Feb 20, 2012

Soi Lek Vs Lim Guang Eng; Pengajaran Kepada Melayu

Satu yg pasti cek boleh katakn politik kaum cina adalah matang. Mereka lebih berkisar kepada siapa yg lebih bagus antara mereka. Lebih kepada pembangunan ekonomi & kepentingan kaum cina.

Mereka lebih kepada siapa yg baguih dlm menjaga kepentingan kaum cina. Kita tak boleh salahkan mereka malah patut belajar dr depa. Cuba kita tgk kita @ diri sendiri baik melayu dlm Pas mahupun UMNO. Kita lebih malu utk menjadi juara utk diri sendiri. Takut kalau2 dilabel racist & memilih kaum. Ttp tidak bg mereka. Malah mereka berlumba-lumba menjadi juara kaum. Mereka berbangga dlm soal sapa yg bagi 2400 hektar kepada sekolah cina. Kita bagaimana? Dpt ke tanah gitu? Tapi kita pulak dgn sikap 'takpa' kita & mengalah.

Sampaikn habis tergadai tanah-tanah dibandar & kawasan strategik.

Tgk saja la pelan pembangunan strategik yg melibatkn perkhitmatan LRT, MRT dll. Mana laluan bangi ? Mana laluan shah alam? Mana laluan Kota Damansara? Mana laluan yg majoritinya melayu? Semua laluan aliran transit ringan yg melalui kawasan melayu? Jadi org melayu tiada pilihan iaitu dgn cara naik kereta @ pun naik
Komuter. Kenapa jadi begini?

Benda ni jadi sbb wakil2 kaum cina bersatu bila bab kemashalatan kaum mereka. Depa tak kira kawasan tu DAP @ MCA @ PKR. Mereka matang dlm
berpolitik & menyokong & mendesak atas agenda & matlamat yg sama. Kita?

Kita pulak tak habis-habis bergaduh benda2 yg remeh. Ustaz mana yg power ustaz mana yg best. Soal2 pi kuil ke idak, soal valentine, soal BRIM, soal israel... Mcm bergaduh dlm kelambu. Apa haram tak berfaedah utk ummat. Bukan apa.. Boleh tapi tak payah lebih-lebih.

Kerana ada benda lain yg lebih penting yg patut kita perjuangkan. Soal kawasan kita. Soal fasiliti yg dinafikan hak dikawasan melayu. Soal kemudahan asas. Soal kurangnya sekolah dikawasan majoriti melayu. Soal tanah kepada org melayu ( sekolah agama @ kafa) & lain2. Soal dinafikan kawasan meniaga di pasar2 besar (kes klcc). Soal kuota melayu dlm sektor hartanah. Huihh punya la byk kalau nk disebut semua..

Melayu mudah lupa. Mmg betui. Jadi jadikanlah debat 2 cina hebat ni sbg idola bagaimana depa berlumba2 utk tunjukkan pada masyarakat cina apa yg depa dah buat yg terbaik utk cina.
Takyah dok ulas sgt isi kupasan debat depa. Sbb yg pasti depa dlm masa yg singkat sejak 2008 telah byk berbakti pada kaum depa...

Kita Bagaimana? comments