumah tangga, perbalahan adik beradik, bongkot memboikot & lain-lain. Kemudian timbul pula kafir mengkafir, nikah tak sah, solat jemaah tak sah, solat jumaat dua imam & berbagai lagi yg berlaku yg tak pernah berlaku dalam sejarah umat Islam.

Amat jumud & dangkalnya sampai perkara ni berlaku. 'Mufaraqah' adalah biasa bagi ahli-ahli yang taksub. Kenduri kendara tidak dihadiri walaupun dalam Islam wajib memenuhi jemputan. Mestipun datang lauk tidak dijamah sebab sembelihan tidak menepati syarak katanya. Dan bermacam benda pelik yang berlaku.

Inikah hasil tarbiah mereka? Inikah hasil didikan yg dikatakan mengikut al-Quran &
Sunnah. Nauzubillah. Ini adalah antara isi BUKU KAFIRKAH AKU? Nukilan Cikgu Non.

Kena pakai baca ramai-ramai & selami macamana pemikiran mereka.





comments