Apr 14, 2010

Ayam Sabung Pencen Dicalonkan PKR ~ PRK Hulu Selangor

Teka teki masih belum terjawap di pihak BN siapa bakal menjadi calon. Walaupun telah dinyatakan MIC akan diberi mandat utk menjadi wakil BN tetapi soal siapa masih menjadi tandatanya. Saya jangkakan akan ada protes dikalangan pengundi Melayu tetapi melihatkan PKR meletakkan Zaid Ibrahim maka undi protes mungkin tidak timbul.

Meskipun begitu kita telah sedia maklum yg PKR telah meletakkan ayam sabung (nyawa pun dah tinggal sipi2) Zaid Ibrahim @ golongan 'Oppurtunist' menjadi calon di Hulu Selangor. Pada saya ini merupakan tindakan yg tidak bijak di pihak PKR. Zaid Ibrahim sebenarnya tidak terkenal dikalangan orang Melayu di Hulu Selangor & bakal memberikan laluan mudah kepada BN utk merampas kerusi tersebut. Malah mereka yg seangkatan dgn beliau juga mempertikaikan pencalonan Zaid.

Jika dilihat dari satu segi, boleh dikatakan PKR tidak mempunyai calon berkaliber utk dikemukakan sehinggakan 'ayam pencen' bekas UMNO dicalonkan. Maka betullah tekaan org2 lama @ org kuat Reformasi yg dalam diam-diam protes terhadap kepimpinan PKR kerana lebih mengutamakan golongan oppurtunist dr mereka yg setia bersama Anwar sejak 1999. :)

Pertandingan kali ini tampak lebih menarik kerana tidak seorgpun calon baik dr PKR mahupun BN yg dikatakan membawa aspirasi kepada pengundi tertinggi disitu iaitu org Melayu.

Maka dilema akan timbul dipihak pengundi Melayu siapa bakal dipilih. comments

2 comments:

  1. Well, let see siapa yg bijak dan siapa yg tak bijak bila keputusan PRK diumumkan nanti.

    Info yg saya dapat, mmg Beer-N tidak mengharapkan kemenangan di sana tapi kalau menang dikira bonus.

    ReplyDelete