Kemuncak jurang perbezaan ekonomi & ketidakpuasan sehingga antara penyebab tercetusnya peristiwa 13 'Mei 1969. Bermula dr situ jurang perbezaan ekonomi dirapatkan melalui DEB & Rancangan Malaysia 1 hingga 6. DEB sedikit sbnyk dpt merapatkan kurang tapi target penguasaan bumiputera 30% masih tidak tercapai disbbkn kekangan kewangan & kemahiran dalam perniagaan org melayu amnya.
Jesteru itu demi kesinambungan, TERAJU ditubuhkan. Antara matlamat TERAJU adalah mengenal pasti syarikat bumiputera yg berpotensi utk dimajukan & diketengahkn sejajar dgn matlat negara maju supaya tidak ketinggalan. Seperti biasalah sebarang usaha kerajaan utk menjayakan agenda bumiputera dipandang sinis oleh segelintir masyrakat. Baik dr Bumiputera & bukan Bumiputera.
Tuduhan syarikat yg dibantu adalah Kroni adalah biasa. Sedangkan ada syarikat yg tiada kena mengena langsung dgn politik dibantu oleh TERAJU. Adapun komen-komen yg dilemparkan,adalah dari mereka-meraka yg telah berjaya hasil DEB (ex-MARA, ex-JPA dll). Tapi dek sbb depa dah berjaya, maka hasad dengki tu ada bila kerajaan perkenalkan Agenda Transformasi Bumiputera dibawah TERAJU.
Antara matlamat TERAJU adalah menjadikan sebanyak mungkin syarikat bumiputera boleh berdaya saing diperingkat negara & luar negara. TERAJU juga dilihat komited utk menghapuskan perniagaan secara Ali-Baba. Utk pengetahuan antara syarikat yg telah dibimbing oleh TERAJU adalah xoxom, handal, dll. Adalah amat susah utk mencari syarikat yg mempunyai kriteria yg ditetapkan. Kalau dulu peranan kerajaan lebih tertumpu kepada SME @ business kecil. Lain pula pendekatan PM Najib yg lebih kepada big corporation & syarikat yg berpotensi utk lebih maju di peringkat negara & global.
Pada saya pendekatan ini lebih praktikal & lebih besaq impaknya berbanding cara dulu. Tetapi SME masih perlu dibantu utk kesinambungan diperingkat bawahan. Byk sebenarnya SME bumiputera yg ada potensi business utk diperkenalkn ttp karenah birokrasi pegawai2 kewangan bank yg memegang amanah amat menduka citakan. Sampaikn PPIM buat anugerah kambing utk bank-bank tertentu hasil aduan org ramai.
Maka 'effect'nya bukan pada bank tersebut, tetapi Kerajaan yg telah meletakkan peruntukan melalui bank-bank tertentu. Kurangnya pendedahan & birokrasi pinjaman yg menyusahkn menyebabkn pengusaha/ SME yg berpotensi lebih ke arah pinjaman konvensional yg tidak menguntungkn & membebankn pada akhirnya. Karenah institusi kewangan yg lebih memilih bulu utk mmberikan bantuan kewangan amat menyakitkan hati. Ini diakui sendiri oleh pengusaha Ramle Burger dlm temuramah beliau dlm Bernama Radio24. Katanya "Bila kita susah siapapun taknak
bg pinjaman. Bila dah senang ramai pula nak bg macam-macam" ujar beliau.
Berbalik kepada isu TERAJU. Sebagai org melayu & bumiputera.. Maka saya seru rakan2 utk sama-sama menyokong TERAJU & agenda transformasi Perdana Menteri. Lawan & kritikan busuk hati yg memandang serong kepada usaha ini.. Mereka bukan apa, iri hati & suka utk menggagalkn agenda yg baik. Jangan biarkan Agenda Transformasi Bumiputera berkubur. Mengapa kaum Cina boleh bersatu bila bab ekonomi tapi tidak pada org Melayu. Mengapa perlu takut pada usaha kerajaan utk menaikkan penguasaan ekonomi org Melayu/ Bumiputera.
Jurang ekonomi antara kaum perlu dirapatkn. Keadaan jurang ekonomi yg besar adalah tidak sihat utk masyarakat berbilang kaum. Usaha TERAJU bukan untuk mengambil hak bukan bumiputera. Malah tempiasnya akan dpt kepada bukan bumiputera yg menguasai bidang bahan mentah.Teruskan usaha murni & satu yg diminta TERAJU perlu mengumpulkn dana yg berada di semua kementerian & diletakkan dibawah pantauan mereka. Pantau 'allocation/ peruntukan' yg diberi @ dikeluarkan. & Beri KPI & surat tunjuk sebab kepada mereka kenapa ia tidak digunakan @dikeluarkan. Adakah sbb tiada usaha dilakukan @ mmg sengaja utk tidak diberikan asalkan dapat pulangan hasil simpanan tetap bank? Mana-mana Kementerian @ Jabatan @ bank yg tidak menggunakan kemudahan dipohon agar ditarik balik geran @ 'fund' tersebut & diberikan kepada mereka yg berusaha utk mencari syarikat bumiputera utk dibantu. Satu lagi jgn dilupa projek murni yg terus ke golongan sasaran iaitu projek baik pulih rumah dibawah PRokhas dulu..
TERAJU perlu lebih usaha dlm merancanakan hasrat Perdana Menteri dan amanah yg dipikul utk menolong bumiputera khasnya & umat islam amnya..
P/s: meh sama2 sokong teraju..
Website TERAJU..